Price Action and Market Structure Study | part 1
Note: Halaman ini memfokuskan study price action higher timeframe dan bagaimana untuk entry pada lower timeframe berdasarkan stukture trend atau market. Proses ini adalah berulang dari higher dan lower timeframe. Ia adalah sama sahaja cuma dalam kerangka waktu berbeza.
Kajian ini adalah untuk berkongsi kaedah mengesan serta penjelasan entry tersebut. Topik ini advance dan bukan untuk peringkat awal(newbie).
Tiada basic strategi akan diajarkan di sini, so terpulang pada anda untuk cari dalam blog ini ya.
Kajian kes – USDCAD
Pair ini dalam keadaan range bound ketika sedang berada di harga tertinggi untuk tahun 2024. Apabila ia bergerak sideways ini, secara tidak langsung ia membentuk satu fasa yang dipanggil distribution.
Jika ia confirmed, bermakna usdcad akan reversal dalam 1 atau 2 bulan akan datang. Ia akan mula downtrend.
Fasa accumulation dan distribution adalah permulaan dan pengakhiran trend menurut kaedah Wycoff Market Cycle.
USDCAD WEEKLY
Triple top di timeframe Weekly mewakili harga tertinggi tahunan. Bermula pada 2015, 2020 dan tahun lepas 2024.
Major SNR untuk resistance dan support sesuai dijadikan entry dan exit di mana entry di support untuk buy dan sell di area resistance.
ENTRY SELL DI M5
M5 adalah timeframe paling rendah selain M15 untuk lihat pecahan stuktur trend. Ia agak noisy namun jika anda boleh fahami dengan jelas kedudukan-kedudukan candlestick dan snr, maka entry itu tetap wujud.
Kelebihan entry:
- Stoploss lebih kecil, risk kecil
- Potensi RR lebih besar. RR = Risk Reward Ratio, RR = Reward Ratio
Stoploss kecil dalam macro money management adalah bermaksud anda boleh letakkan lot besar untuk risiko kecil tapi pulangan lebih besar berdasarkan TP anda.
Kedudukan TP sudah tentulah tidak akan sekali-kali sama saiz dengan stoploss anda.
MACRO MM STRATEGY:
- Menggunakan lot size besar
- Size besar ini bergantung modal dan leverage
- Stoploss kecil memungkinkan risiko anda menjadi kecil juga walaupun lot besar
Contoh situasi:
1 mini lot 0.10(1usd/pips). SL anda 15 pips, maka total risk adalah -$15 sahaja.
1 standard lot 1.00(10usd/pips). SL 15 pips, maka total risk adalah -$150 sahaja.
Take profit/reward
Jika TP 50 pips, maka anda akan menjana +$50.
Jika TP 50 pips standard lot maka anda akan menjana +$500.
Kembali ke situasi USDCAD.
Berdasarkan stuktur trend M5, stoploss maksima adalah 10 pips sahaja dan TP adalah 50 pips. RR adalah 5.0 atau 1:5.
Jika anda trade akaun mini, maka profit anda adalah +$50 dan jika standard, maka anda menjana +$500 dengan merisikokan -$10 ataupun $100 untuk 10 pips.
Semua ini sudah tentulah hypothetical semata-mata ataupun sekadar teori sahaja namun ia tidak mustahil dan masih praktikal sebenarnya.
Di artikel akan datang, saya akan berikan kajian lain pulak.
Sekian,
ADMIN
06/01/25