PLAN TAK MENJADI TAPI MASIH DAPAT +340 PIPS PROFIT
Expectation VS Reality! – jangkaan kita adakalanya lain, tapi apa yang berlaku secara realiti adakalanya berbeza. Tapi matlamat kita tetap sama iaitu profit.
Berdasarkan plan sebelum ini, saya merancang untuk buy GBPAUD dan sell AUDUSD. Plan sudah dirangka dan hanya perlu tunggu execution plan. Iaitu jika market membentuk pattern tertentu, ia akan menjadi pendorong untuk membuat buy dan sell. Akan tetapi plan tersebut tak menjadi sebaliknya perkara lain pula yang menjadi. Namun plan masih tetap sama iaitu, buy GBPAUD dan sell AUDUSD.
Trading plan ini dikira gagal jika entry yang dibuat atau pergerakan market adalah bertentangan dengan plan iaitu buy AUDUSD dan sell GBPAUD. Maka ini adalah totally plan yang tak menjadi.
Lihat bukti profit di bawah;
Floating profit +340 dengan membuka 5 lot entry, 2 buy dan 3 sell. Entry ini masih floating dan masih berganda-ganda profit semasa artikel ini ditulis. Fibo TP disetkan dan masih belum mengena. Apapun, entry sudah disetkan sebagai breakeven oleh itu risk adalah sifar.
Untuk plan asal bolehlah ke sini >> https://pullbackforextrading.com/dalam-fokus-minggu-ini-buy-gbpaud/
Silakan join group signal kami dan sila scroll posting lepas untuk lihat contoh analisa dan signal dari kami!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Chart
GBPAUD – Entry point berdasarkan fibonacci retracement level. Candlestick pin bar menjadi confirmation buy di atas 61.8 fibo.
AUDUSD – Sell di bawah fibo 50. Candle pinbar terbentuk menandakan 50.0 fibo adalah area resistance kuat dan sell akan di buat di area ini.
Selain dari ini berberapa trading plan lain juga telah saya kongsikan dalam group VIP dan juga group signal percuma. Untuk join(group free) bolehlah ke sini dan check sendiri history-history lepas.
Signal group VIP
Beza group ini dengan group percuma adalah, kalau dalam group VIP detail analisis saya kongsikan kenapa perlu buy dan sell dan pair apa yang sesuai untuk di-trade pada minggu tersebut.
Analisa dibuat lebih awal iaitu pada sabtu atau ahad atau selewatnya isnin untuk sepanjang minggu tersebut.
Contoh seperti di bawah;
minggu ni;
Dalam group juga ulasan saya berikan beserta level fibonacci. Untuk pengetahuan anda, fibonacci retracement adakalanya perlukan ‘adjustment’ untuk mendapatkan kedudukan yang tepat untuk entry.
Melalui adjustment ini kita akan mendapatkan kedudukan entry yang lebih sharp dan tepat!
Anda boleh ke sini untuk pelajari asasnya, selebihnya saya simpan untuk ahli berbayar dalam group CSPRO. 🙂
Bagaimana saya boleh tahu minggu ni perlu buy dan sell?
Saya akan dedahkan sikit bagaimana cara untuk mengetahuinya. Tips adalah seperti berikut;
- Perhatikan overall trend pada monthly dan weekly iaitu trend dari minggu-minggu dan bulan-bulan sebelumnya. Berdasarkan trend D1/Weekly AU dan GA, nampak jelas GA naik, AU turun.
- Fokus satu sahaja jenis entry. Saya hanya fokus buy GA dan sell AU, sebab tulah saya dapat sell high AU dan buy low GA sebab saya hanya fokus SNR untuk laksanakan plan ini.
- Sambungkan fibonacci retracement dan buat adjustment di H4/H1 jika break 78.6(member berbayar sila login member area dan baca bahagian fibo adjustment).
- Entry jika terdapatnya confirmation! Entry dibuat berdasarkan formasi candlestick.
Simple bukan? Cara ini adalah cara paling ringkas dan mudah diikuti dan saya ajarkan secara live market dalam group VIP whatsapp/telegram.
Rumusan
Rumusan dari keseluruhan artikel kali ini adalah seperti berikut;
- Fokus satu jenis entry akan memudahkan anda mendapatkan buy bottom, sell top kerana anda hanya perlu tumpukan pada support untuk buy atau resistance untuk sell. Tak perlu pening nak buy atau sell.
- Follow major trend akan memudahkan anda “menangkap” profit walaupun bukan besar tetapi anda berada dalam situasi yang memudahkan trading anda kerana tak perlu risau adakah anda betul atau salah untuk buy/sell pada waktu tersebut.
- Kekalkan plan anda, jangan ubah2 walaupun hakikatnya anda salah. -Saya terangkan secara terperinci dalam member area mengenai strategi ini dan bagaimana ia memberikan kelebihan kepada anda untuk jangka panjang. Sila login dan fahamkan.
Tiga poin inilah bagaimana saya mendapatkan +340 pips profit walaupun plan asal tidak menjadi. 🙂
Okeylah, hingga berjumpa lagi pada posting akan datang.
Salam kejayaan!
ADMIN
23/12/22