PUNCA-PUNCA KENAPA SUSAH NAK CUTLOSS(DAN BIARKAN LOSS BERGANDA-GANDA)
Cutloss adalah perkara paling berat apabila anda sudah mengabaikan money management anda. Bila sudah masuk lot-lot besar tetapi tak sanggup untuk rugi, anda pasti akan susah untuk cutloss. Cutloss sangat penting untuk hadkan kerugian walaupun equity anda sudah drop lebih 80%. Lebih baik ambil kerugian daripada menaruh harapan palsu.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Kenapa susah nak cutloss?
Anda harus berhati-hati sebelum hendak memasuki pasaran. Apabila anda menekan sahaja buy atau sell, ini bermaksud anda sudah membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Apa yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan trade tersebut adalah bergantung pada risk yang anda letakkan.
Anda akan susah untuk cutloss jika anda meletakkan amaun yang anda harapkan untuk 90-100% win tetapi tidak sanggup untuk rugi. Di sinilah anda akan dapati sukarnya untuk menerima kerugian.
Apabila trade anda mula bergerak berlawanan dari arah yang anda trade, ini akan menyebabkan anda beremosi dan tertekan akibat kesalahan anda.
TEKNIK STOPLOSS – KLIK SINI
Dan apabila trade tersebut semakin parah, akaun anda akan margin call kerana tidak menguruskan risiko anda dengan baik. Floating ini juga umpama compounding di mana ia akan berganda sedikit demi sedikit jika ia dibiarkan berterusan sedangkan anda mungkin trade pada reversal trend. Buy high dan sell low.
Overconfident
Masalah yang paling kritikal adalah overconfident. Lepas tu ditambah lagi dengan trade full margin sebab nak kaya cepat, nak akaun grow 1000% sehari untuk showoff di media sosial. Inilah juga antara punca kenapa nak cutloss pun tak sanggup sebab ada kepercayaan karut bahawa dia sudah berada di landasan tepat untuk berjaya singkat.
Sebab lain kenapa susah nak cutloss?
Meletakkan harapan bahawa market akan bergerak mengikut arah anda suatu hari nanti adalah antara punca lain kenapa anda masih tidak mahu cutloss. Yelah, dari pengalaman lepas, bila cutloss sahaja, rupanya entry tu betul sudah cuma tak yakin sahaja.
TEKNIK ADVANCED CANDLE- KLIK SINI
Tips keluar dari masalah susah nak cutloss
Rancang dengan teliti sebelum melakukan trade
Pastikan anda membuat perancangan anda dimulai dengan mengenalpasti trend di TF lebih besar kemudian diikuti dengan merangka entry dan exit anda.
Seterusnya sebelum membuat entry, pastikan anda tahu berapa risiko kerugian terlebih dahulu. Ini akan membuatkan anda takut untuk overconfiden dan seterusnya berhati-hati dalam membuat keputusan.
Hadkan leverage anda
Leverage boleh jadi seperti pedang dengan dua mata -Boleh tebas bila dihayunkan kedepan dan boleh juga menebas kalau dihunuskan ke belakang. Ia boleh jadi kelebihan dan boleh jadi juga senjata makan tuan jika disalah gunakan.
Dengan hadkan leverage anda, anda sebenarnya menghadkan kemasukan lot besar anda dalam pasaran. Leverage kecil umpama modal kecil, anda akan lebih terhad dan kerugian anda juga akan terhad sekali.
Jangan terlalu kerap tengok market
Market yang sangat volatile ini sangat kuat godaannya. Boleh jadi hampir setiap hari boleh profit jadinya jika ia sangat aktif TAPI boleh jadi hari-hari juga kerugian jika market tak menentu dan anda kerap terkena false signal. Oleh itu dengan mengurangkan masa anda di hadapan chart, dapat jugalah mengurangkan risiko anda.
TEKNIK PULLBACK EMA 2.0 – KLIK SINI
Jangan belajar ilmu sesat
Ilmu adalah permulaan kepada anda dalam trading ini, ilmu yang betul akan bantu anda menjadi betul. Ilmu yang salah akan menjadikan anda pesalah tegar dalam trading ini. Antara ilmu sesat yang boleh anda perolehi secara percuma adalah, trade hari-hari dan untung hari-hari, teknik 99.99% win No loss dan teknik rahsia jutawan singkat semalaman dari kelab billionaire tempatan.
Semua ini mengarut sama sekali. Apabila anda belajar ilmu tak betul kemudian anda salah entry, mustahil nak cutloss sebab sifu billionaire dia pun entry sama-sama macam dia.
Akhir kata
Okeylah, semoga tips kali ini akan memberi kesedaran dan menjadi panduan kepada anda untuk menjadi trader yang lebih baik, insyaAllah.
Cutloss ni perkara mudah tapi menjadi susah jika anda tersalah langkah. Jadi, sebelum mula melangkah, rancanglah dulu perjalanan anda. Pasti akan selamat akhirnya.
Sekian,
ADMIN
12/04/22