
TEKNIK ENTRY FULL MARGIN LOW RISK DAN HIGH RETURN
Di artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana satu teknik full margin ini boleh memberikan anda pulangan tinggi dengan risiko rendah. Akan tetapi jujurnya teknik ini perlukan skill dan pemahaman tinggi dari penggunanya. Untuk dapatkan kemahiran itu latihan yang intensif diperlukan serta usaha yang konsisten barulah ada hasil yang konsisten juga.
Teknik ini menggabungkan pemahaman candlestick pattern, snr, fibonacci dan trendline. Selebihnya adalah pendekatan penggunaan macro money management di mana ia merujuk kepada kaedah trade menggunakan lot besar untuk pulangan besar namun mengawal risiko dengan cara stoploss yang minima seminima mungkin agar jika kerugian maka kerugian tersebut adalah minima dan anda masih mempunyai baki modal untuk plan berikutnya.
Artikel ini telah mendapat 66% undi dari follower admin di telegram. Terima kasih kerana mengundi!


BASIC TEKNIK
Berikut apa yang anda perlu tahu dahulu.
1). Mengenal-pasti trend di TF Daily
2). Mahir serta faham SNR
3). Tahu pattern-pattern Candlestick
4). Tahu trendline breakout
5). Mahir sambung fibonacci
eh, dah macam iklan jawatan kosong pulak kan?.. Ok, seterusnya untuk bab money management pula;
1). Berani tekan lot besar
2). Entry hanya pada setup yang mempunyai SL kecil
3). Bukan kaki layer, tapi satu entry lot besar dan mempunyai TP yang besar
4). Bila profit, buat BE
Last sekali part disiplin;
1). Bukan spesis gatal tangan
2). Bukan jenis yang tak sabar dan kaki judi, rajin nak entry walaupun bukan masanya
3). Bukan jenis emosi dan pendendam
4). Konsisten usaha dan bukan jenis tukar-tukar teknik bila MC/Loss memanjang
5). Bukan FOMO, sikit-sikit takut terlepas peluang
Baik sekarang kita pergi kepada teknik.
TEKNIK FULL MARGIN DIDEDAHKAN!
Akaun tu mestilah leverage 1:500 hinggalah 1:1000. Untuk modal, terpulang. boleh start $10, $25 ataupun $50. Tak perlu modal besar-besar. Boleh juga guna modal percuma dari XM. Claim sini.
TP atau target profit mestilah semaksima mungkin menggunakan fibo extension. Di sini tiada scalping 10 pips entry layer 10x atau 20x layer. Fokus entry hanyalah 1 atau 2 entry sahaja untuk satu-satu setup.
Adalah kelebihan bagi trader yang berdagang di broker spread kecil seperti acc XM Ultra Low, atau jika akaun ECN, caj komisyen yang paling rendah.
Entry full margin bermaksud:
- Sekali buka 1 lot, saiz lot itu besar, bukan entry banyak-banyak pada satu kawasan. Contoh modal $50, anda buka lot 1pips = 1 dollar terus. Berdasarkan broker anda, ia mungkin 0.10 lot atau 10.00 untuk acc micro XM.
Setup yang anda cari mestilah 10-15 pips sahaja per-entry. Ini akan saya jelaskan nanti.
- Tujuan SL kecil ini adalah jika hit SL, akaun anda masih ada baki dan dalam masa yang sama lot anda pula besar. Jika modal $50, kemudian SL 10 pips dan trade lot $1 per pips, bermaksud anda akan loss -$15. Maka baki akaun anda masih ada $35 lagi.
- Abaikan setup yang mempunyai SL melebihi 50 pips sebab jika SL besar akaun akan cepat margin call, bahkan untuk minimakan risk anda terpaksa trade lot kecil untuk sesuaikan risk.
TP mestilah besar agar sekali TP, akaun anda terus berganda. Contoh;
- Jika anda trade dengan TP 100 pips dan trade mini lot 0.10(1 dollar = 1 pips), maka akaun anda akan naik +$100 profit.
- TP mestilah besar agar beberapa kali loss, ia akan dicover dengan sekali atau dua kali TP. Melalui cara ini akaun anda cepat grow dalam seminggu walaupun cuma masuk sehari dua sahaja. Tak perlu masuk hari-hari pun.
note:
MICRO LOT = 0.10 = 1 cent
MINI LOT = 0.10 = 1 dollar/pips
STANDARD LOT = 1.00 = 10 dollar/pips
Tanpa buang masa, kita start kepada step by step teknik.
STEP #1 – Buka D1 chart. Di chart D1 ni kita akan lihat SNR major dan candlestick pattern. Fokus kita adalah candle rejection tepat di atas support untuk buy atau di bawah resistance untuk sell. Dapat mengenalpasti setup ini bermakna anda tahu bias pada waktu itu dan anda akan trade mengikut bias itu. Jika signal candle hammer di atas support D1, maka fokus sehari itu hanyalah buy sahaja. Jika shooting star di bawah resistance, maka fokus seharian itu hanyalah sell sahaja.
Note: setup ikut daily ini tidak berlaku setiap hari tapi dalam seminggu pasti atleast ada satu setup untuk sesuatu pair. Dalam sebulan adalah guarantee pasti ada setup. So kalau terlepas minggu ini atau minggu ini tiada setup, ia PASTI akan ada pada minggu hadapan atau minggu berikutnya dalam bulan tersebut. Ini sebabnya ia bukan yang kaki entry setiap hari.
STEP #2 – Tarik fibo retracement ikut fakta SNR, jika candle uptrend, dari support ke resistance dan dari resistance ke support untuk downtrend. Cara mudah, boleh tarik ikut CS itu sahaja, dari shadow hi ke lo atau lo ke hi sesuatu candle itu. Candle bullish, dari shadow lo ke shadow hi.
STEP #3 – Entry pada TF M15. Cara entry ini memerlukan anda faham candle rejection signal seperti pin bar, hammer, shooting star, engulfing… Entry juga boleh dibuat jika adanya trendline breakout. Reentry juga boleh dibuat berdasarkan fakta SNR iaitu apabila SBR atau RBS berlaku dalam sesuatu trending.
Ciri-ciri entry:
- Candlestick rejection
- Bouncing candlestick
Entry pada TF M15 juga membolehkan anda mendapat setup dengan SL seminima mungkin. SL akan diletakkan pada 100.0 atau antara 78.6 dengan 100.0 fibo retracement.
STEP #4 – Exit strategy – Boleh exit di fibo TP extension. Boleh exit juga ikut trendline breakout.
STEP #5 – Stop trade jika sukses dan buat Withdraw. Repeat proses pada minggu hadapan.
CONTOH SETUP
Di bawah saya berikan contoh setup. Nanti boleh rujuk untuk buat backtest sendiri dan fahamkan bagaimana ia berfungsi.

Berdasarkan TF D1, candle pinbar terbentuk di atas support. Ini menandakan trend bakal naik. Oleh itu bias adalah buy. Jadi, fokus anda buy sahaja. Plan ini dikira gagal jika candle break shadow low pinbar dan terus jatuh. Tanpa ada rasa dendam, abaikan sahaja jika itu berlaku.
Sekarang buka M15 dan buat sambungan fibonacci retracement.

Biarkan price pergi ke fibo retracement level, dan entry apabila ia membentuk cs rejection ataupun bounce candle.
SL akan diletakkan pada swing low terdekat iaitu di bawah fibo 50.0 berdasarkan gambar di atas. Jika anda mengikuti kedudukan SL itu, maka SL anda tidak mungkin akan melebihi 20 pips dari entry. Semakin kecil SL adalah lebih baik.
Last sekali setkan fibo TP dan pastikan trade anda exit pada 161.8 ataupun 261.8.

Jika price bergerak jauh dari entry sebanyak 30 pips atau 20 pips, ubah SL ke entry untuk breakeven(BE) untuk hapuskan risiko. Risiko tetap wujud selagi entry tak BE.
SL anda kecil dan TP anda besar. Itulah strategi full margin ini. Full margin bukanlah bermaksud anda membuat layer tapi sebaliknya satu entry lot besar terus di satu kawasan, kemudian protect entry itu melalui BE.
Berikut adalah contoh entry dan exit menggunakan trendline.
Seperti biasa, buka D1 marking SNR dan kenalpasti candle semasa.

Berdasarkan candle, trend adalah bullish dan entry adalah buy sahaja.
Sekarang buka M15 untuk fibo retracement dan entry.

Untuk entry, lukis trendline sesuai retracement, untuk buy pastikan ada penurunan dan lukis trendline pada penurunan tersebut.
Selepas candle break trendline, entry dan SL boleh ditetapkan.

Dalam sesuatu trend, trendline akan dilukis lebih dari satu dan ia seakan mengembang dan bertambah. Apabila ia sudah memotong trendline, maka entry akan ditutup(exit).
Entry cara TL ini mudah iaitu break untuk entry dan break untuk exit.
Jika hit SL anda, pastikan anda mencuba reentry lagi jika syarat entry dipenuhi. Trade invalid jika candle di Daily break candle signal dan nampak perubahan arahnya. Ia mungkin berlaku dalam hari yang sama atau ia akan berlaku pada esoknya atau hari berikutnya.
Sentiasa lihat ke hadapan
Jika plan itu gagal, ingat, ia cuma untuk minggu itu. Fokus anda adalah untuk sebulan dan bulan-bulan akan datang. Gagal bulan ini sekalipun, anda ada lagi berberapa bulan akan datang kerana dalam setahun ada 12 bulan, jika gagal dua bulan sekalipun masih ada 10 bulan lagi. Anda perlu latih mental anda untuk melihat jauh ke hadapan kerana seperti anda yang mahu menjadi trader, tak mungkin hanya untuk bulan ini atau tahun ini. Ada yang sudah lebih 10 tahun menjadi trader bahkan lebih. Jika anda merancang untuk jadi trader setahun sekalipun, mustahil loss sebulan dua itu sudah menggugat anda, betul tak?
MACRO MONEY MANAGEMENT
Kaedah MM ini lebih kepada risk taking tapi berpada-pada. Maksudnya, entry lot besar tapi syaratnya mestilah stoploss kecil. TP pula mestilah besar agar memberikan pulangan tinggi dan mempastikan loss akan dicover pada trade berikutnya.
Entry akan sentiasa berganda setiap kali modal juga berganda. contohnya akaun 50$ minimum lot 0.10(1 dollar/1pips) dan apabila akaun sudah naik ke $200 atau $300 maka lot seterusnya 0.20 lot atau 0.30 lot. Dalam satu-satu masa, anda mungkin akan trade lot lebih besar seperti 1.00 lot(10$/1pips). Anda akan trade lot seperti ini apabila modal anda sudah naik ke $500 dan $1K.
Jika anda mahir menggunakan kaedah ini, modal 1.00 dollar sekali pun anda boleh gandakan kepada ribuan dollar dalam sebulan!
Semakin modal bertambah pula, semakin bertambah juga lot size yang digunakan. Untuk jadual MM bolehlah download di halaman ini.
BUAT BACKTEST
Sekarang anda sudah tahu kaedah ini, selanjutnya buatlah backtest dan buat latihan anda. Jangan lupa buat jurnaling agar dapat mengesan apa kekurangan, kelebihan dan sebab sebab serta akibat untuk setiap tindakan anda.
Sekian dahulu buat masa ini,
Jumpa lagi pada artikel akan datang!
ADMIN
04/06/25