STRATEGY HIGH RISK HIGH RETURN – GANDAKAN WANG PULUHAN RINGGIT KEPADA RIBUAN RINGGIT DALAM MASA SINGKAT
“STRATEGY GANDAKAN WANG DALAM MASA SINGKAT.”
-
Cara betul untuk trade high risk kepada low risk dan high return dalam masa singkat tanpa berjudi
Ia bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak ramai yang berminat mengenainya dan sudah bertanyakan kepada saya secara personal dan sebagai penghargaan kepada pembaca setia blog ini saya akan dedahkan kepada anda bagaimana untuk melakukannya dengan betul -dengan risk seminima yang mungkin.
Berjudi dalam trading berlaku apabila trade dibuat tanpa landasan ilmu dan ia dibuat secara mencuba nasib..
Antara yang bakal saya dedahkan adalah;
- Kenal-pasti trade setup
- Entry multi-timeframe untuk perfect timing
- Candlestick pattern / Entry trigger
- Tools dan Indicator
- Strategy Piramid
- Strategy Money Management Full-Margin
- Risk control – Breakeven dan Exit manual
Saya suka gelarkan ia sebagai full margin trading kerana ia melibatkan penggunaan risk yang tinggi dari segi lot sizing dan leverage yang besar. Namun dengan cara yang betul sebenarnya ia boleh dikawal dan di-minima-kan.
Teknik trade ini mempunyai high reward ratio!
Apa yang bakal anda pelajari dalam artikel ini adalah bagaimana cara untuk dapatkan TP sehingga 3-5 kali SL anda. Tetapi sebelum kita teruskan kepada teknik tersebut sila ambil perhatian kepada perkara di bawah ini.
Berikut 6 perkara utama yang anda perlu ambil perhatian:
1). Modal
Jangan letak wang yang tidak sanggup untuk kerugian. Untuk trade high risk, risikonya sudah pastilah margin call jika berlaku kesilapan. Dengan meletakkan amaun yang anda sanggup kerugian, anda sudah pun hadkan risiko anda. Jangan risau, wang kecil tetap boleh menjana wang yang besar. Ia membawa kepada topik berikutnya iaitu, leverage.
2). Leverage
Leverage adalah penggandaan modal. Di sinilah anda boleh hadkan kerugian modal anda dengan meletakkan modal kecil tetapi memilih leverage yang besar. Contoh, modal 100usd dengan leverage 1:100, ini bermaksud anda menggandakan modal anda 100 kali. Ia bersamaan $100 x 100 = $10,000
Itu baru leverage 100:1.. belum lagi 500:1, 1000:1 ataupun 2000:1. Bermaksud modal bawah 100 sudah sama seperti trade ribuan usd.
3). Emosi
Jangan trade jika dikuasai emosi seperti marah dan dendam, juga jangan trade untuk keseronokkan kerana forex ada perniagaan bukan perjudian. Fikiran wajib tenang dan bebas dari sebarang tekanan(stress) agar keputusan yang anda buat adalah bukan sebab pengaruh emosi.
4). Re-trade dan Re-deposit
Jika trade anda stopout awal sebab price masih nak ruang untuk bergerak, anda boleh consider untuk re-trade jika keadaan sudah clear. Jika Margin call pula, anda bolehlah redeposit untuk kembali trade semula.
Tips: Sediakan modal secukupnya dan jangan trade sekaligus dalam satu masa. Contohnya anda mahu trade 100 usd, anda boleh pecahkan kepada 5 akaun dengan 20usd setiap satu. Jika MC, anda boleh topup kembali atau trade akaun yang lain pula.
5). Setup terbaik adalah STOPLOSS sekecil yang mungkin!
Trade setup terbaik adalah SL yang kecil-kecil kerana apabila SL anda kecil, risk anda juga akan kecil. Oleh itu fokus sahaja pada SL yang kecil berbanding SL yang besar. Risk ini ditentukan ikut jarak entry anda dan shadow candle rejection signal anda. Ia berbeza bagi setiap signal dan timeframe yang anda gunakan. Timeframe kecil akan berikan signal dengan SL yang sangat kecil.
6). Withdrawal sebagai rutin harian, mingguan, bulanan…
Buatlah withdrawal walaupun profit anda cuma 10usd sahaja. Ia akan membentuk minda positif dan menggalakkan anda untuk melakukan terbaik pada trade anda. Apabila sudah mahir, anda bolehlah memasang target untuk withdraw lebih banyak atau lebih besar.
Okey, Cukup 6 perkara di atas, tanpa buang masa mari kita mulakan.
Teknik High Risk High Return DIDEDAHKAN
#1. Kenal-pasti trade setup
Cara kenal-pasti setup ini adalah berdasarkan candle pattern pada timeframe yang lebih besar seperti Monthly, Weekly dan Daily. Anda hanya perlu rujuk 1 candle sahaja untuk menentukan trade plan anda.
Contoh;
- 1 candle monthly bulan lepas adalah clue untuk trade plan bulan ini.
- 1 candle weekly minggu lepas adalah clue untuk trade plan minggu ini.
- 1 candle daily hari sebelumnya adalah clue untuk hari ini.
Jika tiada setup yang jelas, abaikan. No trade hinggalah adanya signal jelas.
Recommended : Candlestick
#2. Entry multi-timeframe
Entry cara ini tidak lainnya untuk dapatkan entry yang betul-betul bottom untuk buy low dan high untuk sell high. Untuk tujuan ini anda akan gunakan sehingga 3 multi-timeframe iaitu 1 timeframe untuk tengok arah trend, 2 timeframe lagi untuk entry point anda iaitu salah satu dari timeframe ini manakah yang akan berikan signal terlebih dahulu.
Contoh multi-timeframe:
2.1). Daily, H4, H1
Penerangan : Daily untuk lihat trend, H4 dan H1 untuk entry point
2.2). H4, H1 dan M15
Penerangan : H4 untuk lihat trend. H1 dan M15 untuk entry point
2.3) D1, H1, M30
Penerangan : D1 untuk trend, entry pada H1 ataupun M30
Rejection candle pada D1 chart memberikan hint untuk buy pair ini. Seterusnya buka timeframe lebih rendah untuk entry point dan SL.
Disebabkan H1 tiada buy signal, saya lihat pada M30. Terdapat candle rejection pada marking SNR, maka entry buy dibuat dengan SL + Spread, 15 pips. Price naik ke high terdekat sebanyak 50 pips untuk exit buy trade.
SL 15 pips dan kenaikan 50 pips? Jika anda trade modal $50 usd, leverage 1:500 dan trade $1/pips, anda sudah menggandakan akaun anda 100% dalam sekali trade sahaja. Akan tetapi jika trade ini gagal, anda akan kerugian -$15 dan masih ada baki $35 lagi untuk trade berikutnya.
Melihat trend adalah sebaiknya berdasarkan Daily atau pun Weekly chart kerana ia lebih baik dari segi ketepatan dan kurang risiko berbanding H4. Namun dalam sesuatu keadaan, H4 masih dibolehkan kerana faktor SNR dan juga trending. Apabila dalam situasi trending, ia sangat tepat. Masalah adalah apabila trend dalam sideways atau ranging.
Signal candle entry adalah berbeza untuk setiap timeframe, mahu SL kecil sila gunakan signal candle pada M30 atau M15.
#3. Candlestick pattern
Candlestick pattern mempunyai maksud yang sama bagi kesemua timeframe. Jika terdapat rejection buy candle pada timeframe lebih rendah kemudian ia naik tinggi, maka situasi ini sama sahaja pada timeframe yang besar iaitu jika rejection candle signal buy terbentuk pada Weekly, boleh menyebabkan minggu berikutnya juga akan naik tinggi.
Baca : Tips Buat Duit Dari Forex Walaupun Tidak Pandai Trade
Kesimpulannya ia adalah sama sahaja tetapi berbeza timeframe. Akan tetapi ia lebih ‘valid’ dan lebih berkualiti pada timeframe lebih besar berbanding timeframe kecil kerana isu ‘noisy’ signal yang tak berapa tepat. Oleh yang demikian, saya ringkaskan kepada berikut, signal trend adalah berdasarkan timeframe lebih besar, entry pada timeframe yang lebih rendah jika signal itu mengikuti signal yang ada pada timeframe lebih besar.
Contoh rejection sell pada Daily dan candle rejection sell muncul pada M15 maka entry anda adalah sell @ sell trade trigger!
#4. Tools dan Indicator
4.1). Tools
Untuk Tools, saya biasa gunakan garisan mendatar(horizontal line) untuk marking SNR. Selain itu tools fibonacci juga digunakan untuk menentukan kawasan entry point dan exit point maksimum. Entry point berdasarkan fibonacci retracement dan exit point adalah berdasarkan fibonacci extension. Tools lain(optional) adalah trendline. Agak jarang digunakan namun ia sangat berguna untuk exit manual.
Entry pada retracement, exit pada extension
4.2). Indicator
Indicator yang saya gunakan adalah Moving average dan Indikator Pivot. Moving average ini saya gunakan pada dua timeframe entry point iaitu H4 dan H1 ataupun M30 dan M15(jika saya gunakan timeframe ini). MA yang biasanya saya gunakan adalah EMA 200, type: Exponential, setting period 200, apply to close, color red. Warna adalah terpulang pada anda.
EMA200
Jika berdasarkan timeframe lebih besar adalah uptrend dan trade plan adalah buy, maka price pada timeframe entry mestilah di atas EMA ini. Dalam masa tertentu saya melihat peluang buy apabila price sentuh EMA ini dan membentuk rejection candle.
EMA200 selain entry, saya juga gunakan ia sebagai exit point apabila berlakunya trend reversal iaitu price mencari semula EMA200 ini.
Pivot Point(DPP, WPP, MPP)
3 jenis pivot utama: Monthly pivot(MPP), Weekly pivot(WPP) dan Daily pivot(DPP). Kesemua pivot ini tanpa ada daily,weekly dan monthly S1,S2,S3/R1,R2,R3. Hanya fokus pada Pivot sahaja.
Download indikator Pivot point
Pivot sebagai entry dan Exit – Kegunaan utama pivot adalah untuk entry iaitu pada daily pivot dan exit samada pada weekly pivot ataupun monthly pivot.
Tools, Indicator dan Clustering/Overlap
Sebagai panduan atau rujukan utama entry point dan exit point di mana entry dengan konfiden pada fibonacci retracement level yang bertindih dengan DPP diikuti dengan candle signal entry. Begitu juga dengan exit point apabila WPP atau MPP bertindih dengan extension level fibonacci.
Pertindihan ini atau nama lainnya cluster atau overlap sebagai favourite TP di mana apa yang kita lihat itu juga dilihat oleh trader lain sebagai exit point.
#5. Strategy Piramid Entry & Reentry
Strategy ini lebih kepada entry layer pada level-level tertentu SNR atau retracement dalam suatu pergerakan trend menuju TP atau exit point yang diterangkan di atas.
Entry piramid bermaksud entry layer berganda dan Reentry(iaitu menambah layer entry) pula dibuat apabila price melakukan retracement kecil dan kemudiannya pullback mengikuti arah trend yang anda trade hinggalah ia hit TP anda.
#6. Strategy Money Management Full-Margin
Untuk menjana wang besar anda perlu trade besar. Saya berkata mengenai penggunaan leverage maksimum untuk entry lot-lot besar dengan menggunakan modal yang kecil. Bunyinya seakan tidak logik tetapi ia memang boleh dilakukan walaupun modal anda cuma 5 dollar sahaja!
Syarat leverage mestilah 1:500 dan 1:1000. Broker Fort Financial ltd. adalah antara broker yang membolehkan anda menggunakan leverage besar sehingga 1:1000 dan minimum deposit 10 usd sahaja.
Contoh trade full margin: Buka live account dengan modal USD25 dengan leverage 1:1000, anda boleh trade terus lot sebesar 1USD 1 pips atau minima 0.50sen 1 pips.
Stoploss minimum – SL wajib adalah seminima mungkin dan ini boleh ditentukan ikut timeframe dan shadow candle signal. Contoh menetapkan SL berdasarkan candle rejection boleh dipelajari sini.
Size candle rejection adalah berbeza-beza ikut timeframe, untuk low risk atau SL kecil bolehlah trade signal dari timeframe yang lebih rendah seperti M15 ataupun M30. M5 juga boleh tetapi ada kemungkinan stopout awal sebelum trade itu menjadi.
Baca : Teknik Scalping M15
Money management berganda – Gandakan lot anda apabila trade anda sudah mulai profit. Contohnya lot permulaan adalah 50sen, maka lot kedua adalah $1. Lot berikutnya pula akan berganda $2 hinggalah $5.
#7. Risk control – Breakeven dan Exit manual
Risk control/kawalan risiko adalah perkara yang diutamakan dalam teknik ini. Dengan cara ini anda boleh trade untuk long term akaun anda dan buat withdrawal berkali-kali. Umpama deposit sekali withdawal berkali-kali.
Selagi anda punyai modal, selagi itu anda akan punyai peluang. Oleh itu sayangi modal anda, jangan trade jika tidak cukup syarat entry dan pastikan anda melindungi trade tersebut, iaitu breakeven setiap kali ia sudah profit sekitar +20 pips
Breakeven – Wajib ubah SL anda setiap kali trade sudah profit. Ini adalah cara terbaik untuk lindungi trade anda dan akaun anda dari sebarang kerugian. Inilah rahsianya bagaimana untuk trade high risk kepada low risk bahkan hingga tiada apa-apa risk langsung!
Exit Manual – Pada waktu tertentu akan kelihatan reversal signal sebelum hit TP anda, oleh itu anda boleh entry manually. Satu lagi cara untuk exit manual adalah dengan menggunakan trendline iaitu apabila trend berubah arah dengan breakout trendline anda, anda exit trade anda walaupun belum hit TP atau breakeven anda.
Script auto-close all juga boleh membantu anda percepatkan menutup entry anda.
Tak Nak Trade High Risk? No problem.
Tiada masalah jika anda cuma mahu manfaatkan strategy ini untuk trade compounding dan play safe. Anda trade sahaja lot kecil-kecil.
yang penting? Withdrawal seperti biasa.
Baca : withdrawal USD2K ke Neteller
Contoh Live Trade
Dah baca tapi masih tak jelas? Dekat bawah ni saya sertakan contoh. Contoh dan penerangan lebih terperinci ada dalam ebook pdf yang saya sediakan.
Teruskan membaca untuk ketahui bagaimana untuk dapatkannya secara percuma.
Berdasarkan Trend Daily, pair GBPJPY ini dalam signal reversal buy. Maka entry buy akan dikenal-pasti di timeframe lebih rendah atau mana yang lebih baik. Dalam gambar, signal buy terbentuk pada H4 maka fokus adalah buy. SL adalah dihujung shadow.
Dalam masa yang sama seperti yang saya telah tuliskan di bahagian EMA200, saya juga gunakannya untuk exit point, dalam situasti di atas, ia bertindih dengan fibonacci extension level. Hasilnya GBPJPY hit exit area. Anda boleh exit manual atau biarkan sahaja price hit TP anda jika mahu. Saya prefer, exit manual.
Lain-lain tips?
1). Trade single pair dahulu dan pair tersebut pastikan ianya spread kecil. Contoh terbaik adalah EURUSD. Ada broker yang menawarkan spread serendah 2pips malah ada yang lebih rendah dari itu.
2). Elakkan trade semasa news. Trade hanya selepas news sahaja. News besar yang bakal release dalam satu tempoh masa tertentu juga boleh menyebabkan market ranging. Sebaiknya elakkan trade pair tersebut untuk elakkan loss memanjang.
3). Bermula dahulu dari akaun micro cent untuk membina keyakinan.
4). Jangan terlalu tamak. Buat withdrawal dan jangan trade melulu. Sabar dan tunggu hingga ada setup yang jelas.
5). Berhenti dulu seketika jika anda menghadapi loss dalam suatu tempoh masa. Pastikan trend jelas dahulu barulah trade semula. Ingat, peluang ini akan sentiasa ada pada esok ataupun minggu depan mahupun bulan depan.
Ebook PDF percuma, setebal 93 muka surat
Sedikit screenshot isi kandungan ebook:
Download ebook :
Dapatkan ebook terkini di sini.
Komitmen minimum, hasil maksimum
Semua topik yang saya kongsikan di atas menggunakan kaedah-kaedah atau teknik yang juga digunakan oleh professional trader. Ada sesetengah individu diluar sana yang menjualkan nota atau kelas yang seakan sama dengan yang anda dapati dalam artikel ini antara RM500-1,000.
Bagaimana jika anda simpan wang itu untuk modal trade anda, buka akaun dan join group signal? 🙂
akhir kata,
Selamat menimba ilmu dan semoga anda lebih berjaya di masa akan datang.
LOGIN MEMBER’S AREA KLIK SINI
ADMIN
13/11/17