PERLUKAH ANDA MEMINJAM WANG UNTUK TRADING? BERIKUT APA YANG PERLU ANDA TAHU
Dalam keadaan terdesak, tidak dinafikan meminjam wang adalah antara perkara yang bermain difikiran. Dalam kehidupan seharian kita pun sering berlaku pinjam-meminjam wang untuk keperluan samada penting mahupun yang tidak penting seperti berjudi mahupun untuk membayar hutang yang lain seperti gali lubang untuk menutup lubang.
Meminjam wang atau berhutang juga berlaku dalam dunia kewangan dalam pelbagai bentuk, malah leverage yang kita gunakan dalam trading juga adalah ‘pinjaman’ dari broker. Membuat loan atau pinjaman juga diguna secara meluas dalam kehidupan seharian kita samada untuk mendapatkan kenderaan mahupun rumah.
Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ada sesetengah trader yang terdesak hingga sanggup berhutang untuk trading. Jadi, dalam artikel kali ini saya akan mengupas mengenai meminjam wang untuk trading dan apa yang anda perlu tahu.
Jika anda pernah terfikir atau bercadang untuk meminjam wang atau berhutang, artikel ini mungkin paling tepat untuk anda!
Meminjam wang untuk trading dari sudut pro dan contra
Tidak dinafikan meminjam wang atau berhutang juga ada kelebihan dan kekurangnya juga. Berikut saya senaraikan.
Pro/Kelebihan:
1). Menjana wang tanpa modal
Anda yang mahir trading dan boleh menjana profit konsisten ataupun boleh menjana profit besar dalam masa singkat dengan risiko minimum, maka anda tiada masalah untuk berhutang untuk trading.
2). Boleh menyelesaikan masalah kewangan anda
Jika anda boleh menjana wang dari trading, secara tidak langsung anda juga boleh membayar hutang tersebut dan juga menyelesaikan masalah kewangan anda. Meminjam wang untung trading sudah pasti bukanlah satu masalah.
3). Trading modal lebih besar
Trading dengan modal kecil tidak dinafikan agak ‘slow’ untuk memberikan hasil yang memuaskan lagi-lagi jika anda seorang trader yang sangat mementingkan kawalan risiko ketat dan reward jangka panjang dalam trading.
Proses ini akan sangat memakan masa terutama jika modal yang digunakan adalah kecil sedangkan dalam masa yang sama risiko yang anda hadkan adalah sekitar 1% atau 2% untuk keseluruhan trading anda. Meminjam wang untuk modal yang lebih besar pasti menyelesaikan masalah anda.
Berikut pula adalah contra atau keburukan meminjam wang untuk trading:
1). Beban hutang menimbun
Jika anda bukan seorang trader yang konsisten atau hanya pernah menjana wang dalam waktu tertentu sahaja, adalah lebih baik elakkan dari berhutang untuk trading. Ini kerana anda tidak lebih hanya bakal menambah lagi beban hutang anda.
Anda akan kerugian, kehilangan wang dan tidak mungkin anda boleh membayar hutang tersebut!
2). Anda mungkin menjadi mangsa ‘loan shark’ ataupun ceti haram/ahlong
Meminjam wang dari institusi kewangan tidak berlesen pastinya lebih mudah dari meminjam wang dari rakan atau keluarga sendiri apatah lagi dari bank. Disebabkan ia lebih mudah, maka tidak mustahil tempat ini bakal menjadi destinasi pertama anda jika anda memerlukan wang.
Dalam trading pasti tidak mustahil anda akan meminjam wang dari ceti haram ini untuk trading. Perkara penting wajib anda pertimbangkan bukan sahaja untuk membayar hutang ini tetapi juga kadar caj faedah yang sangat tinggi yang pasti akan menyukarkan anda membayar pinjaman wang anda ini. Fikir-fikirkanlah kesannya di kemudian hari.
3). Merosakkan silaturrahim dengan rakan dan keluarga
Jika anda meminjam wang dan tidak membayarnya, sudah pasti ia merosakkan hubungan baik anda dengan rakan dan keluarga anda. Dalam keadaan tertentu ada yang sudah tidak bertegur dengan ahli keluarga(bahkan dengan pasangan sendiri pun ada) dan tak kurang juga sampai mem-block rakan di laman sosial semata-mata untuk melarikan diri dari membayar hutang. Keadaan bertambah teruk apabila anda melakukan lagi hal yang sama kepada orang yang lain lagi.
Secara tidak langsung anda sudah dilabel sebagai penipu ataupun scammer oleh rakan anda.
Bakal terjerat dalam masalah kewangan yang lebih serius
Meminjam wang itu sangat mudah tetapi membayar semula pula adalah sukar. Jika membayar itu sudah sukar bagi si peminjam, maka membuat profit juga akan lebih sukar.
Stress dari trading selain mengejar jadual pembayaran hutang akan membuatkan trader sering buat salah keputusan dan seterusnya membawa kepada kerugian besar dalam trading.
Di sebabkan pasaran kewangan ini adalah berisiko tinggi di mana 95% adalah kerugian, pada saya secara peribadinya ia tak lebih dari hanya sebuah jerat yang bakal menjerut mangsanya. Meminjam wang pastinya umpama seakan menuang petrol ke api yang sedang marak.
Anda tersilap langkah, masalah kewangan yang lebih serius sedang menanti anda.
KINI TAK PERLU BERHUTANG UNTUK MODAL! PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX
Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!
Kenapa anda harus memilih kami? :
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
- Partnership programs
- Leverage up to 888:1
- Spread serendah 0.6
Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!
Akibat hutang, bakal menjadi scammer pula?
Percaya atau tidak, jika seseorang itu berbakat dalam memujuk(persuade) orang lain untuk memberikan sesuatu kepadanya, -kemudian dia berjaya mendapatkan apa yang dia mahu- maka dia juga berbakat dan berpotensi menjadi scammer.
Mula-mula meminjam wang, gagal membayar lalu melarikan diri. Ini adalah bibit-bibit permulaan kepada menjadinya seseorang itu sebagai scammer.
Rata-rata scammer dalam financial mempunyai sejarah penipuan lampau di mana salah-satunya adalah berhutang dan tidak membayar hutang. Disebabkan scammer itu berbakat untuk memujuk orang lain untuk mendapatkan wang mudah, ditambah pula background sebagai trader yang tahu bercakap mengenai untung dan rugi, maka adalah tidak mustahil si scammer akan perdayakan orang lain melalui skim pelaburan yang diuruskan oleh si scammer yang bakal berakhir dengan kerugian mangsa.
Dunia trading sudah tentu tidak lepas dari pelaburang pulangan tinggi, trader yang kaya raya serta foto-foto kemewahan yang boleh dijadikan modal penipuan. Semua bahan ini boleh didapati percuma melalui internet!
Jika scammer ini terlepas, maka skim pelaburan baharu lagi akan muncul di masa akan datang bersama dengan rakan-rakan subahat baru dengan jenama pelaburan baru dan mangsa-mangsa baru.
Meminjam wang lebih banyak keburukan dari kebaikan
Tidak semua perniagaan itu sesuai untuk kita meminjam wang untuk dijadikan modal. Janganlah kita terpengaruh dengan kisah-kisah sedih kejyaan sesetangah fake guru diinternet kononya dipermulaan hidupnya dia terpaksa berhutang untuk berjaya hari ini.
Tiada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan cara singkat termasuklah berhutang. Jika anda sukar untuk menjana profit di pasaran kewangan ini mngkin ada baiknya anda mencari sumber pendapatan lain sahaja sebab belum tentu bisnes ini sesuai untuk anda.
Jika ada orang nak pinjam wang untuk trade forex apa perlu dibuat?
satu sahaja jawapan paling tepat. Iaitu tidak!
Elakkan dari berhutang dan elakkanlah dari memberi hutang. Jika anda memberi hutang bermakna anda sedikit sebanyak menyokong perkara tidak sihat ini dan walaupun mungkin pada anda ia adalah perkara kecil, tapi perkara kecil ini mungkin akan menjadi perkara lebih besar di masa akan datang terutama kepada orang lain.
Rumusan
Apa yang kita boleh pelajari dari artikel kali ini? Berikut saya rumuskan.
- Berhutang boleh jadi suatu kelebihan kepada trader yang konsisten menjana wang tanpa modal sendiri
- Berhutang memberikan peluang kepada trader mempunyai modal lebih besar, untuk untung lebih besar
- Berhutang adalah tidak baik untuk trader yang mencari jalan singkat untuk menyelesaikan masalah -terutama berhutang dengan ceti haram
- Berhutang lebih banyak mudarat berbanding memberi faedah/manfaat untuk jangka panjang
- Tabiat suka berhutang boleh mendorong seseorang itu menjadi scammer di masa akan datang
- Berhutang boleh merosakkan hubungan silaturrahim dalam sesuatu masyarakat(rakan, keluarga dan pasangan)
Apa pendapat anda dengan artikel kali ini? Mungkin anda juga punyai pengalaman anda tersendiri yang anda boleh kongsikan di ruangan komen atau di laman sosial anda berkenaan isu ini.
Semoga artikel ini membuka minda kita semua tentang bahaya meminjam wang ini. Jadi, sejak ia lebih banyak keburukan dari kebaikan, lebih baik elakkanlah dari meminjam wang ye..
Sekian,
ADMIN
14/02/21
P.S: Pengalaman admin sendiri membantu rakan dengan memberi hutang berberapa tahun dahulu, sampai hari ni tidak berbayar lagi tapi admin sudah halalkan sebab sampai hari ni buat tak tahu je.. admin dapati bukan dengan admin je dia berhutang tapi dengan rakan-rakan lain secara senyap-senyap bahkan kononnya tidak membayar lagi wang tersebut. Harapnya dia bayarlah hutang tu yea..
P.S.S: Admin pernah juga ada business partner yang admin ketahui pernah ada masalah hutang dengan orang lain termasuk saudara mara sendiri dan pernah merugikan wang tersebut dalam trading. Namun hal ini cuma diketahui selepas sudah tidak menjalankan bisnes bersama sebab admin pun dia tipu sekali.. ha ha ha…!
P.S.S.S: Semoga apa yang admin sampaikan ini menjadi iktibar kita semua.
credit header : TechHq