Teknik 1 Minute Scalping Strategy | XAUUSD 1M Scalping Strategy
Pernahkah anda menyaksikan peniaga yang membuka berpuluh-puluh dagangan dalam sehari hanya untuk menutupnya beberapa saat atau minit kemudian?
Inilah gaya trading scalping.
Mereka cuba membuat keuntungan pada pergerakan harga yang sangat kecil.
Memandangkan keuntungan adalah rendah, seorang scalper perlu membuka sejumlah besar perdagangan dalam sehari untuk mendapatkan jumlah keuntungan yang dimahukan.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Tetapi berhati-hati: Scalping boleh menjadi sukar, terutamanya kepada trader yang tidak berpengalaman.
Jika anda ingin menguasai seni scalping, mulakan dahulu dengan beberapa siri latihan yang mungkin akan memakan sedikit masa tetapi ia akan berbaloi untuk jangka panjang. Anda perlu mahirkan diri anda untuk bertindak cepat dalam membuat keputusan samada untuk entry mahupun exit. Ini sangatlah penting kerana sebarang tindakan yang terlambat, ia pasti memakan diri.
Kemahiran akan datang apabila anda sudah punyai latihan yang secukupnya.
Strategi Scalping Gold 1 Minit
Dalam perenggan berikutnya anda akan didedahkan mengenai strategi ini di mana ia sangat sesuai pada sesi London iaitu sekitar jam 3pm Malaysia dan juga sesi U.S iaitu pada jam 8pm Malaysia.
Teknik ini menggunakan dua moving average dan oscillator. Berikut ialah setting yang perlu anda tetapkan pada mt4 anda;
- 50-Period exponential moving average
- 100-Period exponential moving average
- Stochastic oscillator default setting 5,3,3 dan tambahkan level 50. Rujuk gambar di bawah
Note: jika stoch banyak bersilang di bawah 50, ia petanda trend kuat kepada downtrend ataupun sell. Jika stoch bersilang-silang di atas 50, ini petanda trend kuat kepada uptrend atau buy.
Gambaran Keseluruhan Strategi
Mari kita lihat 3 langkah utama strategi scalping Forex 1 minit ini. Pair yang menjadi pilihan utama adalah Gold atau XAUUSD kerana range yang besar serta pergerakan yang sangat volatile akan memberikan peluang entry kepada anda hampir setiap hari.
Langkah 1: Kenal pasti arah aliran jangka pendek
Kedua-dua EMA akan berfungsi untuk mengenal-pasti arah pasaran. Jika EMA 50 bersilang dengan EMA100 dan candlestick berada di atasnya, ini menandakan trend di dalam uptrend. Kita akan trade buy berdasarkan trend ini.
Jika EMA 50 bersilang dengan EMA 100 dan candlestick berada di bawahnya, ini adalah petanda trend di dalam downtrend. Oleh itu kita akan mengikuti arah ini dengan membuat sell.
Sebarang pergerakan trend yang terbentuk bermaksud ia adalah trend jangka pendek kerana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja berdasarkan timeframe 1 minit ini.
Langkah 2: Tunggu pullback
Sebaik sahaja trend jangka pendek dikenalpasti melalui persilangan EMA, langkah seterusnya adalah tunggu pullback berlaku barulah membuat entry.
Melalui cara ini anda boleh tetapkan entry buy low dan sell high sesuai arah tersebut juga untuk membantu anda menetapkan stoploss anda.
Salah satu sifat penting pergerakan price ini adalah ia suka membuat retest semula selepas sesuatu breakout. Dalam situasi ini, jika breakout pada EMA berlaku, biasanya ia akan mencari semula EMA tersebut sebelum ia menyambung pergerakannya.
Jika pergerakan mencari EMA tersebut berakhir dengan breakout ataupun false break, kita stay away dari trading. Ini mungkin kerana aktiviti profit taking yang boleh menyebabkan arah pasaran berubah dengan pantas.
Langkah 3: Tunggu indikator stochastic membentuk signal overbought dan oversold.
Akhir sekali, indikator stochastic akan memberikan peranan sebagai confirmation kepada entry melalui signal reversal oversold dan overbought.
- Jika signal oversold, stoch berada di 20 = buy
- Jika signal overbought, stoch berada di 80 = sell
Sila ke halaman ini untuk belajar strategi stochastic advanced >> https://pullbackforextrading.com/stochastic-oscillator/
Buy Setup
Berikut saya terangkan langkah demi langkah bagaimana signal dan entry dihasilkan dari teknik 1 minit ini. Mari kita lihat apa yang berlaku dalam carta, langkah demi langkah.
- EMA 50 bersilang dengan EMA 100. Candle berada di atas dua EMA ini.
- Candle turun semula ke salah-satu EMA ini.
- Signal entry, perhatikan pada stochastic, buy akan dibuat jika signal oversold terbentuk.
Sell Setup
Seterusnya adalah signal sell yang dijana dari teknik 1 minit ini. Berikut syarat entry yang anda perlu tahu.
- EMA 50 bersilang dengan EMA 100, candle pula berada di bawahnya.
- Candle naik semula ke EMA
- Signal entry, sell akan dibuat jika stochastic menunjukkan signal overbought.
REENTRY
Dalam satu situasi trending, EMA 50 dan 100 akan bertindak seperti support dan resistance. Anda boleh jadikan ini sebagai panduan entry dan reentry anda. Apa yang anda perlu adalah, lihat jika candle mencari semula EMA kemudian stoch akan bertindak sebagai confirmation entry.
Selagi tiada persilangan, maka trend asal adalah valid. Perhatikan jika stoch akan berikan signal entry atau tidak. Jangan memandai entry jika tiada confirmation dari stoch.
Reentry boleh jadi sangat menguntungkan semasa permulaan trend dan dipertengahan trend. Akan tetapi perlu diingat, apa jua entry yang anda buat, pastikan anda berlaku dahulu di demo account. Anda boleh buka akaun demo di sini.
Akhir kata
Trading scalping gold boleh berikan peluang profit yang pantas dan secara harian asalkan anda tahu strateginya. Untuk strategi gold yang terdahulu, silakan ke halaman ini https://pullbackforextrading.com/gold-scalping-strategy/
Sekian dahulu perkongsian kali ini, pastikan anda kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda agar ilmu ini berkembang dan memberi manfaat lebih banyak lagi kepada kita semua.
Salam kejayaan!
ADMIN
22/07/22
header: shutterstock