ENGULFING TRADING STRATEGY

Print Friendly, PDF & Email

Engulfing trading strategy terbahagi kepada dua iaitu, bullish engulfing dan bearish engulfing. Candle engulfing ini melibatkan dua jenis candlestick yang berbeza dari segi saiz antara dua candle ini. Candlestick engulfing ini digunapakai untuk strategi follow trend dan juga reversal trend.

Ia juga tergolong dalam kategori pattern atau corak, dan pattern ini akan sentiasa berulang di masa akan datang serta terbentuk di semua timeframe bermula dari Monthly hinggalah M1(1 minute) chart.

Amaran

Sebelum anda berfikir untuk trade full margin atau mungkin merasakan ini adalah penyelesaian kepada masalah margin call anda, terlebih dahulu saya ingin ingatkan bahawa dalam trading ini tiada holy grail mahupun jalan singkat untuk berjaya. Oleh itu sila amalkan money management yang sesuai dengan modal dan kesanggupan rugi anda.

Ini adalah kerana, seperti pattern-pattern lain, ia juga mempunyai jenis yang valid dan invalid. Berhenti mencari jalan singkat, insyaAllah akaun anda akan selamat.

Tanpa membuang masa, mari kita lanjutkan!

Ciri-ciri

Seperti yang ditulis pada awal-awal artikel ini, ia adalah gabungan dari dua jenis candlestick yang berbeza saiz. Tafsiran atau bacaan adalah bergantung pada timeframe yang anda analisa

Jika anda menganalisa dari Monthly, maka anda boleh katakan harga dibuka lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya atau, harga ditutup lebih rendah berbanding minggu sebelumnya jika anda analisa dari Weekly dan harga ditutup lebih tinggi berbanding hari sebelumnya jika pada Daily.

Apa yang penting anda ketahui adalah beza candle pertama dan candle kedua dari segi opening dan closing.

Candle engulfing

…berfungsi untuk kedua-dua arah iaitu reversal dan continuation trend.

Bullish engulfing

Penerangan

Candle kedua ditutup lebih tinggi berbanding candle pertama, memberikan signal kuat pegerakan trend selepas trend bearish. Ia juga memberikan hint market akan reversal jika pattern ini muncul di setelah downtrend yang agak lama. Ia memberikan hint kemasukan buyers secara mendadak dan menekan harga untuk naik lebih jauh.

Bearish engulfing

Penerangan

Candle bearish engulfing memberikan hint signal kepada reversal trend selepas uptrend. Pembentukan candle bearish yang lebih panjang berbanding bullish adalah petanda drastik kemasukan seller sebagai reversal trend.

Kedua-dua pattern bullish dan bearish engulfing ini memerlukan key SNR sebagai panduan penting samada ia valid dan invalid. Saya akan terangkan lebih lanjut di bawah

Baca >>  BAGAIMANA NEWS FOREXFACTORY BOLEH SELAMATKAN AKAUN ANDA DARI MARGIN CALL

Kenapa Candle Engulfing ini penting buat trader?

Candle Engulfing dapat membantu trader mengenalpasti trade setup, trend continuation dan juga exit strategi.

  • Reversal – Dapat membantu trader memasuki pasaran setelah sesuatu trend berakhir dan seterusnya memasuki pergerakan awal trend.
  • Continuation Trend – Trader boleh kenalpasti sesuatu trend itu bakal meneruskan perjalannya apabila candle engulfing terbentuk terutamanya selepas breakout sesuatu high atau low kemudian Candle Engulfing terbentuk di atas RBS ataupun SBR berdasarkan trend ketika itu.
  • Exit Strategy – Trader boleh jadikan Candle Engulfing ini sebagai panduan exit trade terutamanya apabila price tidak mengena secara tepat ke Target Profit anda. Jika ia terbentuk, ada kemungkinan besar trade profit anda bertukar menjadi loss jika tidak bertindak lebih awal.

CLAIM BONUS TANPA DEPOSIT $30 ANDA HARI INI!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Strategi Candle Engulfing

Anda boleh gunakan kaedah SNR untuk memantapkan analisa dan untuk mencari trade setup. Untuk dapatkan SNR yang valid, saya sarankan gunakan timeframe yang lebih besar sebagai panduan anda. Anda boleh baca lebih lanjut di sini >>> http://pullbackforextrading.com/mengenal-pasti-snr-kuat-dan-valid/

Reversal Candle Engulfing

Candle Engulfing terbentuk pada pair 2018 untuk EURUSD pada timeframe D1. Trade ini ditutup pada setup yang sama iaitu candle engulfing yang membawa kepada buy setup. Kedua-dua setup ini terbentuk pada resistance untuk sell setup dan di atas support untuk exit sell dan seterusnya menjadi kepada buy setup.

Baca >>  Spinning Tops

Support dan Resistance sangat penting untuk menjadi panduan anda untuk mengambil setup ini dengan syarat mestilah terbentuk di atas atau bawahnya.

Continuation Candle Engulfing

Dalam sesuatu strong uptrend, anda mungkin akan melihat kekerapan candle engulfing ini terbentuk dan ia akan menjadi potensi entry anda jika anda menggunakan strategi entry piramid.

Anda tak perlu entry layer banyak-banyak untuk satu entry, sebaliknya anda hanya perlu reentry sahaja apabila candle engulfing ini terbentuk. Anda boleh exit trade jika reversal terbentuk samada engulfing ataupun pin bar.

Rumusan

Berberapa point berikut anda boleh catat sebagai rujukan anda.

  • Candle engulfing terdiri daripada dua candle kecil dan besar
  • Candle bullish engulfing adalah candle yang ditutup lebih tinggi berbanding candle sebelumnya
  • Candle bearish engulfing adalah candle yang ditutup lebih rendah berbanding candle sebelumnya
  • Candle engulfing ini menjadi panduan untuk reversal trend dan juga continuation trend
  • Selain entry, ia juga sesuai untuk exit strategy
  • Strategi piramid boleh digunakan untuk memaksimakan profit anda terutamanya dalam strong uptrend dan juga strong downtrend

Admin
10/04/21

Credit photo : wallpaperflare

Comments

Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.