TEKNIK TERMUDAH FIBONACCI | FIBO MUDAH
Topik fibonacci ini adalah topik popular di kalangan trader yang suka membuat forecast atau ramalan hadapan sesuatu trend.
Selain itu juga ia digunakan untuk mengetahui entry dan exit sesuatu trade setup.
Kali ini saya akan kongsikan bagaimana cara termudah menggunakan fibonacci ini.
1st sekali adalah kuasai dahulu asas pembentukan candlestick, iaitu candle bullish dan bearish.
Seterusnya nanti anda akan pelajari bagaimana mengaitkannya dengan fibonacci.
CANDLESTICK
Pembentukan candlestick
Melalui bentuk candle ini anda boleh tafsirkan trend semasa pasaran iaitu naik ataupun turun. Ia akan berkaitan terus dengan strategi fibo yang akan dikongsikan nanti.
Timeframe
Di sebabkan ada banyak timeframe oleh itu pasti timbul persoalan timeframe apakah yang sesuai dan bolehkah gunakan di timeframe M1 ataupun M5.
Jawapan saya adalah teknik ini hanya sesuai digunakan pada timeframe besar seperti Monthly, Weekly dan Daily. Trader masih boleh gunakan di timeframe rendah tapi risiko loss juga sangatlah banyak memandangkan terlalu ‘noisy’ dan banyaknya false signal.
Oleh itu jika anda trader yang mahukan high winning rate system dan mahukan trading santai kurang stress, maka anda mesti trade di timeframe yang besar.
Candle bullish
Candle bullish adalah candle yang terbentuk dari pergerakan uptrend.
Untuk lebih memudahkan pemahaman(bagi anda yang baru menceburi bisnes ini), uptrend adalah pergerakan dari point A ke point B di mana ia bermula dari bawah ke atas umpama orang menaiki tangga.
Candle bearish
Candle bearish adalah candle yang terbentuk dari pergerakan downtrend.
Pergerakan downtrend adalah umpama orang yang menuruni tangga dari point A kepada point B di mana A adalah di atas dan B di bawah.
Candlestick dan Support Resistance
Setiap candlestick akan mempunyai shadow. Shadow ini terletak di high dan low candle. Ia akan berfungsi sebagai Support dan Resistance atau SNR.
CARA GUNA FIBONACCI RETRACEMENT
Kaitan Candlestick dengan fibonacci mudah(FiboMudah)
Cara sambungan fibo retracement ini adalah berdasarkan custom setting yang telah saya kongsikan dahulu di sini.
- Jika candle bullish(uptrend), maka sambungan mestilah dari bawah ke atas.
- Jika candle bearish(downtrend), maka sambungan mestilah dari atas ke bawah.
Note: Untuk tujuan ini anda mestilah faham shadow candlestick sebagai SNR.
Perhatikan gambar di bawah;
Jika candle bullish maka sambungan dari bawah ke atas.
Jika candle bearish maka sambungan mestilah dari atas ke bawah.
Mudah kan teknik fibo ini? Ok mari kita lanjutkan mengenai contoh setup;
Lihat lagi contoh berikut;
Lihat contoh sell pula.
Potensi dan reward profit
Trade dengan cara ini sangatlah ringkas dan mudah difahami. Pasti pembaca sekalian berminat untuk mengetahui potensi yang dihasilkan melalui trade setup teknik ini.
Berikut saya senaraikan serba-sedikit, selebihnya anda disarankan buat backtest dan live trading untuk menguji keberkesanannya.
Setup fibo di atas adalah berdasarkan candle Monthly pair EURUSD.
Di atas ini adalah contoh buy setup berdasarkan candle Weekly.
Stoploss
Berdasarkan dua gambar di atas, SL adalah minima dengan reward yang maksima. Stoploss boleh ditentukan berdasarkan last swing low untuk buy dan last swing high untuk sell. Cari level retracement terdekat untuk mendapatkan price stoploss entry anda.
Contoh :
Jika entry buy anda di 38.2 maka last swing high adalah di 50.0
Jika entry sell anda di 23.6, maka last swing high adalah di 38.2
Akhir kata
Sila muat-turun ebook yang telah saya siapkan. Dalam ebook telah diterangkan lebih lanjut mengenai trade setup dan contoh-contoh setup yang berjaya untuk membantu memudahkan pemahaman anda.
DOWNLOAD EBOOK – KLIK SINI
JOIN ADVANCED FIBOMUDAH MEMBERSHIP(CSPRO) – KLIK SINI
Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda agar ilmu ini berkembang dan menjadi lebih baik dari masa ke semasa.
ADMIN
18/02/20