
PRICE ACTION AND MARKET STRUCTURE STUDY | PART 4
Minggu ini kita menyaksikan gold mendaki dan membuat new all time high. Kesemuanya didorong dari sentimen fundamental di mana pelabur memilih gold sebagai pelaburan selamat akibat ketidak-tentuan pasaran akibat plan penaikkan tarif oleh Presiden Donald Trump. Ia adalah sebahagian usaha Amerika untuk mengekalkan penguasaan dolar dalam pasaran dengan cuba mengawal dominasi China sebagai ekonomi dunia dan juga cuba menghukum negara-negara yang cuba mengetepikan dolar dan memilih BRICS sebagai saingan dolar.
Ketidak tentuan ini menyebabkan emas menjadi pilihan utama kerana kestabilannya dan kalis inflasi berbanding matawang kertas.
Dalam sudut teknikal, kita dapat melihat potensi peluang entry apabila market berterusan membuat new high, break structure dan seterusnya menjadi peluang untuk pedagang memasuki pasaran.
KAJIAN KES GOLD – UPTREND

Di timeframe weekly kita dapat lihat trend menaik untuk pasaran Emas dunia. Ini menunjukkan emas menjadi plihan utama dalam tahun kebelakangan ini selepas pandemik Covid19.

Entry buy dip dibuat setiap kali price membuat harga rendah atau harga ‘murah’ untuk memanfaatkan trend pasaran menaik.
Update:
Ketika artikel ini ditulis, harga emas vs dolar sudah mencecah 2942.78. Pada waktu ini harga ada kemungkinan mencecah 3000.00.
Perkara penting yang boleh dipelajar dalam situasi ini:
- Memahami fundamental membantu mengenalpasti sentimen jangka panjang.
- Melihat pada chart teknikal, trader boleh mendapatkan peluang entry ketika harga membuat diskaun.
- Momentum pasaran dapat difahami melalui Break Of Structure yang terbentuk, entry akan dibuat kemudian apabila ia membuat dip atau harga rendah.
KAJIAN KES: ENTRY H4

Cara mudah entry hanyalah tunggu candle close bullish di area RBS sudah cukup memberikan pulangan pips yang menguntungkan bagi trader sekalipun tidak mengetahui apa yang berlaku secara fundamentalnya.
Break pada structure menandakan price atau trend sedang rally dan anda hanya perlu tunggu waktu sesuai untuk memasuki pasaran -dan cara terbaik adalah memperhatikan RBS untuk buy atau jika rally menurun, SBR untuk sell high.
RUMUSAN
Perkara berikut menjadi fakta penting untuk pembelajaran kali ini;
- Mengambil kira faktor fundamental akan membantu trader memahami sentimen pasaran
- Mengambil peluang melalui teknikal adalah penting untuk timing entry
- Kaedah BOS dan buy dip berdasarkan rule SNR dapat membantu timing entry
- Candlestick pattern menjadi confirmation entry
Sekian dahulu perkongsian kali ini, jumpa lagi pada artikel akan datang.
ADMIN
18/02/25