PERKARA PENTING YANG ANDA WAJIB TAHU MENGENAI MARGIN DAN LEVERAGE
PERKARA PENTING YANG ANDA WAJIB TAHU MENGENAI MARGIN DAN LEVERAGE
-
Apa itu margin dan free margin
-
Apa itu margin call
-
Apa itu leverage
-
Kelebihan leverage dan bahaya leverage
Apa itu margin
Margin adalah kos untuk open trade. Contoh, anda mahu membeli baju baru. Kos untuk membeli baju tersebut adalah RM50. Maka, RM50 tersebut jika dalam trading, itulah margin yang diperlukan untuk membuka sesuatu trade.
Apa itu Free margin
Free margin adalah baki modal bersih anda selepas menampung floating trade anda dan juga margin trade anda. Kebiasaannya trader merujuk free margin ini untuk menambah posisi trade mereka ataupun, untuk membuat withdrawal. Jika free margin mereka negatif, maka tiada trade boleh dibuka/ditambah dan itu juga petanda akaun tersebut sedang menampung floating loss yang besar.
Free margin bertambah apabila trade sedang profit.
Ringkasan:
Modal dalam akaun trading anda akan menampung dua perkara:
- Margin open trade
- Floating loss/profit
Setelah menampung kedua-dua perkara di atas, anda akan dapat lihat berapa baki free margin anda. Jika anda tidak membuka apa-apa trade, maka free margin anda adalah sama dengan nilai modal anda.
Apa itu margin call
Margin call berlaku apabila sesuatu trade itu sudah melebihi paras margin yang dibenarkan atau ditetapkan untuk akaun tersebut. Di bahagian terminal anda akan kelihatan bewarna merah berkelip-kelip apabila trading anda floating terlalu banyak loss dan menghampiri margin call. Broker akan menutup semua posisi yang ada jika sudah melepasi had dan kemungkinan besar akan anda akan berbaki 0.0 atau ‘negative balance.’
FX TOOLS : Forex Margin Calculator
Anda boleh setkan paras margin call anda kepada 30% atau 50%, bermakna apabila modal anda jatuh di bawah paras ini, terminal anda akan kelihatan berkelip-kelip merah. Sila semak parameter akaun anda melalui laman kabinet anda.
Note: Sila reset baki akaun anda jika negatif sebelum membuat deposit baru. Hubungi broker masing-masing untuk keterangan lanjut.
Ringkasan:
Apabila akaun anda mengalami floating loss besar dan tidak cukup margin untuk tampung kerugian, akaun anda akan margin call.
Sila berhati-hati dalam menggunakan leverage dan margin anda dan jangan membuka posisi yang terlalu banyak.
Apa itu leverage
Leverage adalah pinjaman ataupun gandaan. Jika anda memilih leverage 1:500, ini bermakna akaun anda akan diganda 500x.. contohnya modal 100usd dengan leverage 1:500, bermakna modal 100$ anda darab dengan 500 kali = 50,000. Pada waktu ini anda mempunyai ‘kuasa trading’ pada akaun sebesar 50K walaupun cuma memiliki akaun dengan modal 100$.
Dengan akaun ber-leverage 500:1 atau kuasa trade 50K ini anda boleh trade lebih banyak dan membuka posisi trade bersaiz besar.
Kelebihan leverage dan bahaya leverage
Kelebihan leverage
Anda tidak perlu modal besar untuk trade besar. Inilah kelebihan leverage. Jika anda seorang yang mahir scalping, anda boleh saja menjana wang yang banyak dengan bermodalkan wang kecil. Apa yang perlu adalah, sejumlah wang antara 10-50 USD, gunakan leverage sehingga 1:1000, dan anda sudah sedia untuk menjana wang!
BACA : Manfaatkan leverage untuk High Risk, High Return
Bahaya leverage besar
Dalam kelebihan semestinya akan ada kekurangan. Apabila anda mempunyai akses yang seakan tidak terhad ini anda sebenarnya terdedah kepada bahaya pergerakan pasaran itu sendiri di mana apabila anda bukan seorang yang berdisiplin, sudah pasti anda akan membuka entry anda sesuka hati dan akan mudah dikuasai perasaan/emosi anda seperti marah apabila loss dan gembira/tamak apabila anda profit.
Jika leverage kecil pula..?…
Jika anda memilih leverage kecil seperti 1:100 atau 1:50, maka kuasa trade anda juga kecil. Dengan kuasa trade yang kecil ini anda akan terhad untuk trade pada bilangan tertentu dan pada lot tertentu yang bersaiz kecil. Tindakan anda terhad dan anda tidak dapat untuk melakukan sesuka hati kecuali bertindak untuk apa yang perlu sahaja. Ini baik untuk anda yang mahu belajar disiplin dan tidak mahu kerap kerugian.
TIPS:
Pernah terfikir kenapa professional trade hanya sarankan memilih leverage kecil? ini kerana mereka hendak menghadkan pendedahan risiko akaun mereka.
Ringkasan:
Leverage kecil menghadkan anda untuk membuka lot banyak berbanding leverage besar. Jika anda seorang yang perihatin terhadap risiko anda, pastinya leverage kecil adalah untuk anda. Apabila leverage anda kecil, pembukaan trade anda juga kecil maka anda terlindung dari bahaya pergerakan pasaran.
Leverage besar pula akan mendedahkan akaun anda kepada bahaya pergerakan pasaran jika anda dalam posisi yang salah dan membuka kuantiti trade yang banyak ataupun lot yang besar.
Untuk ini akaun anda akan floating loss besar dan margin akaun anda akan berkurangan demi menampung kerugian ini. Akan tetapi ini akan menjadi kelebihan kepada trader yang berkemahiran tinggi dalam scalping untuk menjana wang besar menggunakan modal kecil.
Belajar Entry/Exit dalam bentuk video
ADMIN
02/02/18