GOLD DAN MAJOR PAIR NAIK SEPERTI DIJANGKA – APA SETERUSNYA
Pada NFP lepas, saya ada post mengenai jangkaan kenaikan major pair berdasarkan arah tuju gold. Kini, pair major sudah pun naik dan membuat new high. Persoalan seterusnya, apakah arah seterusnya? Saya akan kupas dalam artikel ini.
Sebelum lanjutkan, silakan klik banner di bawah untuk ke halaman telegram di mana promosi menarik dan entry terkini akan dihantar secara terus ke smartphone anda.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Berikut analisis ringkas untuk major pair EURUSD, GBPUSD, AUDUSD dan GOLD(XAUUSD).
EURUSD
Pair ini naik tinggi selepas NFP minggu lepas. Pada waktu artikel ini ditulis price sudah menghampiri number genap 1.1300 namun agak struggle untuk membuat new high. Dua candle pin bar di Weekly high terbentuk menandakan ia gagal untuk terus naik(false break).
Fokus utama minggu ini masih buy lagi.
Entry buy boleh dilihat jika price break dan pullback atas weekly high dan 1.1300 akan menjadi TP jika buy trigger.
Jika price membuat retracement pula, area SND 1.1140 akan menjadi point utama untuk mencari buy low.
Jika tidak pasti adakah perlu buy atau sell waktu ini, saya sarankan tunggu break high dahulu atau, biarkan ia turun dahulu dan cari buy kemudian. Fokus hanya satu sahaja bagi memudahkan planning iaitu buy. Oleh itu saya akan abaikan selling untuk pair ini.
GBPUSD
Pair ini mempunyai pattern yang sama seperti EURUSD iaitu uptrend dan mempunyai area SND rally base rally di bawah price semasa. Area tersebut terletak di 1.3000, nombor psikologi kuat kerana angka genap yang mempunyai tiga sifar(atau 4 sifar jika anda melihat pada angka 4 decimal).
Plan untuk pair ini lebih kurang seperti EURUSD iaitu, jika ia break dan pullback di atas weekly high, entry buy akan dibuat dengan 1.3200 sebagai TP.
Jika price membuat penurunan ke 1.3000, buy akan dibuat jika rejection berlaku di situ.
AUDUSD
Pair ini membuat retracement sehingga ke support 0.6800 yang dalam masa yang sama juga adalah area RBR.
Jika rejection berlaku, ia akan membentuk double bottom dan signal kepada entry buy.
Untuk target, weekly high adalah target terdekat. Jika break lagi, ia akan naik lebih tinggi.
Jika break area SND ini, kita akan melihar area support 0.6700 sebagai key support untuk buying.
XAUUSD
Bermula dari Weekly chart, 1932.14 yang sepatutnya menyokong kepada selling telah pun ditembusi. Kini, last week high sudah ditembusi dan pada waktu artikel ini ditulis, pullback di atas Weekly high masih dalam proses berlaku.
Ini secara tidak langsung boleh menarik sekali pair major untuk naik bersama.
Berdasarkan gambar di atas, key resistance utama adalah 2000.00 yang sebelum ini saya pernah jadikan target untuk buying namun belum diuji lagi. Mungkinkah kali ini ia akan ke sana?
Seterusnya kita lihat H4 pula.
XAUUSD H4
Di H4 pada waktu artikel ini ditulis, candle break bullish masih berada di atas Weekly high menandakan new high sedang dibentuk.
Jika bounce berlaku di atas ini diikuti dengan pullback naik, saya akan cuba swing trade dengan menjadikan 2000.00 sebagai TP.
last sekali, lihat H1 pula.
XAUUSD H1
Di H1 candle break sudahpun terbentuk namun selagi H4 belum sempurna, ia masih boleh jadi false break. H4 akan membentuk fakey bar.
Akan tetapi jika ia pullback naik, entry awal buy di H1 boleh dibuat dengan di bawah 1961.00 sebagai stoploss area.
Key SNR penting anda adalah Weekly high. Akan tetapi jika ia break sekalipun, entry buy low akan dibuat di area support di bawah weekly high ini iaitu paling dekat adalah 1950.00 area.
Akhir kata
Berberapa pautan artikel di bawah ini anda boleh baca untuk naikkan kefahaman anda tentang analisis di atas:
- https://pullbackforextrading.com/kelebihan-dan-kekurangan-teknik-satu-arah/
- https://pullbackforextrading.com/teknik-candle-break/
- https://pullbackforextrading.com/cara-sebenar-menggunakan-snr-candlestick-dan-multi-timeframe/
- https://pullbackforextrading.com/teknik-wajib-fibo-tahun-2022-cara-take-profit-ini-tidak-ramai-yang-tahu/
Semua analisis di atas adalah berdasarkan teknik yang saya kongsikan di sini.
Sekian dulu untuk artikel kali ini. Kita jumpa di posting akan datang!
ADMIN
18/07/23
Credit: tradingview, vecteezy
One Reply to “GOLD DAN MAJOR PAIR NAIK SEPERTI DIJANGKA – APA SETERUSNYA”
Comments are closed.