Price Action and Market Structure Study | part 3
Minggu lepas selling EURJPY dan GBPJPY memberi pulangan profit yang besar. Sell setup ini adalah berdasarkan keadaan price action dan reaction di resistance terdekat di timeframe Daily.
Pada hari isnin kedua-dua pair ini bergerak agak bullish menuju kawasan resistance bulan disember sebelum closed sebagai rejection di TF D1 pada hari selasa.
Untuk artikel kali ini saya akan membahas situasi di H1 untuk entry dan bagaimana saya membaca price action di D1 dan H4. Fokus utama kali ini adalah reversal trend berdasarkan price action.
KAJIAN KES: TIMEFRAME D1
EURJPY
Perkara yang sama juga terhadap GBPJPY. Ia closed sebagai rejection di TF D1 selepas testing area order block.
Sila ke halaman ini untuk belajar mengenai order block >> https://pullbackforextrading.com/order-block-trading-strategy/
GBPJPY
Pair GJ membentuk bearish pin bar ataupun dragon fly doji yang memberikan indikasi bahawa trend rejection dan reversal terbentuk. Kedua-dua candle pattern ini membentuk signal atau petunjuk untuk selling pair GJ dan EJ ini.
KAJIAN KES: TIMEFRAME H4
EURJPY
Di H4 satu confirmation penting yang menarik perhatian adalah area neckline yang breakout oleh candle engulfing. Ini adalah setup kegemaran saya di mana breaking neckline ni sebenarnya adalah confirmation terbaik untuk sesuatu trade setup berbanding merujuk kepada single candle signal dan juga signal berdasarkan indikator.
Kenaikan drastik pada hari isnin telah ‘dipatahkan’ melalui price action yang terbentuk di H4 menandakan ia sudah sampai ke penghujungnya. Seterusnya nantikan kenaikan dan entry sell lagi jika pattern terbentuk.
Kita lihat dahulu GBPJPY:
GBPJPY
GJ naik tinggi kemudian break resistance, resistance menjadi support kemudian terbentuklah bullish pin bar. Dalam masa yang sama resistance atas masih belum diuji lagi. Ia seakan beri gambaran kepada penganalisis yang price boleh naik lagi ke resistance berikunya.
Pada saya, ia adalah suatu perangkap yang sempurna kepada trader. Bagi yang overkonfiden, trade layer banyak-banyak, tiada stoploss dan tidak mahu mengaku salah, inilah lauk-pauk untuk pasaran yang buas ini.
Akan tetapi bagi yang teliti, mereka akan melihat potensi lain, iaitu untuk selling. Jadi dalam situasi ini samada cutloss buy dan beralih kepada sell atau mengambil pendekatan tunggu dan lihat dahulu, maka dapatlah entry sell disitu. Salah satu kaedah lain kepada selling dan bukan buy adalah seperti kaedah yang saya ajarkan dalam membership CSPRO, di mana keputusan dibuat berdasarkan situasi dan keadaan minggu-minggu sebelumnya. Jika anda adalah paid member CSPRO, sila login dan baca SOP teknik dan saya yakin anda view market minggu lepas adalah sell dan bukannya buy. Kenaikan hanyalah diskaun untuk menjual harga lebih mahal.
Sila login di sini >> https://cspro.pullbackforextrading.com/
KAJIAN KES: TIMEFRAME H1
Memahami reaction adalah penting berbanding sibuk hendak predict arah pasaran ini. Picking top atau bottom tak bagi potensi yang baik, oleh itu kita perlu react apa yang sudah berlaku sebelum kita membuat keputusan entry atau tak. Jika ya, maka sediakan gameplan dari segi risk dan money management yang memberikan kelebihan kepada anda.
Untuk setup kali ini, entry terbaik adalah pada retest. Ia tak semestinya akan berketepatan tinggi, oleh itu jangan berjudi konon nak trade full margin dan jana jutaan ringgi sekelip mata.
Di bawah ini sebabnya kenapa jangan overkonfiden untuk entry sell.
GBPJPY
Dua signal setup saya tandakan adalah signal sell berdasarkan pattern evening star melalui susunan tiga jenis candle bull dan bear. CS bear adalah confirmation yang dicari. Namun selepas signal pertama muncul, ia masih naik, hit SL kemudian barulah membentuk lagi signal kedua. Kali ini barulah ia sukses sebagai sell signal.
Perlu ingat dan perbetulkan mindset anda, trading adalah bisnes jual beli dan bukannya slot mesin judi. Jadi trade lah seperti anda sedang melakukan perniagaan dan bukannya berjudi.
Setup sell ini jika anda entry pada signal kedua, stoploss hanyalah sebesar 32.5 pips, dan reward yang anda boleh dapat adalah 293 pips atau mungkin 300 pips jika anda close lebih rendah lagi di sekitar 194.47. Tidaklah teruk sangat kan walaupun anda cutloss pada entry pertama. Apa yang penting adalah stick to the plan iaitu sell sahaja.
Kita lihat pula EURJPY;
EURJPY
Berbeza dengan GJ, EJ pula membentuk signal sell tepat di bawa neckline. Signal adalah evening star dan ia terbentuk tepat di bawah neckline yang ditembusi.
Sell signal ini adalah dengan minima stoploss sebanyak 30.5 pips sahaja dan reward sebanyak 210 pips di 161.48. Not bad untuk dua pair sahaja untuk seminggu dan jana profit besar untuk dua trade sahaja.
Selebihnya adalah berapa lot size anda pada setup ini.
Untuk trade saya, saya hanya trade dan tutup dalam hari yang sama iaitu rabu sahaja memandangkan ada news FOMC dan NFP pada khamis dan jumaat.
Kesimpulan
Untuk artikel kali ini kita rumuskan kepada poin berikut;
- Penghujung sesuatu trend boleh ditentukan melalui price action breakout.
- Kenalpasti neckline area dan tunggu apakah reaksi price seterusnya, adakah break atau tak.
- Jika break, tunggu ia retest semula dan cari entry di kawasan neckline tersebut.
Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini. Untuk signal ataupun artikel akan datang lebih cepat, silakan subscribe ke channel telegram kami melalui banner di bawah;
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk signal trading percuma dan update terkini dari kami terus ke smartphone anda!. Klik sini untuk menyertai!