
Strategi Forex Trading Menggunakan Candlestick | Teknik Candlestick
Dalam dunia forex, ramai trader masih terperangkap dengan masalah overtrading, terlalu fokus pada signal kecil, dan akhirnya terlepas pandang arah sebenar pasaran. Salah satu cara yang paling mudah tapi berkesan untuk melihat arah pasaran sebenar ialah dengan menggunakan candle mingguan (weekly candle) ataupun candle bulanan (monthly candle).
“Kenalpasti Candle Mingguan atau Bulanan Lepas, Rancang Trade untuk Seminggu atau Sebulan terus!”
Jika anda belum claim bonus kami, sila claim sekarang!
Strategi ini bukan hanya mudah, malah sangat sesuai untuk trader yang sibuk, mahu kurangkan noise dari market harian, dan fokus pada entry berkualiti sahaja.
Note: Kaedah candle ini adalah teknik utama dalam membership cspro pullback. Dalam artikel kali ini saya akan berikan sedikit preview apakah basic utama yang diajarkan dalam halaman ahli.
Sell Premium, Buy Discount
Sell premium maksudnya anda akan jual harga mahal ketika ia di paras tinggi. Buy discount maksudnya anda beli pada harga murah. Trading forex adalah berkenaan beli murah dan jual mahal untuk anda menjana keuntungan. Anda tidak akan jana keuntungan jika anda beli mahal dan jual murah. Ini digunapakai bukan sahaja dalam trading forex, saham atau komoditi malah dalam kehidupan kita juga adalah mustahil untuk menjana keuntungan melalui cara ini.
Oleh itu anda perlulah jual harga premium dan beli pada harga discount atau murah, barulah anda akan menjana untung.
Tapi dalam trading ini bagaimanakah cara mudah untuk dapatkan harga murah dan mahal ini? Caranya adalah dengan melihat trend pasaran(market). Jika harga naik, maka anda fokus sahaja untuk buy discount/low. Jika trend menurun, maka anda fokus sahaja untuk sell premium atau harga mahal/high.

Melalui candlestick, sebenarnya anda boleh mengenalpasti trend semasa adakah perlu jual atau beli. Candlestick meliputi open high low dan close, di mana jika closing high, maksudnya trend sedang menaik, oleh itu anda perlu buy jika ia sedang murah atau discount. Jika candlestick closing low/rendah, maksudnya trend sedang menurun, oleh itu anda hanya perlu tunggu harga menjadi mahal atau premium untuk sell high.
Closing candle ini berlaku untuk sebulan, minggu, hari, jam hinggalah minit dan saat.
Candle yang ditutup sebulan(monthly) adalah mewakili trend dalam sebulan itu. Candle yang ditutup dalam mingguan akan mewakili sepanjang minggu itu.
Candle bearish bulan lepas bermaksud ada potensi untuk bearish lagi bulan ini. Jika candle minggu lepas close bullish maka minggu ini ada kemungkinan akan bullish lagi. Simple bukan?
Kelebihan Teknik Ini
Melalui teknik ini anda boleh membuat perancangan awal trade pada hujung minggu di mana pasaran tidak bergerak, oleh itu anda lebih fokus dan tidak terganggu dengan sebarang kemungkinan adanya pergerakan mahupun terlepas peluang entry.
Anda akan melihat candle minggu lepas sebagai perancangan untuk minggu hadapan. Ini bermaksud, secara teorinya jika candle minggu lepas bullish, ada kemungkinan candle minggu ini juga akan bullish.
Hal ini berlaku dari monthly, weekly dan juga daily untuk trending market. Untuk market sideways, ia tidak efektif kerana candle bullish dan bearish agak tidak valid.
Untuk contoh, kita akan lihat candle di timeframe Monthly dan Weekly. Dua timeframe ini memberikan kita plan jangka panjang untuk sepanjang bulan dan mingguan. Ia lebih baik berbanding D1 kerana adakalanya ia hanya sah untuk sehari sahaja dan pada market whipsaw ada kebarangkalian besar untuk terkeliru dengan candle yang kerap berubah-ubah dalam seminggu itu. Jadi lebih baik jika kita trade satu arah sebulan terus ataupun satu arah sahaja untuk seminggu. Lebih simple, mudah dan kurang mengelirukan.
Jom kita lihat live chart untuk trending market untuk dapatkan kefahaman teknik ini.
Candle Monthly
1 candle = 1 bulan

Dalam kotak yang ditandakan, ia adalah merujuk kepada candle monthly untuk pair AUDUSD di mana candle selepas bearish pertama akan ada bearish kedua, ketiga dan keempat.
Secara mudahnya, anda akan sell sepanjang bulan tersebut kerana tempoh masa untuk satu candle ini akan siap adalah satu bulan. Bayangkan sepanjang bulan itu anda hanya sell sahaja dan profit. Melalui cara ini, mana-mana price yang naik ke resistance atau area SBR, anda akan sell.
Cutloss apabila price break resisance, dan hold sell selagi price maintain di bawah resistance dan juga SBR.
Candle Weekly
1 candle = 1 minggu

Dalam kotak di atas adalah candle weekly trending bullish. Apabila minggu sebelumnya bullish, maka minggu berikutnya bullish lagi. Maksudnya jika minggu lepas bullish, maka minggu ini kita akan trend bullish, iaitu buy sahaja.
Jadi, mana-mana price yang turun ke support atau RBS, maka entry buy akan dibuat.
Sepanjang minggu fokus cari buy sahaja dan cutloss bila price break support.
Berbeza dengan timeframe monthly, jika salah maka anda akan salah sepanjang bulan, di weekly jika anda salah, anda hanya salah pada minggu itu sahaja. Jika anda betul, anda akan betul sepanjang bulan dan juga minggu.
Win streak, profit berminggu-minggu
Bayangkan, setiap minggu anda profitable hanya dengan memilih satu jenis entry sahaja. Sehinggalah trend itu invalid di mana dalam minggu itu kerap hit SL, itu tandanya trend sudah berubah arah, jadi anda stop dahulu dan tunggu minggu hadapan sahaja.
Candle yang memberikan arah ini, kita akan kenali sebagai candle dominan. Candle ini akan terbahagi kepada tiga, iaitu dominan bullish, dominan bearish dan neutral.
Tiga Jenis Candle Mingguan/Bulanan yang anda perlu cari
1. Candle Dominan Buy (Bullish)
- Candle hijau/bullish yang jelas, menunjukan tekanan kuat pembelian
- Menunjukkan bahawa buyer menguasai minggu/bulan lepas.
- Rancangan minggu/bulan hadapan: Fokus kepada buy sahaja.
2. Candle Dominan Sell (Bearish)
- Candle merah/bearish menunjukkan tekanan jualan yang kuat.
- Seller menguasai pasaran minggu/bulan lepas.
- Rancangan minggu/bulan hadapan: Fokus kepada sell sahaja.
3. Candle Neutral (Doji / Tiada Dominan)
- Candle kecil, bayang panjang atas dan bawah.
- Menunjukkan ketidaktentuan pasaran — buyer dan seller sama kuat.
- Rancangan hadapan: No trade, tunggu candle dominan yang seterusnya.

Kelebihan Guna Candle Weekly/Monthly
- Kurangkan noise dari TF kecil seperti M15 atau H1.
- Fokus pada arah sebenar pasaran, bukan signal kecil yang mudah gagal.
- Disiplin tunggu setup, bukan entry setiap hari.
- Sesuai untuk swing trader, part-time trader dan mereka yang nak fokus pada kualiti berbanding kuantiti.
Tips Penapisan Tambahan (Filtering)
Walaupun candle nampak dominan, tidak semua valid. Untuk elakkan false signal:
- Semak jika candle berlaku di zon SNR penting
- Pastikan ia selari dengan trend besar seperti Daily atau Monthly
- Perhatikan break struktur – adakah candle pecahkan high/low sebelumnya?
- Boleh tunggu confirmation di D1 atau M15 sebelum entry.
Dalam ebook ini saya terangkan kaedah structure, anda boleh gunakan kaedah yang sama untuk filtering process anda.
Download di sini. Password: pullback
Strategi Entry
Terdapat banyak cara untuk entry memandangkan anda sudah memilih bias trend anda iaitu samada buy sahaja atau sell sahaja.
Trading ikut bias
Cth: Berdasarkan trend candle timeframe Weekly, minggu lepas pair eurusd ditutup bullish, maka plan minggu ini adalah anda fokus buy sahaja. Di lower timeframe seperti H1 fan H4, anda buat marking di SNR. Tunggu price turun untuk anda cari buy low di SNR ini.
Langkah berikutnya adalah tunggu confirmation untuk entry anda, SL dan juga TP.
Entry ikut body candle
Pada timeframe weekly, jika candle minggu lepas adalah bearish, perhatikan jika candle minggu ini naik dan body candle menjadi bullish, entry sell apabila body candle berubah menjadi bearish.
Cara yang sama untuk candle bullish dan juga di timeframe Monthly.
Stoploss anda adalah pada hujung shadow. Exit pada apabila candle sudah mula closing samada hari jumaat untuk candle Weekly atau hujung bulan untuk candle monthly.

Edge dan advantage
Memilih satu jenis entry membantu anda fokus dan seterusnya membolehkan anda mencari ruang dan peluang hanya untuk dapatkan entry harga diskaun dan premium yang tersedia pada waktu itu. Kelebihan paling ketara adalah apabila berlaku volatily pada waktu tersebut dan market nampak agak choppy dan mengelirukan, di sini kelebihan anda adalah, anda hanya perlu cari mana-mana price yang pergi ke SNR untuk entry.
Akan tetapi dari sudut lain jika anda tidak berhati-hati, anda juga boleh kerugian sepanjang masa dalam tempoh itu, oleh itu bimbingan dari trader berpengalaman adalah penting agar anda boleh minimakan risiko ini.


Contoh-contoh lain setup boleh ke halaman ini.
Antara teknik entry yang kami gunakan adalah candlestick pattern, chart pattern, trendline breakout dan lain-lain. Teknik entry kombinasi antara candlestick dan Fibonacci juga saya ajarkan dalam membership cspro -sertai hari ini!
Teknik Ini Nampak Ringkas dan Mudah, Tapi Kenapa Masih Tidak Membuat Untung??
Psikologi Trader: Jangan Salahkan Teknik Kalau Diri Tak Disiplin
Ramai gagal bukan sebab teknik lemah, tapi:
- Modal terlalu kecil tapi tamak nak hasil besar
- Tak sabar, entry walaupun candle belum confirm
- Campur aduk teknik — hari ini guna weekly, esok scalp M1
- Tiada self-control — entry sebab takut tertinggal peluang
Teknik ini perlukan sabar dan disiplin — bukan skill teknikal semata-mata.
RUMUSAN DAN PENUTUP
Candle Weekly (TF Mingguan)
Kelebihan (Pro):
- Lebih Stabil dan Kurang Noise
- Candle weekly lebih jelas berbanding TF kecil seperti H1 atau M15.
- Boleh Rancang Awal Mingguan
- Sesuai untuk trader yang mahu rancang trade setiap Ahad atau Isnin.
- Gabungan Baik Antara Jangka Pendek & Panjang
- Memberi arah pasaran sederhana yang sesuai untuk swing trade (3-5 hari).
- Boleh Guna untuk Entry di TF Lebih Kecil
- Buat analisa di weekly, entry di D1 atau M15.
- Konsisten & Fokus
- Hanya satu candle setiap minggu, lebih mudah untuk disiplin.
Kekurangan (Con):
- Setup Lambat Muncul
- Kena tunggu satu minggu penuh untuk satu candle terbentuk.
- Kurang Sesuai untuk Scalper / Intraday
- Bukan untuk mereka yang nak trade hari-hari.
- Kadang-Kadang False Signal Jika Tanpa Penapisan
- Perlukan filter tambahan seperti SNR, trend, dan volume.
Candle Monthly (TF Bulanan)
Kelebihan (Pro):
- Gambaran Besar Pasaran
- Sesuai untuk menentukan arah trend jangka panjang.
- Tahan Terhadap Volatiliti Kecil
- Tidak terpengaruh dengan news atau candle noise kecil.
- Sesuai untuk Position Trader / Long-Term Planner
- Digunakan oleh investor dan trader yang buat forecast bulanan.
Kekurangan (Con):
- Terlalu Lambat untuk Entry Aktif
- Satu candle = satu bulan ? tak sesuai untuk entry mingguan atau harian.
- Terlalu Umum
- Tidak cukup spesifik untuk cari entry dengan risk-reward yang kemas.
- Kurang Relevan Jika Modal Kecil
- Setup monthly selalunya perlukan SL dan TP yang besar.
Ada banyak lagi topik lain seperti candlestick pattern untuk kenalpasti trade setup, candlestick reversal untuk entry, fibonacci retracement dan fibonacci TP… Mahu belajar kursus yang lebih lengkap? Join membership kami sekarang!
ADMIN
14/07/25
credit: forexdoc
One Reply to “Strategi Forex Trading Menggunakan Candlestick | Teknik Candlestick”
Comments are closed.