RESOLUSI TAHUN 2022 | IA LEBIH PENTING DARI SIBUK CARI TEKNIK WIN NO LOSS
Tahun 2021 sudah pun melabuhkan tirainya dan kini sudah masuk hari ke-2 untuk tahun baru ini iaitu tahun 2022. Alhamdulillah kerana tahun lepas walaupun kita semua diduga dengan wabak COVID-19 yang sudah memasuki tahun ke-2, namun sebagai forex trader, kita dapat survive sedangkan banyak lagi perniagaan yang telah kerugian dan gulung tikar. Inilah kelebihan perdagangan online kerana kita hanya perlu tahu teknik buy dan sell sahaja sudah memadai, tak perlu susah-susah nak fikir jualan prodak, pengeposan barang dan juga menguruskan gaji pekerja. Inilah kuasa sebenar perniagaan online!
Adalah menjadi kerugian jika dari tahun 2020 dan 2021 ini anda masih belum profitable dalam trading anda. Juga masih struggle untuk konsisten kerana bergelut dengan profit dan loss yang tak menentu.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Diharapkan tahun ini akan ada peningkatan dan penambah-baikkan agar tahun-tahun mendatang boleh konsisten dan seterusnya mencipta lebih banyak kejayaan dalam dunia forex trading ini. -mungkin anda akan menjadi sifu forex, menjadi edukator yang berjaya mahupun pengurus dana yang berjaya!
Bagi anda yang masih struggle dalam dunia trading ini, mungkin anda perlu sedikit kaji-selidik, bukan mengkaji pasaran tapi sebaliknya mengkaji diri anda sendiri. Anda perlukan resolusi anda untuk tahun ini.
Keperluan resolusi?
Resolusi adalah cara untuk menyelesaikan suatu permasalahan lampau agar ia tidak berulang lagi di masa akan datang. Dengan ini tidaklah anda akan sama seperti tahun-tahun lepas iaitu anda sering kerugian secara konsisten.
Tetapi, jika anda keuntungan secara konsisten, resolusi anda akan tertumpu kepada penambah-baikkan agar anda lebih sukses lagi pada tahun ini dan yang mendatang. InsyaAllah. amin!
Anda sebenarnya belum kenal diri anda..
Untuk resolusi tahun ini, anda boleh mulakan dari senarai berikut(jawab dengan jujur, ok);
- Apakah kekuatan teknik dagangan saya?
- Apakah kelemahan teknik dagangan saya?
- Adakah saya dapat berpegang pada pelan dagangan saya?
- Adakah saya telah mencapai matlamat dagangan saya untuk tahun lalu?
Anda mesti jujur dan pastikan anda mengkaji sedalamnya mengenai diri anda. Ini adalah proses anda mengenali diri anda walaupun anda rasakan anda lebih kenal diri anda sendiri namun percaya atau tidak, belum ramai yang kenal diri mereka, seterusnya ia menyukarkan seseorang itu menjadi trader yang profitable.
Tak percaya? Fikirkan, jika anda masih tercari-cari teknik yang sesuai dan masih susah nak kawal emosi sendiri, maksudnya anda masih belum kenal diri anda. Anda tidak tahu keperluan diri anda dan tidak tahu untuk memenuhi keperluan tersebut. Itulah sebabnya kenapa anda masih tercari-cari sampai hari ini.
Trader yang sudah boleh berdikari, bangun selepas jatuh dan tahu bila perlu berada dalam market atau elakkan trading adalah trader yang sebenarnya kenal dirinya. Dia tahu kelebihan dan kekurangannya. Dari situ dia akan tahu apa yang perlu dibuat jika kerugian, dan apa yang perlu dibuat untuk keuntungan.
Empat point di atas mewakili sifat seseorang trader itu. Jika anda boleh mengetahui kekuatan teknik anda, kelemahan dan tahap disiplin anda, maknanya anda sudah di tahap terbaik dalam trading. Seterusnya adalah mengukur sejauh-mana anda boleh mencapai matlamat anda. Matlamat setiap individu adalah berbeza mengikut kesesuaian karakter individu itu. Jika anda mahu menjadi scalper, adakah anda sudah menjadi scalper yang profitable? Jika anda mahu menjadi day trader yang berjaya menjana 5 angka sehari, adakah anda sudah berjaya menjadi seperti itu? Jika poin ke-4 ini belum tercapai, pastikan anda dapat melaksanakannya tahun ini.
Sediakan Jurnal
Anda mungkin agak sukar untuk membuat kajian anda, oleh itu jika belum ada, mulakanlah tahun ini. Mulakan jurnal anda. Catatkan apa sahaja yang anda lakukan samada betul atau salah, untung dan juga rugi. Melalui catatan ini anda boleh mencari kelemahan dan kekuatan anda termasuklah tahap disiplin anda. Jika anda kerap mengulang kesilapan, anda pasti dapat kesannya melalui jurnal anda yang telah lalu.
Kekuatan dan kelemahan teknik juga dapat dilihat jelas apabila anda merujuk semula jurnal anda. Sebagai contoh, anda yang sukakan pair GBPUSD, anda pasti dapat melihat corak tertentu yang kerap berulang seperti waktu ia aktif bermula petang hinggalah malam(waktu Malaysia). Melalui ini anda juga dapat melihat progress anda jika trade waktu ia agak perlahan sebelah pagi dan aktif sebelah petang. Anda juga dapat melihat bagaimana pair ini bereaksi semasa news release dan adakah anda mencapai kelebihan anda trading news atau anda sering kerugian trading news.
Semua ini membolehkan anda mengkaji diri anda dari pelbagai segi dan seterusnya membantu anda memahami lebih mendalam tentang tabiat diri anda sendiri.
Menyediakan jurnal nampak leceh tapi ia memberikan banyak kelebihan. Kenapa? Kerana market ini adalah terbentuk dari tabiat manusia yang suka mengulang, maka anda juga boleh melihat bagaimana corak tabiat anda sendiri. Anda akan mengulang sikap anda untuk menjana untung, anda juga akan mengulang sikap anda yang akan merugikan anda. Adalah suatu kerugian jika tidak memiliki jurnal sendiri jika anda masih pemula dalam trading ini.
Apa lagi yang perlu ada dalam jurnal anda?
Proses mengenali diri bukan mudah sebenarnya. Inilah sebabnya kenapa saya katakan sebelum ini belum tentu kenal diri anda lagi. Semasa dalam proses menulis jurnal anda, ambillah kesempatan untuk catatkan hasil-hasil tindakan yang anda buat walaupun ia salah dan merugikan.
Mengenal prestasi diri anda
Dalam proses anda menulis jurnal anda, anda perlu huraikan lebih lanjut lagi tentang bagaimana anda berdepan dengan market. Antaranya;
- Apa yang saya lakukan dengan baik? Apa yang saya tidak lakukan dengan baik?
- Apa yang berkesan untuk saya? Apa yang tidak?
- Sejauh manakah prestasi saya dalam mengukur sentimen pasaran/mengenal-pasti trend?
- Adakah saya mengikuti peraturan perdagangan saya? Adakah saya perlu meneroka kaedah/teknik lain?
- Apa lagi yang perlu saya perbaiki dalam rangka kerja saya untuk berprestasi lebih baik?
Anda perlu tuliskan dan nyatakan dengan jujur jawapan anda untuk setiap poin di atas, kerana melalui cara demikianlah anda boleh menyediakan resolusi anda untuk tahun ini.
Apabila berkata mengenai resolusi, maksudnya anda sedang menyelesaikan masalah-masalah anda sebelum ini dengan cara melaksanakan sesuatu yang lebih baik pada tahun ini iaitu tahun 2022.
Resolusi tahun 2022 anda
Buat senarai anda-Senaraikan apa yang perlu anda buat untuk perbaiki kelemahan atau, tambah-baik kekuatan anda agar tahun ini akan lebih baik berbanding tahun lepas(dan yang sebelumnya).
Berikut ialah beberapa contoh mudah tetapi agak berkesan yang mungkin anda dapati sesuai untuk teknik anda sendiri:
- Saya akan menetapkan had kerugian harian / mingguan / bulanan untuk akaun dagangan saya.
- Saya akan kekal fokus pada waktu aktif sahaja.
- Saya akan mendedikasikan satu-dua jam pada malam Ahad untuk menyediakan trading plan untuk minggu hadapan.
- Saya tidak akan over-trade untuk untung lebih banyak jika matlamat sudah tercapai
- Saya akan sentiasa breakeven apabila sudah floating profit.
- Saya akan sentiasa catatkan aktiviti trade sayaa setiap kali membuat tindakan entry/exit.
- Saya tidak akan membuat sebarang kesilapan newbie lagi.
- Saya akan berhenti jika sudah mencapai sasaran mingguan.
- Saya akan kawal emosi dan menjauhi market jika dalam keadaan beremosi.
- Saya akan elakkan entry jika sudah terlepas peluang dan tidak akan ‘memaksa’ market memberikan entry dengan cara membuka timeframe lebih rendah.
Sudah tentu senarai resolusi anda hanya akan menjadi senarai yang tidak bermakna apa-apa melainkan anda benar-benar bertindak untuk memenuhi matlamat resolusi anda untuk tahun ini. Ini bermakna anda perlu mewujudkan suatu kaedah untuk membantu anda mencapai objektif anda itu.
Akhir kata
Satu perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu anda mencapai matlamat anda ialah menilai semula diri anda secara lebih kerap. Anda tidak perlu menunggu sehingga akhir tahun untuk menyemak kemajuan anda!
Luangkan sedikit masa setiap minggu, atau setiap bulan untuk menilai semula kemajuan anda dan kembali ke landasan yang betul.
Adakah anda telah berpegang kepada resolusi anda? Manakah antara resolusi anda yang anda mengalami kesukaran dan bagaimana anda boleh memperbaikinya?
Mempunyai mentor perdagangan untuk membantu anda adalah satu keperluan jika anda seorang yang sukar berpegang dengan resolusi anda. Saya sangat menggalakkan anda mencari mentor berbanding bergerak sendirian jika hakikatnya anda sebenarnya adalah anda perlukan bantuan. Carilah mentor yang terdekat dengan anda yang boleh anda berkomunikasi secara terus agar proses bimbingan dapat dilakukan dengan lancar. Sudah tentu, janganlah mengharapkan percuma pula. Jika syaratnya adalah membuka akaun affiliate ataupun masuk kelas berbayar, anggap sahajalah itu yuran yang perlu dibayar untuk hasil yang lebih baik. Sudah tentulah, ia untuk anda sendiri juga akhirnya.
Jika anda tidak menunjukkan prestasi yang baik pada tahun lalu, mempunyai pemikiran yang positif boleh membantu anda bangkit semula dan mengekalkan kemajuan anda sebagai trader. Kekalkan minda positif agar anda terus gerak ke hadapan.
Tidak kira apa pandangan anda pada penghujung tahun ini, ingatlah bagaimana anda memulakannya.
Manfaatkan pengalaman yang telah anda perolehi dari tahun lalu. Ia akan membolehkan anda belajar dan bekerja dengan lebih baik, yang seterusnya mungkin boleh membawa kepada keuntungan yang konsisten. InsyaAllah!
Di harapakan artikel ini akan membawa kebaikan dan manfaat kepada anda. Kongsikan bersama rakan anda agar sama-sama mendapat manfaatnya.
ADMIN
02/01/22
Credit :
Foto header : Getty image
Inspirasi artikel : Babypips