KENAPA KITA TIDAK BOLEH OVER-KONFIDEN KETIKA TRADING WALAUPUN NAMPAK SIGNAL YANG BERPOTENSI TINGGI? -BERIKUT SEBABNYA
KENAPA KITA TIDAK BOLEH OVER-KONFIDEN KETIKA TRADING WALAUPUN NAMPAK SIGNAL YANG BERPOTENSI TINGGI? -BERIKUT SEBABNYA
-
OVER-KONFIDEN ADALAH MASALAH EMOSI
-
FALSE SIGNAL/FAKEOUT
-
STOPLOSS HUNT
Jika pada artikel lepas saya ada menulis mengenai over-trade, kali ini saya ingin mengupas mengenai over-konfiden pula. Jika trading keterlaluan itu boleh membunuh akaun dengan pantas, over konfiden pula lagi pantas dari itu. Kenapa? Berikut saya jelaskan kenapa.
Masalah emosi
Over-konfiden adalah masalah emosi berkaitan keyakinan melampau bahawa sesuatu trade setup itu akan 100% menjadi walhal keadaan sebenar pasaran mungkin tidak. Jika anda percaya sesuatu yang dipanggil sebagai market manipulation, pasti anda tahu kenapa anda wajib untuk tidak sesekali over-konfiden ini walaupun pada waktu itu trade setup anda memang betul-betul menjadi. Kerana jika itu yang anda fikirkan pada waktu itu, anda sebenarnya tidak lebih dari tamak sahaja.
Kita sedia maklum bahawa tamak bukanlah sesuatu yang baik dalam trading. Jadi kenapa mesti terlibat dengannya.
Saya percaya mesti ada trader di luar sana yang berjaya menjana wang besar dari perasaan tamak ini tapi seberapa konsisten kah dia dengan cara itu. Jika tidak konsisten, maka itu sudah menjadi berjudi.
Jika trading keterlaluan itu boleh membunuh akaun dengan pantas, over konfiden pula lagi pantas dari itu.
Apabila anda sudah mula struggle atau bergelut dengan emosi sendiri, itu petanda akaun anda dalam bahaya. Masalah sebenar akan bermula apabila anda sudah mula kerugian dan over-konfiden itu dan selepas itu anda akan mula melihat satu demi satu kerugian akan mula menyerang akaun anda. Salah siapa agaknya?
Over-konfiden ini satu masalah yang sering berkait dengan dua hal di bawah ini;
- False signal
- SL hunting
Berikut huraian saya;
1.False signal/ Fakeout
Antara bahaya trading sesuatu breakout adalah apabila berdepan dengan false signal atau fake breakout.Kebiasaannya ia berlaku pada timeframe yang lebih rendah. Oleh sebab itulah saya menulis mengenai multi-timeframe di sini agar anda dapat elakkan masalah tersebut. Ini kerana sebarang pergerakan di dalam timeframe yang lebih rendah walaupun sudah break, tetapi pada timeframe lebih besar jika belum closed lagi sesuatu candle itu, ia masih berisiko menjadi false break.
Pada timerame M15, kelihatannya candlestick sedang membuat low baru selaras dengan trend semasa iaitu downtrend pada ketika itu. Tetapi apa yang berlaku setelah 4 jam kemudian iaitu candle H4 siap, ia ternyata adalah false break. Hasilnya, trend bukannya turun tetapi sebaliknya menaik.
Bayangkan anda sudah over-konfiden merasakan anda sudah mengikuti trend dan kemudiannya trade lot-lot besar(standard lot) tetapi akhirnya terperangkan dengan situasi di atas.
Dalam teknik 821 ini saya telah kongsikan mengenai bagaimana untuk manfaatkan fakeout dalam trading dengan cara menggabungkannya dengan berberapa indikator untuk kenal-pasti ‘centre of graviti’ sesuatu trend.
2.Stoploss Hunt
Stoploss hunt berlaku apabila terdapatnya signal entry kemudian anda membuat entry pada candle berikutnya atau candle kedua, namun selepas itu price turun semula ke stoploss area anda. Selepas itu apa yang berlaku adalah ia menjadi false break dan kemudiannya bergerak semula ke arah yang anda trade berdasarkan signal terdahulu.
Perhatikan bagaimana trade anda stopout tidak lama selepas trade itu dibuka. Setelah trade anda stopout, trade itu bergerak ke arah yang anda trade. Jika anda over-konfiden pada trade tersebut, akaun anda lebih cepat margin call sebelum pun anda over-trade.
Mungkin ada yang berpendapat untuk tidak meletakkan stoploss. Itu adalah silap yang lebih besar. Ini kerana anda perlu ambil-kira masalah lain seperti server broker, news high impact malah keadaan luar kawalan seperti internet connection malah blackout. Bagaimana hendak cutloss jika terputus bekalan elektrik tiba-tiba atau internet tiba-tiba jadi slow?
Baca : Teknik Selamat Stoploss
Itulah sebabnya saya katakan over-konfiden ini membunuh akaun lebih cepat berbanding over-trade.
Kesimpulan
Trading adalah suatu yang meluas. Ia bukan sahaja berkait broker, teknik/strategy ataupun kecanggihan komputer atau smartphone yang anda gunakan. Tetapi ia lebih dari itu. Ia meliputi disiplin dan psikologi. Ini belum termasuk bab mindset dan risk management.
Terlalu banyak untuk dirungkai dan dihuraikan. Namun apa yang penting adalah kenali diri anda dan kaji kelemahan anda agar ia tidak akan menjadi punca permasalahan anda.
Over-konfiden adalah masalah kritikal kepada kita semua. Ia juga boleh menjadi masalah kepada professional trader. Pada artikel ini saya ada kongsikan mengenai trader yang menjana ratusan juta tetapi apabila beliau sendiri tidak mengikuti teknik beliau, beliau juga mula kerugian jutaan dollar.
Mungkinkah beliau over-konfiden juga?
AKSES MEMBERSHIP + FREE COACHING SEPANJANG RAMADHAN
Anda yang menyertai membership sepanjang bulan ini dan bulan depan bolehlah request personal coaching bersama saya semasa sesi live market. Sertai sekarang!
ADMIN
12/04/18