TINGKATKAN KETEPATAN ENTRY ANDA: TIPS DAN TRIK INDIKATOR EMA21
Exponential Moving Average (EMA) dengan tempoh 21 adalah penunjuk teknikal yang biasa digunakan dalam dagangan forex. Ia adalah purata bergerak yang memberikan lebih berat kepada harga terkini, menjadikannya lebih responsif kepada pergerakan harga jangka pendek berbanding Simple Moving Average (SMA).
Berikut ialah beberapa perkongsian tentang penggunaan EMA21, lengkap bersama tips dan trik, pengurusan risiko dan juga hedging.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
EMA21 dalam Forex Trading
- Pengenalan: EMA21 membantu mengenal pasti arah trend dengan mempuratakan data harga. Apabila harga secara konsisten di atas EMA21, ia mencadangkan trend menaik; apabila di bawah pula, ia mencadangkan trend menurun.
- Sokongan dan Rintangan: EMA21 boleh bertindak sebagai sokongan dinamik dalam aliran menaik dan rintangan dinamik dalam aliran menurun. Harga sering melantun dari garisan EMA21 semasa pullback.
- Crossovers: Apabila EMA jangka pendek (contoh; EMA8) melintasi di atas EMA21, ia boleh menandakan potensi pergerakan kenaikkan. Sebaliknya, apabila ia melintasi bawah, ia mungkin menunjukkan pergerakan menurun.
- Pengesahan/confirmation: Gunakan EMA21 bersama-sama dengan penunjuk atau chart pattern lain untuk mengesahkan persediaan perdagangan yang berpotensi.
- Volatility Assessment: Perubahan pantas dalam harga boleh menyebabkan EMA21 bertindak sebagai tahap sokongan atau rintangan.
Tips and Tricks:
- Multiple Timeframes: Semak EMA21 pada berbilang jangka masa untuk mengesahkan arah aliran dan mencari titik pertemuan.
- Gabungan dengan Indikator Lain: Gabungkan EMA21 dengan penunjuk lain (RSI, MACD, dll.) untuk isyarat yang lebih kuat.
- Adjust Period MA ikut kesesuaian: EMA21 mungkin tidak sesuai dengan semua rangka masa atau gaya dagangan. Eksperimen dengan tempoh yang berbeza (cth., EMA13 atau EMA34) berdasarkan pilihan anda.
- Backtesting: Strategi backtest yang melibatkan EMA21 pada data sejarah lepas untuk mengukur keberkesanan sebelum menggunakannya dalam dagangan masa nyata(real-time).
Hedging Menggunakan EMA21
Lindung nilai atau Hedging adalah strategi pengurusan risiko yang digunakan untuk mengimbangi potensi kerugian dengan membuka entry bertentangan arah dalam pasaran. Walaupun EMA21 itu sendiri biasanya tidak digunakan secara langsung untuk lindung nilai, ia masih boleh memainkan peranan untuk membantu anda mencari entry hedging anda.
Berikut ialah cara anda boleh menggabungkan EMA21 ke dalam strategi lindung nilai:
- Kenal-pasti trend dahulu: Jika candle di atas EMA21 = Uptrend, di bawah EMA21 = Downtrend.
- Pilih Matawang anda: Untuk kaedah hedging ini, sila pilih dua matawang yang mempunyai colleration positif atau biasanya searah. Untuk contoh, kita pilih EURUSD dan GBPUSD.
- Buka posisi hedging anda: Katakan EURUSD dalam uptrend kerana di atas EMA21 lalu anda membuat buy, kemudian GBPUSD bertukar arah kepada downtrend kerana di bawah EMA21. Apabila kedua-dua pair ini bergerak searah iaitu turun, maka salah-satu entry anda akan profit dan salah-satunya akan offset kerugian tersebut. EURUSD loss dan GBPUSD profit.
- Monitoring dan buat Adjustments: Perhatikan jika berlakunya perubahan arah bagi trade yang profit. Sila tutup entry profit di GBPUSD jika berlaku reversal. Untuk entry loss pula, sila tutup sell EURUSD apabila kerugiannya semakin berkurang(..berbanding entry profit GBPUSD tadi) akibat perubahan trend.
- Risk Management: Pastikan anda menggunakan lot atau size trade yang anda sanggup kerugian sahaja.
- Kos lain yang terlibat: Kos lain yang terlibat seperti Swap atau caj komisyen akaun ECN perlu diambil kira agar kerugian ada minima jika trade gagal.
- Peraturan broker atau polisi broker: Pastikan anda menggunakan broker yang boleh hedging kerana broker yang dikawal-selia oleh NFA atau CFTC adalah tidak dibenarkan hedging.
- Diversification: Anda boleh gunakan pada pair lain namun hadkan kepada dua pair sahaja untuk memudahkan perdagangan anda.
- Tips overall profit: Pada entry hedging anda, sila gunakan lot berganda agar apabila ia sukses, keuntungan anda akan berganda. Apabila sudah overall profit, sila tutup semua trade.
- Tips berdagang: Jangan membuka hedging selagi trade permulaan profit.
Lindung nilai atau hedging boleh menjadi rumit dan mungkin tidak sesuai untuk semua pedagang, terutamanya pemula. Adalah penting untuk memahami secara menyeluruh cara lindung nilai ini berfungsi, berlatih pada akaun demo dan mungkin mendapatkan bimbingan daripada pedagang berpengalaman atau penasihat kewangan sebelum melaksanakan strategi lindung nilai dalam perdagangan langsung.
Risk Management dengan EMA21
Position Sizing: Tentukan seberapa besar untuk risiko pada setiap perdagangan berdasarkan toleransi risiko anda. Ini membantu mengehadkan potensi kerugian.
Stop Loss Orders: Sentiasa gunakan stoploss untuk menentukan kerugian maksimum yang anda sanggup tanggung pada perdagangan.
Diversification: Elakkan menumpukan modal anda pada satu jenis perdagangan. Pelbagaikan portfolio anda untuk mengurangkan kesan kerugian tunggal.
Risk-Reward Ratio: Matlamatkan untuk nisbah risiko-ganjaran yang sebaiknya 1:2 ratio (contoh, meletakkan risiko $50 untuk memperolehi $100) untuk memastikan potensi keuntungan anda melebihi potensi kerugian. Jika anda hegding pula sila gandakan lot hedging apabila anda membuka hedging pada arah berlawanan.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Rumusan
EMA21 dalam Perdagangan:
Exponential Moving Average 21 (EMA21) ialah penunjuk teknikal serba boleh yang digunakan secara meluas dalam perdagangan. Ia melicinkan data harga sambil memberikan berat yang lebih besar kepada harga terkini, menjadikannya responsif kepada arah aliran jangka pendek. Pedagang menggunakan EMA21 untuk mengenal pasti arah aliran, mencari tahap sokongan dan rintangan serta mengukur potensi titik masuk dan keluar.
Ia berfungsi sebagai penunjuk dinamik untuk mengesahkan arah aliran dan memberikan gambaran visual pergerakan harga. EMA21 amat berharga apabila digabungkan dengan penunjuk lain, menawarkan pandangan tentang sentimen pasaran dan membantu dalam keputusan perdagangan termaklum.
EMA21 untuk Lindung-nilai atau Hedging:
Walaupun EMA21 bukan panduan langsung untuk melakukan lindung nilai atau hedging, namun ia memainkan peranan tersendiri dalam konteks untuk strategi lindung nilai. Lindung nilai melibatkan mengimbangi risiko kerugian melalui entry yang bertentangan. Anda boleh aplikasikan kaedah ini kepada dua matawang yang mempunyai colleration positif dan akan membuka hedging apabila salah-satunya berubah arah. Kaedah ini boleh membantu anda melindungi akaun anda dari kerugian besar termasuklah menjana keuntungan.
Walau bagaimanapun, lindung nilai yang berjaya memerlukan pemahaman, kemahiran dan juga broker yang sesuai. EMA21 membantu anda membuat keputusan entry hedging dengan berkesan, dalam strategi pengurusan risiko yang komprehensif.
ADMIN
28/08/23