GOLD MASIH ADA HARAPAN KE 1600
Buat masa ini gold masih bearish. Berdasarkan minggu lepas, ia ditutup lower berbanding minggu sebelumnya. Oleh itu kita expect ia akan terus turun ke sasaran utama iaitu 1600.00.
Walaubagaimanapun, 1623.00 masih menjadi rintangan pertama sebelum ia berjaya ke sasaran. Buat masa ini gold retest area 1665 ataupun fibonacci 61.8 dan 78.6. Area ini adalah area SNR kuat dan valid untuk sell jika H4 closed sebagai rejection.
Timeframe Weekly
Untuk memulakan analisis, biasanya saya akan merujuk pada timeframe lebih besar. Untuk mudah, saya akan lihat di Weekly dahulu untuk lihat apa yang minggu lepas ‘sediakan’ untuk minggu ini.
Seterusnya lihat pada H4 pula.
Dari kedua-dua timeframe ini saya dapat simpulkan bahawa trend minggu ini sepatutnya selling lagi sebab minggu lepas adalah confirmation kepada selling di bawah 1700.00.
Area key level penting pula adalah di 1165.00 dan kawasan fibo 61.8 dan 78.6. Last resistance level penting adalah di 100.0.
Market akan mengecewakan jika..
Jika market break atas 78.6 dan terus pullback atasnya, mungkin ia akan retest semula 1700.00. Namun berdasarkan SNR yang ada, ia taklah sampai ke 1700.00. Oleh itu area 100.0 dan 78.6 akan menjadi resistance penting buat masa ini.
Market terbaik jika..
Kita akan pantau cs pattern di D1 untuk hari isnin, selasa dan rabu ini. Jika ia membentuk signal sell, maka ia adalah petanda yang baik untuk memasuki pasaran dengan membuat entry sell.
Sedikit nasihat
Market hujung tahun agak berisiko tinggi, oleh itu jika market tidak membentuk signal entry, sebaiknya elakanlah.
Untuk sebarang update, sila ikuti channel telegram kami di sini.
ADMIN
17/10/22