
Program Afiliasi Terbaik di Malaysia 2025: Manakah Pilihan Anda?
Dalam dunia dagangan moden, ramai pedagang kini mula menyedari bahawa program afiliasi dagangan juga boleh menjadi sumber pendapatan pasif yang konsisten — hanya dengan memperkenalkan klien baharu kepada platform berlesen.
Jika anda seorang pedagang yang aktif, mempunyai komuniti pelaburan, atau sekadar minat berkongsi ilmu tentang pasaran kewangan, program afiliasi boleh menjadi satu peluang menarik untuk diterokai.
Namun, dengan pelbagai broker menawarkan ganjaran berbeza, persoalannya — siapakah yang menawarkan struktur paling berbaloi pada tahun 2025 ini?
Mari kita lihat perbandingan 5 broker utama yang popular dalam kalangan pedagang Malaysia. Namun, perbandingan ini dibuat untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan merupakan saranan pelaburan atau promosi mana-mana entiti kewangan.
Perbandingan Program Afiliasi Broker Terbaik di Malaysia

1. XM
Program Rakan Niaga XM dikenali dengan lebih 250,000 rakan niaga global kerana struktur ganjaran afiliasinya yang kompetitif.
Program ini menampilkan sistem komisen yang lebih tinggi daripada purata industri, dengan pelbagai alat bantu pemasaran yang disediakan secara percuma untuk rakan niaga.
Ciri utama:
- Komisen Kompetitif: Komisen berdasarkan jenis instrumen seperti sehinnga $80 untuk Forex, $40 logam, dan $75 Kripto CFD, termasuk insentif tambahan bagi sub-afiliasi.
- Pendapatan Fleksibel: Tiada had pendapatan dan bayaran dibuat secara harian dan pantas kepada afiliasi aktif.
- Alat Pemasaran: Menyediakan bahan promosi dalam pelbagai bahasa serta sistem penjejakan masa nyata bagi memantau prestasi rujukan.
2. OctaFX
Program OctaFX Partners menawarkan fleksibiliti kepada pemasar dan pedagang yang ingin mengurus strategi afiliasi mereka sendiri.
Ia sesuai untuk mereka yang mahu mengawal cara mereka menjana komisen
Ciri utama:
- Pilihan Pelan Komisen: Model perkongsian hasil (revenue share) atau CPA (cost per acquisition) bergantung kepada aktiviti klien dirujuk.
- Sokongan dan Panduan: Akses kepada bahan promosi profesional, laporan prestasi dan khidmat sokongan berterusan.
- Penjejakan Telus: Sistem papan pemuka yang membolehkan afiliasi menilai keberkesanan kempen mereka.
3. FBS
Program IB FBS direka untuk memberi ganjaran mengikut prestasi rakan niaga melalui sistem komisen berperingkat.
Ciri utama:
- Sistem Komisen Bertingkat: Peratusan komisen meningkat bermula sekitar 30% mengikut tahap prestasi afiliasi.
- Bahan Pemasaran: Menyediakan laman pendaratan, banner dan alat digital untuk membantu capaian pelanggan.
- Khidmat Pelanggan: Tersedia sokongan dan pengurus akaun peribadi bagi membantu pengurusan kempen.
4. TradingPro
Program Rakan Niaga TradingPro menawarkan program dengan struktur bayaran yang tetap dan mudah difahami.
Ciri utama:
- Kadar Tetap: Komisen dikira berdasarkan jumlah lot yang didagangkan oleh klien yang dirujuk.
- Kebebasan Strategi: Tiada sekatan terhadap pendekatan pemasaran yang digunakan.
- Sokongan Afiliasi: Menyediakan bahan promosi serta bimbingan bagi pembangunan rakan niaga baharu.
5. HFM
Program Afiliasi HFM beroperasi dengan sistem pelbagai peringkat, membolehkan afiliasi menjana pendapatan daripada klien langsung dan juga sub-afiliasi.
Ciri utama:
- Struktur Ganjaran Pelbagai: Pilihan antara perkongsian hasil atau komisen tetap berdasarkan volum dagangan klien.
- Sistem Pemantauan Lanjutan: Laporan masa nyata, prestasi rujukan dan bahan pemasaran pelbagai bahasa.
- Sokongan Profesional: Latihan dan pengurus akaun khusus bagi meningkatkan keberkesanan kempen.
Faktor Penting Sebelum Sertai Program Afiliasi Broker
Sebelum menyertai mana-mana program, pastikan anda:
- Semak status lesen broker – Pastikan broker berdaftar dengan badan kawal selia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
- Fahami struktur ganjaran – Ketahui kaedah pengiraan komisen, tempoh pembayaran dan sebarang syarat tambahan.
- Nilai bahan promosi yang disediakan – Pastikan ia mematuhi garis panduan pengiklanan dan tidak menjanjikan pulangan tetap.
- Utamakan ketelusan dan reputasi – Pilih broker yang mempunyai rekod operasi kukuh dan maklumat awam yang jelas.
Kesimpulan
Bidang afiliasi dalam industri dagangan bukan sekadar tentang memperoleh komisen — ia juga tentang membina rangkaian, memahami pasaran, dan berkongsi pengetahuan secara bertanggungjawab.
XM, OctaFX, FBS, TradingPro, HFM dan beratus broker lain semuanya menawarkan pendekatan berbeza, bergantung pada strategi dan matlamat anda sebagai afiliasi.
Jadi, pilihan terletak di tangan anda! Broker manakah yang menjadi pilihan anda?
#XM #15YearsXM #AffiliateProgram

