KENAPA TERASA MARKET SEPERTI “BENDA HIDUP” YANG PINTAR? SELALU BUAT TRADER RUGI
“Perasaan bahawa pasaran bertindak seperti ‘makhluk hidup’, mampu dengan sengaja menyebabkan pedagang mengalami kerugian, sering kali adalah hasil daripada psikologi manusia dan pemikiran bias.
Satu keanehan pada pasaran ini, ia seakan tahu gerak-geri pedagang. Bila membuat buy, price jatuh. Bila membuat sell, price naik pula. Bila letak SL, SL akan mengena dahulu kemudian trade itu menjadi seperti dirancang. Aneh bukan?
Orang sering melihat pasaran forex seperti benda hidup kerana keadaan dinamiknya yang sentiasa berubah dan reaksi yang seakan-akan mempunyai pola seperti emosi manusia. Ketika harga bergerak naik dan turun, pedagang mungkin secara tidak sengaja mengaitkan perilaku pasaran dengan sifat-sifat manusia, seperti niat atau tujuan tertentu, walaupun sebenarnya pergerakan pasaran digerakkan oleh pelbagai faktor ekonomi dan keadaan global.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa orang berfikir seperti ini:
Antropomorfisme
Antropomorfisme adalah kecenderungan untuk memberikan sifat-sifat manusia kepada entiti bukan manusia. Ketika seorang pedagang mengalami kerugian, mereka mungkin mengantropomorfikan pasaran dengan menafsirkan pergerakan pasaran sebagai niat jahat, walaupun ini hanyalah hasil dari kompleksiti sistem pasaran. Di samping itu, kecenderungan ini juga mendorong pedagang untuk mencari sebab-sebab pergerakan pasaran, yang kemudiannya boleh menyebabkan persepsi bahawa pasaran sengaja ‘merugikan’ mereka.
Mengenalpasti Corak Tabiat
Manusia telah diprogram untuk mengenali corak dan mencari sebab-musabab sesuatu perkara. Pedagang sering mencuba mencari sebab-sebab pergerakan pasaran, terutamanya apabila pergerakan tersebut menyebabkan kerugian atau bergerak diluar jangkaan. Sesetengah trader suka menyalahkan orang lain sebagai punca kerugian mereka seperti menuduh semua ini kerja broker atau trader-trader besar(bank, hedge fund etc..) dalam pasaran.
Enggan terima Kerugian
Kerugian boleh memberi impak psikologi yang lebih kuat daripada keuntungan. Pedagang mungkin rasa bahawa pasaran sedang ‘menentang’ mereka kerana mereka mengingati kerugian mereka dengan lebih jelas berbanding kemenangan mereka, menyebabkan persepsi yang berasaskan bias terhadap tingkah laku pasaran.
Oleh itu mereka yang tidak dapat menerima kekalahan(kerugian) ini akan merasakan seolah-olah market ini ‘dicipta’ untuk merugikan mereka dan pedagang lain.
Hilang Kawalan
Pasaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk data ekonomi, peristiwa geopolitik, dan sentimen pelabur. Pedagang, terutamanya mereka yang kurang memahami faktor-faktor ini secara mendalam, mungkin rasa ketidakmampuan kawalan terhadap pergerakan pasaran, membawa kepada persepsi bahawa pasaran bertindak menentang mereka.
Terdapat sesetengah pedagang secara tidak sedar memasuki pasaran kerana mahukan harga naik walhal secara logiknya kita tiada kawalan terhadap pasaran dan apabila pergerakan ini sudah diluar kawalan, mulalah bermacam-macam benda negatif bermain-main dalam fikiran.
Perasaan Bias
Pedagang mungkin hanya mengingati situasi di mana pasaran bergerak menentang kedudukan mereka, menguatkan kepercayaan bahawa pasaran sengaja menyebabkan kerugian kepada mereka. Pergerakan pasaran yang positif atau perdagangan yang berjaya mungkin diabaikan atau dilupakan.
Umumnya, kita lebih mudah mengikat benda atau perkara yang lebih negatif berbanding positif. Kerugian dalam perdagangan boleh jadi memberi impak dalam tanggapan kita terhadap pasaran lagi-lagi kerugian itu tidak sanggup diterima.
Reaksi Emosi
Tekanan emosi dalam perdagangan boleh membawa kepada persepsi pelik dan kepercayaan karut yang tidak rasional. Semasa dalam tempoh ketidakstabilan pergerakan pasaran yang tinggi(volatiliti) atau kerugian berderet-deret(losing streak), pedagang mungkin akan berdagang secara beremosi(membawa emosi dalam membuat keputusan). Akibat dari ini maka keraplah si pedagang itu melakukan kesilapan demi kesilapan kemudian merasa pula seolah-olah market ini pintar dan tahu(boleh meramalkan) gerak-geri mereka.
Akhir kata
Adalah penting untuk mengenali bahawa pasaran bukanlah makhluk yang ‘bernyawa’. Ia adalah sistem kompleks yang digerakkan oleh pelbagai faktor, termasuk dinamik penawaran dan permintaan, petunjuk ekonomi, sentimen pasaran, dan banyak lagi. Walaupun mungkin kelihatan seolah-olah pasaran ‘menyerang anda’ dalam masa yang sukar, adalah lebih produktif untuk menjalankan perdagangan anda dengan mentaliti yang rasional dan berpengetahuan yang luas.
Mengamalkan strategi pengurusan risiko yang baik, mempunyai mindset yang realistik, dan terus belajar tentang dinamik pasaran boleh membantu pedagang mengatasi cabaran perdagangan tanpa adanya pemikiran yang tak masuk akal iaitu “market adalah benda hidup yang bernyawa!”
ADMIN
12/08/23
photo: internet/google images search