GOLD NAK KE 1900.00?
Bertemu lagi untuk analisa teknikal top-down untuk pair gold(xauusd) untuk edisi 27hb Jun 2023. Bulan ini kini memasuki minggu terakhir untuk bulan ini dan seterusnya candle TF monthly akan melengkapkan bentuknya untuk clue bulan berikutnya.
Untuk minggu terakhir ini, kita lihat dahulu apakah peluang yang kita boleh manfaatkan selain melihat potensi terkini arah pasaran.
Sebelum lanjutkan, saya ucapkan terima kasih bagi yang setia mengikuti kaedah analisis saya dari awal bulan ini hingga kini. Sedikit sebanyak dapatlah melihat bagaimana kaedah tool teknikal diaplikasikan ke live market selain menggunakan chart pattern/price pattern untuk melihat arah dan membuat entry pasaran.
Bagi yang belum daftar, sial daftar membership percuma untuk muat-turun ebook teknik di sini.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Berikut analisa top-down untuk gold.
XAUUSD WEEKLY
Minggu lepas candle break(bearish) breakout inside bar dan closed lower di bawah inside bar serta di bawah shadow(low) minggu sebelumnya. Ini menandakan trend bias adalah sell.
Awal minggu ni ada sedikit retest ke low inside bar. Retracement ini boleh jadi sebagai peluang entry sell. Kita lihat dahulu di D1 untuk petunjuk berikutnya.
Berdasarkan cs weekly kita dapat simpulkan bahawa area 2000.00 tidak dijejak lagi dan market cenderung kepada selling memandangkan sudah menghampiri penghujung bulan. Oleh itu plan untuk sell di area ini sudah invalid.
XAUUSD D1
Pada TF D1 kita dapat lihat breakout di mana trend yang sideways telah ditembusi dan trend sudah menampakkan arahnya iaitu downtrend.
Candle terakhir jumaat lepas pula membentuk inverted pin bar iaitu rejected selepas retest di 1918.90.
Jika dilihat angka genap, 1900.00 adalah angka terdekat.
Area 1918.90 kini adalah SBR di mana ada kemungkinan retest akan berlaku lagi di area ini dan ini akan menjadi peluang entry sell jika ia berlaku. Namun entry awal boleh di buat pada H4 berdasarkan candle pattern.
Kita lihat apa yang berlaku di H4;
XAUUSD H4
Berdasarkan H4, kita dapat lihat candle bearish terbentuk menandakan rejection sudah berlaku pada area fibo dan SBR secara keseluruhannya.
Entry secara martingale(sell) boleh dibuat dengan reentry akan dibuat lagi jika ia naik retest area 1918.90.
Target profit adalah 1900.00.
Terima kasih untuk setakat ini, saya akan update di group telegram lagi nanti. Stay tune!
ADMIN
27/06/23
Credit foto: tradingview, pexel