FOREX POWERFUL STRATEGY – CANDLE RETEST AND REJECT
Strategi candlestick ini saya pernah kongsikan pada sekitar oktober 2016 lalu dan mendapat perkongsian lebih 1.6K di laman sosial. Untuk artikel kali ini saya akan cerita lebih lanjut lagi tentang strategi candlestick ini dari segi bagaimana ia terbentuk dan apakah kaitannya dengan chart pattern. Juga antara yang dikupas adalah price level dan SNR level.
Dengan memahami semua ini, secara tidak langsung anda bolehlah menjangka bilakah potensi retest akan berlaku dan paling penting, anda boleh manfaatkannya sebagai advantage anda!
asas penting
Secara asasnya strategi candlestick ini adalah cara untuk mendapatkan entry reversal selepas price membuat fakeout atau false break. Dalam keadaan tertentu, false break tidak berlaku tetapi ia terus membentuk signal pada area SNR. Ini akan diterangkan lebih lanjut di bawah.
Nota Penting: Sebelum kita lanjutkan, sedikit maklumat penting saya ingin sampaikan – Retest berlaku sama ada pada candle kedua selepas candle signal dan juga retest berlaku pada pergerakan yang akan datang setelah price trending selepas breakout, iaitu retest boleh berlaku semula di area SNR yang sudah pernah ditembusi.
Sedikit background teknik false beak sebelum ini
Candle akan break candle terdahulu tetapi gagal untuk terus melepasi sesuatu hi dan low kemudian berpatah balik. Ini dikenali sebagai false break. Arah selepas false break itulah arah sebenarnya. Sebagai trader, anda perlukan pendekatan yang lebih advanced seperti ini berbanding kaedah basic. Itulah sebabnya saya memanggil teknik ini sebagai teknik advanced candlestick.
Anda boleh baca lebih lanjut di sini https://pullbackforextrading.com/teknik-trading-a-c-t-part-2/
Strategi di atas adalah berdasarkan 2 candle terdekat. Pada artikel ini pula saya menjelaskan mengenai retest selepas breakout. Retest adalah keadaan retracement yang boleh dimanfaatkan sebagai entry point anda untuk tujuan buy low dan sell high.
Ia juga adalah satu cara yang dipraktikkan sejak sekian lama oleh trader untuk memasuki pasaran secara sabar dan berdisiplin.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Kuasai Strategi Retest dalam masa singkat!
Saya sudah susunkan point-point penting yang anda perlu tahu mengenai strategi ini. Sediakan pen dan kertas untuk membuat catatan anda.
Apa itu ‘retest’ dalam forex technical analysis?
Retest berlaku dalam banyak bentuk. Ada yang berlaku selepas signal terbentuk, ada yang berlaku di masa akan datang pada suatu price level atau SNR bulan ataupun tahun-tahun lepas dan ada juga retest yang berlaku selepas sesuatu breakout perubahan trend.
Price akan ke point asal breakout(SBR/RBS) sebelum ia meneruskan trend. Dalam keadaan lain juga, retest bertujuan untuk menjadi reversal jika tiada kekuatan untuk merubah arah trend selepas retest historical SNR. Biasanya ia membentuk chart pattern seperti double top/bottom atau triple top/bottom iaitu situasi di mana berlaku pergerakan semula ke high atau low terdekat tetapi gagal untuk tembusinya.
Keadaan ini dipanggil sebagai retest.
Retest bermaksud price hendak uji semula sesuatu SNR level samada ia adalah level price yang sudah ditembusi atau ia adalah SNR terdahulu yang cuba untuk ditembusi semula.
Sesuatu price level ataupun SNR yang sudah diuji pula dan telah berlaku reversal pada waktu-waktu lepas akan dipanggil ‘tested’ kerana ia pernah diuji suatu masa dahulu. Ia juga akan dikenali sebagai historical SNR. Historical SNR ini menjadi rujukan trader untuk exit trade dan juga membuat entry.
Historical SNR ini banyak berkait dengan SNR yang pernah terbentuk tahun-tahun terdahulu dan masih menjadi SNR kuat di masa akan datang. Bak kata pepatah, history always repeat itself!
Berdasarkan gambar kita boleh tafsirkan bahawa nombor genap 124.000 menjadi strong support sejak 2016 untuk pair GBPJPY dan masih kekal kuat hingga hari ini. Berdasarkan kefahaman di atas, anda sebenarnya boleh manfaatkan sesuatu historical level untuk entry buy low ataupun sell high. Apa yang penting adalah anda mestilah berani mengambil risiko.
Apakah makna disebalik retest?
Maksudnya price hendak menguji semula level price itu atau SNR itu untuk perubahan trend atau bakal menjadi reversal jika gagal berubah trend. Dalam keadaan lain, ia juga merujuk kepada Stoploss hunting akibat dari manipulasi pasaran. Saya melihat ia sebagai sesuatu yang logik di mana manipulasi ini tiada lainnya hanya untuk membuatkan trader kerugian dalam dua keadaan iaitu;
- SL hunting – berlaku apabila adanya false break melebihi candle entry dan mengena pada SL area
- Sell low, buy high akibat aktiviti panik entry dan mengejar trend yang kononnya akan terus jatuh ataupun terus naik
Retest dan break
Retest yang berlaku adalah petanda buyers dan sellers yang bersaing kuat untuk menaikkan dan menjatuhkan sesuatu trend matawang dalam pasaran. Anda perlu beri perhatian kepada sesuatu retest itu. Tujuan utama anda adalah mendapatkan entry sebaik mungkin tetapi jika retest itu gagal, anda perlu keluar dari pasaran secepat mugkin. Gagal bermaksud, price gagal untuk reverse tapi sebaliknya ia breakout pula sesuatu SNR itu.
Apabila retest kepada sesuatu low atau high gagal, ini petanda trend mungkin akan berubah arah.
Kelebihan setup retest ini adalah ia membantu anda mengenalpasti entry dan stoploss anda. Ingat, trading system terbaik mestilah lengkap dengan kawalan risk. Jika tiada, maka ia hanyalah perjudian nasib semata-mata.
Exit trade ketika salah adalah keperluan dan kelengkapan penting bagi seseorang trader itu. Jika anda masih struggle mencari teknik yang tidak perlukan emergency exit macam ni mungkin ilmu ini bukan untuk anda.
Retest dan Reject
Di bawah adalah contoh retest ke SNR lepas pada bulan ogos iaitu di 126.534 yang diuji pada bulan september berikutnya. Candle pin bar terbentuk di atas support. Secara tidak langsung ia membentuk signal buy.
Trend kemudiannya naik dan selepas itu, breakout berlaku di 130.637 kemudian retest semula pada area breakout 130.637 ini kemudian pullback berlaku menandakan trend kembali meneruskan perjalanannya(continuation).
Pattern double top ataupun double bottom akan terbentuk jika retest itu berlaku jauh dari candle signal pertama. Tetapi jika ia berlaku pada candle kedua selepas candle signal pertama, maka ia akan membentuk candle reversal pattern seperti tweezer top dan tweezer bottom.
Credit : The Diary of a Trader
Gambar di atas adalah contoh 2 candle yang mempunyai kedudukan shadow yang sama rata iaitu candle kedua tidak punyai shadow lebih panjang dari candle pertama. Ini dikenali sebagai Tweezer Candle.
2 jenis retest dalam pasaran
Retest berlaku samada pada candle kedua terdekat ataupun candle yang jauh dari candle signal.
Retest ini berlaku pada sesuatu price level dan juga sesuatu SNR.
1). Price level terbahagi kepada 2;
- Round number
- Psychological number
Apabila signal terbentuk di salah-satu price di atas, retest ada kemungkinan berlaku selepas terbentuknya signal.
Round number : tiga digit sifar terakhir, cth 1.21000, 1.22000
Psichological number : empat digit sifar terakhir, cth 1.30000, 1.20000
Bagi pair JPY :
Round number : 145.000. 146.000
Psichological number : 100.000, 120.000
GBPUSD pada tahun 2017 – Number psikologi 1.30000 menjadi key SNR penting pada tahun ini di mana price pernah gagal break setelah membuat retest 2x. Akhirnya ia breakout pada bulan september diikuti retest semula pada oktober hinggalah pair ini kembali bullish semula pada bulan november.
Situasi retest memberikan gambaran keseluruhan bahawa dalam bulan tersebut, price psychological 1.30000 menjadi strong support(RBS) dan gagal untuk ditembusi. Teknikal trader akan melihat ini sebagai potensi ataupun peluang untuk membuat entry buy pada harga terendah pada waktu itu.
Angka genap 149.00 pada GBPJPY menjadi strong resistance dan kerap berlaku rejection. Setiap kali rejection berlaku(candle closed bearish), entry sell akan dibuat.
GBPUSD retest dan rejected angka round number 1.52000. Setelah naik, ia turun semula untuk retest price level ini. Apabila candle closed bullish di atasnya, ia adalah petadna rejection dan signal kepada entry buy.
Price level 1.52000 ini bertindak sebagai strong support level.
2). SNR retest
Ia biasanya banyak berkaitan dengan sesuatu strong SNR yang ditembusi samada RBS atau SBR terbentuk selepas breakout itu. SNR tidak merujuk pada price tertentu kecuali hanya pada sesuatu price level yang mempunyai kesan pada pasaran.
Dalam keadaan lain juga retest pada SNR akan membentuk reversal chart pattern seperti double top/bottom dan triple top/bottom. Ini kerana retest kali kedua dan ketiga telah gagal membuatkan trend berubah. Maka ia akan reverse.
Triple bottom terbentuk apabila berlaku lagi retest kali ke-3 pada sesuatu support sebelum ia betul-betul rejected.
Jika terlepas sesuatu peluang itu tidak mengapa, perhatikan jika price masih hendak retest lagi di masa akan datang. Jika dilihat dari segi peluang, ini adalah peluang terbaik anda untuk memasuki pasaran dan juga menambah lagi entry jika sudah entry pada rejection yang kedua.
Retest sesuatu SBR atau RBS juga boleh berlaku selepas breakout neckline sesuatu chart pattern seperti Head n Shoulder pattern dan inverted Head n Shoulder pattern.
Di atas adalah contoh buy setup apabila price break neckline pada pair GBPUSD untuk inverted head and shoulder pattern yang terbentuk di H1 pada bulan ogos lepas. Berlaku berberapa kali retest pada neckline sebelum price betul-betul naik tinggi.
Anda boleh manfaatkan keadaan ini dengan trading seperti pemburu yang menanti peluang yang sesuai untuk memburu mangsanya. Nantikan retest dan entrylah selepas ia berlaku. Trader yang tidak sabar pasti selalu tersangkut pada keadaan buy high dan sell low. MENANTI RETEST dan REJECT boleh bantu anda atasi situasi ini.
Retest dan reject pada sesuatu SNR adalah petanda SNR itu adalah strong level. Kebarangkalian untuk gagal adalah rendah sementara kebarangkalian untuk ia menjadi adalah sangat tinggi.
Petanda sesuatu SNR itu kuat adalah price tidak akan ambil masa lama berada di kawasan itu. Jika sudah ada retest dan reject buat kali kedua, jika benar trend itu kuat naik, ia akan terus naik selepas itu.
Apakah Beza Price level dan SNR?
Dua-dua ini adalah sama sahaja sebenarnya cuma jika anda mahu lebih spesifik, maka anda boleh kelaskan ia kepada berberapa jenis yang berbeza dari segi nama dan juga angka yang digunakan.
Untuk bersifat universal, anda boleh fokuskan SNR sahaja.
Kelebihan menggunakan Round number : Lebih spesifik untuk menentukan kawasan entry berbanding menggunakan body atau shadow candle sebagai SNR level.
MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX
Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!
Kenapa anda harus memilih kami? :
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
- Partnership programs
- Leverage up to 888:1
- Spread serendah 0.6
Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!
Rumusan
Ok saya sudah jelaskan panjang lebar mengenai retest dan reject ini. So sekarang saya buatkan sedikit rumusan mengenai teknik ini.
- Retest dan reject berlaku dalam dua keadaan iaitu pada candle kedua ataupun pada trend yang akan datang
- Retest dan reject berperanan penting membentuk chart pattern apabila menjejak ke sesuatu SNR itu pada waktu akan datang tetapi gagal menembusinya
- Candle kedua yang reject adakalanya terbentuk false break candle dan adakalanya tidak
- Pada chart pattern, jika sesuatu neckline ditembusi, akan ada kebarangkalian price akan retest semula. Entry akan dibuat jika rejection berlaku
- Area yang berpotensi berlakunya retest dan reject adalah seperti Round number dan previous SNR level termasuklah historical SNR tahun-tahun lepas
- Sesuatu SNR yang baru ditembusi akan ada potensi retest sebelum ia meneruskan perjalannya
- Kaedah Retest dan Reject boleh bantu anda mendapatkan entry pada yang lebih baik selain membantu anda menjadi trader yang lebih berdisiplin
- Sesuatu setup yang gagal dapat dilihat melalui breakout pada area retest di mana sepatutnya di situ price rejected tetapi sebaliknya breakout pula
Akhir kata dari admin..
Strategi ini mungkin anda akan temui di kelas berbayar mahupun buku-buku berbayar di masa akan datang. Jika anda pelajarinya hari ini, atleast nanti anda akan mendapat kefahaman yang lebih mendalam lagi pada pembelajaran akan datang. Strategi ini bukan untuk level newbie jadi mohon maaf jika ada penerangan yang kurang jelas mahupun menggunakan bahasa yang sukar difahami.
Download nota ini dalam pdf dan kongsikan bersama rakan-rakan anda!
Sekian,
ADMIN
20/12/20