Market Review 06 januari 2016
TOP PICK MINGGU INI
Pilihan minggu ini adalah pair AUDUSD berdasarkan kriteria trend yang jelas(bukan sideways), dan juga paling penting dari segi risk dan reward ratio.
AUDUSD REVIEW
Analisa akan dimulakan dari TF yang lebih besar iaitu monthly kerana pada TF inilah kita boleh melihat overall picture agar tidak tersilap dalam trading short term dan juga long term trend.
AUDUSD MONTHLY CHART – Berdasarkan trend long term audusd ini ia adalah downtrend. Pergerakan downtrend ini juga bermula pada awal januari ini bermula pada minggu ini dan dijangka akan terus membuat penurunan lagi. Price bergerak turun pada minggu ini setelah terbentuknya double top pada chart weekly di key resistance 0.7387/0.7383.
Pergerakan downtrend ini sudahpun kelihatan lebih awal pada 03 november 2015 lepas. Sila rujuk entry post sini > https://pullbackforextrading.com/market-review/
AUDUSD WEEKLY CHART – Kelihatan jelas downtrend telah bermula pada minggu ini dan price tiada masalah untuk break secara terus support level yang ada. Kini level support ini akan menjadi panduan entry jika price membuat re-test atau retrace semula ke broken support tersebut. Candle weekly pada minggu ini kelihatan terbentuk sebagai bearish engulfing, menandakan kekuatan seller/bear dalam market.
Entry Point
Entry point terbaik adalah pada key level-key level berikut.
**Note: ia cumalah panduan sahaja dan tiada jaminan price akan membuat retest ke area-area key level ini.
1. Best entry target : Sell at 0.7173
2. Best entry target : Sell at 0.7156
3. Best entry target : Sell at 0.7110
Kesemua target entry ini akan trigger(open sell jika..) dengan syarat berlakunya rejection atau terbentuknya candle reversal di kawasan tersebut. Bagi yang masih kurang jelas mengenai best entry ini sila klik link di bawah untuk mempelajari apa itu best entry dalam trading dan kenapa mesti trading dengan cara itu.
BACAAN : Best Price Trading
Saya juga sarankan anda membaca artikel saya ini mengenai rejection candle di sini > https://pullbackforextrading.com/pin-bar-trading-signal/
Melalui artikel itu juga anda akan didedahkan mengenai teknik risk reward ratio berdasarkan entry setup anda.
Sekian dulu buat masa ini. Terima kasih atas pembacaan anda. Jika merasakan perkongsian artikel ini bermanfaat silakan kongsi dengan rakan-rakan anda.
-ADMIN-
Analisa ini berdasarkan teknik 821. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.