Teknik Bollinger Band
sy gunakan bollinger band ni bukan mau cari OS/OB(kerana ia tak wujud pun sbnrnya situ).. tp ia dpt membantu dlm mengenal-pasti arah trend dan juga perubahan trend sudah bermula atau belum. kita smua tahukan betapa peritnya masuk dipenghujung trend sdgkn smua org lain tahu trend tu dah nak berubah.. kehkehkeh…
Point2 penting dr bollinger band ni adalah,
1- terbahagi kepada 3 line, upper band, lower band dan middle band
2- Price sering kelihatan reversal apabila berada di kawasan upper dan lower band, itu sbg indikasi bahawa KEMUNGKINAN kita sudah berada dihujung trend. -so elakkan la masuk trend pada waktu ini.
3- Middle band – Garis pemisah antara buy zone dan sell zone. Kegunaan Middle band bagi saya adalah sbg petanda permulaan sesuatu trend atau ‘confirmation’ kpd perubahan trend dan sy sama sekali tidak atau bukannya menggunakan upper dan lower band sbg petanda permulaan reversal trend dlm trading sy.
4- Garis pemisah middle band akan membentuk channel di mana price akan ‘melantun’ di dalam channel tersebut. Ini petanda jika trend masih belum berubah. maka kita akan lihat price yang akan membuat pullback setiap kali menyentuh middle band.
5- Bollinger band bantu kenal-pasti market kurang aktif/ranging/sideways. – Nak elakkan trade waktu market kurang aktif, so inilah petandanya. Apabila price kurang aktif utk trending, maka bollinger band akan squeeze(mengecil) sebagai tanda bahawa price sbnrnya sedang menunggu ‘sesuatu’ yang besar(high impact/big impact) akan berlaku x lama lagi. Ia juga sbnrnya adalah petanda market bakal breakout.
6- Bollinger band memberitahu kita bhwa market berada pada strong move atau x. -Apabila price breakout dan price tersebut close pada upper dan lower band dan terus bergerak trending naik atau turun, itu petandanya market sedang dlm extreme bullish atau bearish. Dalam masa yg sama kita akan dapat melihat band(upper dan lower) akan mengembang(widen band). Pada tafsiran lainnya strong selling/buying sedang berada dalam market.
Sekian, semoga bermanfaat.
Silakan share atau salin nota ini untuk kebaikan bersama.
Yg.Ikhlas,
admin
=============