HARMONIC PATTERN UNTUK REVERSAL TREND
Harmonic pattern adalah suatu kaedah yang ditemui oleh H.M. Gartley pada tahun 1932. Teori ini kemudiannya dikembangkan oleh Larry Pesavento, iaitu penulis buku ‘Fibonacci Ratios with Pattern Recognition.’
Pattern Harmonic ini mirip dengan chart pattern seperti Head & Shoulder, iaitu ia dalam pola corak tertentu dalam sesebuah price action. Akan tetapi, ia mempunyai keunikan tersendiri; ia bergabung dengan kegunaan fibonacci retracement dan extension. Kombinasi unik ini membolehkan pattern-pattern ini menghasilkan peluang entry yang berketepatan tinggi dan mudah diikuti.
Photo; tradingview education
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Idea utama disebalik harmonic pattern ini adalah untuk mengenal-pasti peringkat di mana trend akan continuation selepas suatu correction.
SERUPA TAPI TAK SAMA
Terdapat berberapa pattern harmonic; ABCD, Butterfly, Gartley, Shark, Crab, Bat dan lain-lain lagi. Pattern-pattern ini boleh jadi bermaksud bullish ataupun bearish berdasarkan sesuatu trend tersebut. Kebanyakan pattern ini kelihatan mirip antara satu sama lain namun masih terdapat berberapa perbezaan. Dalam analisa teknikal, sejarah kerap berulang semula, oleh itu pattern-pattern ini akan muncul semula di masa hadapan.
Oleh itu, tabiat dan pergerakan pasaran juga pastinya akan sama sepertimana ia pernah berlaku sebelum ini.
JENIS-JENIS HARMONIC PATTERN
Bentuk utama adalah mirip kepada butterfly pattern, di mana ia bermula dari poin X kemudian diikuti stuktur kedudukan poin A,B,C dan D.
Kedudukan poin ABC ini terletak pada fibonacci retracement, manakala poin D pula pada extension level. Selepas poin D ini trend akan reversal.
Bagaimana untuk mengetahui kedudukan ABC dengan menggunakan fibonacci retracement, dan menentukan kedudukan D menggunakan fibo extension
Kedudukan X adalah mewakili trend asal atau sebagai permulaan pattern ini. Poin A pula adalah permulaan U-turn trend. Dari poin X dan A ini fibonacci akan disambungkan.
Maka,
Poin B itu adalah pada retracement level fibonacci. Ia adalah berbeza-beza mengikut jenis pattern. Sebagai contoh, pattern butterfly. Poin B akan terletak pada 78.6% fibo. Selepas ia reversal mencari poin A semula, sambungan fibonacci retracement akan dibuat pula dengan menyambungkan dari poin B kepada A. Hasilnya, poin C akan berhenti di 38.2% fibo.
Akhir sekali, untuk menentukan poin D, anda boleh sambungkan poin B kepada C. Kedudukan poin D akan berada samada di extension 161.8% fibo atau 261.8 fibo.
Entry sniper buy atau sell boleh dibuat pada extension D ini jika ia mencapai ke 261.8% fibo ext.
Setiap pattern mempunyai kedudukan berbeza. Perbezaan ini menjadikan ia berbeza-beza jenis patternnya. Setiap pattern akan mempunyai extension level untuk poin D yang juga berbeza, iaitu tak semestinya ia ke 161.8 atau 261.8. Ia juga boleh jadi terhad ke 127.2.
BACA: Sambungan fibonacci TP adalah serupa dengan harmonic pattern, iaitu sambungan B dengan C…
Pattern AB=CD contohnya, poin D akan jatuh di 127.2 jika poin C di 78.6 dan poin D akan berada di 161.8 jika poin C di 0.618.
Di bawah ini adalah senarai lengkap pattern dan kedudukan fibonacci;
Pengkelasan pattern mengikut jenisnya;
Kelebihan
Kelebihan kaedah ini adalah anda tidak perlu meneka atau membuat prediksi kerana anda bergantung pada spesifik level fibonacci(fibonacci number) untuk menentukan kedudukan ABC dan D.
BAGAIMANA UNTUK TRADE HARMONIC PATTERN
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik menggunakan kaedah harmonic pattern ini anda mestilah;
- Ingat dan kenali perbezaan pattern-pattern ini beserta namanya
- Tahu menggunakan fibonacci. Anda boleh cari dalam blog ini panduan menggunakannya.
- Mengetahui trend utama dan poin A dalam sesuatu trend.
- Mahir mengenalpastinya pada MT4/MT5 anda.
Semakin anda memahami dan menguasai pattern ini, semakin anda mempunyai kelebihan dalam membuat entry pada extension ataupun retracement level.
Anda juga boleh mempredik TP yang tepat sesuai dengan kedudukan poin C. Anda juga boleh memasuki reversal trend pada poin D selepas anda TP di poin D.
Sekian buat masa ini. Silakan kongsikan artikel ini jika anda merasakan ia bermanfaat.
ADMIN
08/06/23
Credit: tradingview, liteforex, google images