
“SENYAP-SENYAP JERAT DUIT — Bagaimana Scammer Manipulasi RASA INGIN TAHU Mangsa Untuk Perangkap Mereka”
Banyak berita hari ini memaparkan ramai mangsa-mangsa scam yang tertipu berpunca dari laman sosial facebook. Bermula dari skim pelaburan palsu hinggalah perkhidmatan pembersihan rumah palsu, skim pelancongan palsu, pasti ada saja saban hari yang akan menjadi mangsa penipuan ini.
Meta -parent company untuk facebook – mengetahui hal ini namun tidak menunjukan rasa bersalah atau kesal dengan apa yang berlaku.

Sebenarnya, ramai mangsa scam pelaburan di Facebook bukan tertipu sebab tamak saja… tapi lebih kepada rasa ingin tahu.
? “Betul ke boleh dapat income hari-hari?”
? “Macam mana orang lain boleh withdraw senang je?”
? “Tak salah cuba sikit je dulu kan?”
Inilah psikologi yang scammer mainkan — mereka tahu manusia sangat lemah bila rasa ingin tahu mula muncul.
Dan dari situlah perangkap mula dipasang.
1. Iklan — Mainkan Emosi dan Curiosity
Mereka sengaja letak ayat trigger seperti:
- “Rahsia income senyap dari rumah”
- “95% orang masih tak tahu cara ni”
- “Bermula dengan RM300 je boleh jana RM3,000 sebulan”
? Ini bukan nak bagi info — tapi nak buat orang click.
Scammer tahu… manusia paling tak tahan kalau rasa:
- Takut tertinggal (FOMO)
- Takut ketinggalan peluang
- Takut rugi sebab tak cuba
2. Masuk Group WhatsApp/Telegram = Dunia Palsu Penuh Testimoni Penipuan
Bila dah masuk group…
Mangsa nampak:
- Orang withdraw hari-hari
- Coach share tips pelaburan
- Screenshot akaun profit naik
- Testimoni ‘ahli group’ semua gembira
TAPI realitinya… semua ini palsu atau team scammer sendiri.
Mereka sengaja biar mangsa jadi curious lebih dalam:
? “Eh betul ke ni? Semua orang dapat, takkan aku je nak tengok je?”
? “Cuba la sikit… deposit RM300 je pun”
Dan mangsa mula buat keputusan kerana curious — bukan kerana logik.
3. Fasa Umpan Withdraw — Pancing Lagi Dalam
Ini paling power…
Scammer sengaja benarkan mangsa withdraw sikit dulu.
Contoh:
- Deposit RM300 ? boleh withdraw RM50
- Deposit RM1000 ? dapat withdraw RM100
Apa jadi lepas tu?
Mangsa mula percaya & curious lebih besar:
? “Wah… memang boleh withdraw! Kalau aku letak RM5000 mesti dapat banyak lagi ni!”
Akhirnya masuklah deposit besar-besaran…
Dan waktu ini lah perangkap paling kejam bermula:
- Tak boleh withdraw
- Kena bayar tax
- Kena bayar wallet activation
- Kena topup fee clearance
Semua ini dibuat untuk manipulate rasa ingin tahu menjadi ketamakan.
Teknik Pancingan untuk kikis lebih banyak duit mangsa;
Scammer akan tunjukan bukti kononnya baki terkini pelaburan mangsa dalam laman ahli sudah berganda-ganda hingga puluhan dan ratusan ribu ringgit. Kemudian apabila mangsa cuba untuk withdraw tiba-tiba urusniaga disekat kemudian keuntungan tiba-tiba berganda lagi. Mangsa kemudiannya diminta untuk membuat deposit kononnya untuk urusan pengeluaran dan mangsa kononnya pada akhir nanti masih boleh keluarkan wang untung dan deposit tadi.
Tapi apa yang berlaku, proses berulang di mana mangsa sekali lagi disekat untuk membuat pengeluaran dan diminta untuk membuat deposit sekali lagi dengan alasan pada last minute, keuntungan tiba-tiba berganda.
NOTE: Data dalam halaman ahli boleh sahaja diubah sesuka hati oleh scammer kerana ia cumalah paparan data sahaja dan bukannya mewakili keuntungan sebenar. Mangsa yang berasa ingin tahu, panik dan mahu mencuba-cuba akan diperangkap untuk membuat deposit berulang hinggalah wang habis.
4. Mind Game — Buat Mangsa Rasa Dah Separuh Jalan
Scammer tahu…
Lagi banyak mangsa dah keluarkan duit, lagi susah nak berhenti.
Inilah dipanggil Sunk Cost Fallacy.
? “Alaaa rugi RM300 je… try tambah sikit lagi kot boleh keluar”
? “Dah RM1000 masuk, sayang pulak kalau stop sekarang”
Padahal makin tambah makin tenggelam!
5. Realiti Kejam — Duit Lesap, Emosi Hancur
Akhirnya…
Bila duit dah habis banyak, mangsa mula sedar — semua ini scam.
Tapi biasanya masa ini dah terlambat.
Scammer hilang.
Group WhatsApp senyap.
Website broker dah tak boleh login.
Akaun disable.
Tinggal hanya penyesalan dan rasa tertipu.
Pengajaran Besar Untuk Semua
“Scammer bukan menang sebab mereka pandai… Tapi sebab mangsa kalah dengan rasa ingin tahu mereka sendiri.”
Ingat:
- Jangan buat keputusan sebab curious semata-mata.
- Sentiasa buat semakan & kajian terlebih dahulu.
- Jangan terpengaruh dengan testimoni atau screenshot random.
- Tanya diri sendiri ? “Logik ke benda ni?”
Akhir Kata
FB menjadi lubuk terbaik scammer kerana FB pada waktu ini tidak begitu mengambil serius soal kerugian pengguna akibat scammer. Iklan-iklan scam berleluasa dan ramai menjadi mangsa. Rasa ingin tahu dan ingin mencuba nasib adalah antara faktor kenapa seseorang itu terjerumus ke dalam kancah scam.
Curiosity is good. Tapi curiosity tanpa ilmu & tanpa semakan — itulah pintu masuk paling mudah untuk scammer makan duit anda.
Sebarkan artikel ini. Biar ramai celik dan sedar!
ADMIN
09/04/25