
Kenapa Pemilihan Pair Adalah Kunci Utama Dalam Strategi Menang Trading
Dalam dunia forex trading, ramai yang terlalu fokus kepada frekuensi entry, indikator kompleks, atau sistem yang penuh dengan isyarat — tetapi terlupa kepada satu elemen penting: pemilihan pair yang betul.
Dalam strategi saya, pemilihan pair bukan sekadar langkah awal — ia adalah tulang belakang kepada kejayaan ataupun kegagalan sesuatu trading. Dalam artikel kali ini saya akan huraikan bagaimana saya membuat pemilihan pair. Dalam trading, saya tidak terhad kepada sesuatu pair namun hanya akan utamakan yang terbaik sahaja.
Prinsip Strategi Ini
Strategi ini dibina atas empat prinsip:
- Entry kurang, kualiti tinggi.
- Gunakan modal besar atau leverage besar secara terkawal.
- Fokus kepada setup dalam trend yang jelas sahaja.
- Ambil profit besar, bukan sekadar scalp pips kecil.
Dan untuk prinsip #3 menjadi berkesan, pemilihan pair menjadi sangat kritikal.
Kenapa Pemilihan Pair Itu Penting?
- Pasaran yang trending beri arah yang jelas
- Anda tak perlu teka-teka ke mana market akan pergi.
- Entry dan exit lebih mudah dirancang.
- Elak whipsaw dan sideways
- Pair yang tidak trending biasanya akan menghancurkan trader dengan pergerakan kecil dan tidak konsisten.
- Setup yang cantik secara teknikal boleh gagal hanya kerana pasaran tiada arah.
- Potensi pergerakan lebih besar
- Pair seperti XAU/USD, GBP/JPY, USD/JPY boleh bergerak ratusan pips dalam satu arah apabila trending.
- Major pair seperti AUDUSD, GBPUSD dan EURUSD juga antara fokus utama namun syaratnya mestilah mempunyai arah yang cantik sahaja iaitu bukan sideways.
- Ini membolehkan anda ambil profit besar walaupun hanya satu atau dua entry seminggu.
Bagaimana Saya Pilih Pair
Setiap minggu, saya akan lihat carta D1 ataupun Weekly untuk semua pair utama. Saya akan cari:
- Candlestick yang dominan dan arah jelas di TF besar seperti monthly atau weekly
- Jarak antara harga dan EMA 21
- SNR dan kedudukan candlestick yang baik
- Trend berdasarkan bulan atau minggu sebelumnya
- Perbandingan antara candlestick
- Permulaan perubahan trend sebagai keutamaan
Jika semua ini selari, barulah saya letakkan pair tersebut dalam senarai tumpuan mingguan.
Kelebihan Bila Hanya Fokus Pada Pair Trending
- Tak perlu entry setiap hari – hanya tunggu peluang tepat.
- Kurang stress – anda tak melawan pasaran.
- Profit lebih konsisten – walaupun sedikit trade, hasilnya besar.
- Lebih mudah kawal emosi dan risiko – kerana anda tak terdesak untuk “force trade”.
Penutup
Pemilihan pair bukan langkah kecil — ia adalah keputusan besar yang menentukan sama ada anda trading dengan arus atau melawan arus. Dalam strategi saya, dengan entry yang minima, penggunaan modal besar dan fokus kepada trend yang kukuh, pemilihan pair adalah kunci utama kejayaan.
Jika anda serius mahu jadikan forex sebagai bisnes modal besar, ubah mindset anda dari “trade semua pair setiap hari” kepada “trade pair terpilih dengan ketepatan maksima.”
Join membership
Anda boleh pelajari lebih lanjut termasuk menyertai group support dan analisis untuk pelajari bagaimana strategi ini saya gunakan dalam live market serta pair apakah yang akan saya pilih. Untuk menyertai, sila ke halaman ini. Bimbingan dari saya adalah berterusan tanpa yuran bulanan ataupun tahunan.
Sekian dahulu buat masa ini. Jumpa lagi di artikel berikutnya.
ADMIN
25/05/25