UPDATE XAUUSD SETAKAT INI
Fake breakout berlaku di Weekly low dan price kemudiannya berpatah-balik ke dalam weekly hi-lo minggu lepas.
Pada waktu ini fibo adjustment dibuat ke new low.
Dalam masa yang sama DTL juga telah break. Mungkinkah ini petanda correction uptrend sudah bermula? Berikut point penting yang anda perlu bagi perhatian.
Post sebelum ini >> https://pullbackforextrading.com/gold-jatuh-seperti-dijangka-profit-usd-390-plan-seterusnya/
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Key levels
Area SBR 1955.24 yang mulanya menjadi area selling minggu ini kini sudah menjadi RBS pula. Dalam masa yang sama DTL break. Ini menjadi clue penting perubahan arah trend. Nmaun setakat ini masih di bawah resistance lagi iaitu di bawah 1971.72 area.
Trendline dan SBR yang kini menjadi RBS iaitu tepatnya di 1955.24 dan fibo 38.2 kini menjadi key support untuk lihat perubahan arah di mana wajib berlaku rejection di atas area ini dan seterusnya trend berubah(reversal) dari downtrend kepada uptrend di atas area ini.
Timeframe terbaik untuk lihat potensi entry buy adalah di H4 dengan syarat candle rejection terbentuk di situ.
Target profit adalah di 1971.72 ataupun fibo 78.6.
Reversal
Ia berpotensi untuk berlaku memandangkan hari ini adalah hari terakhir bulan Mei ini sebelum bermula bulan baru. Candle monthly akan sempurna dan candle baharu akan mula buka esok.
Closing atau reversal ini berlaku bagi melengkapkan shadow dan body candle monthly.
Jika anda mahu play safe, disarankan tunggu sehingga hari esok atau fokus sell sahaja di mana-mana resistance yang price uji minggu ini. Tapi, jika break low lagi untuk new low seterusnya, carilah sell di mana-mana SBR yang ada. Ingat, jika fokus sell sahaja, maka mana-mana price yang menjadi resistance adalah ‘key resistance’ penting untuk entry selling anda.
Ringkasan keseluruhan plan
Masih dalam plan sell namun tidak menolak dalam waktu terdekat ia akan naik dahulu sebelum ia turun semula. Target ke 78.6 fibo, namun area ini boleh jadi sebagai area selling high semula selepas kenaikan.
Namun jika price terus drop semula di bawah 1955.24, cari sell sahaja di bawah area ini dengan cara, tunggu ia naik dahulu kemudian barulah sell.
Perhatian dan Offer
Kesemua anaisis yang diberikan dalam post ini(dan post terdahulu) adalah sebahagian pembelajaran teknik yang digunakan oleh admin yang juga diberikan percuma dalam member area. Bagi yang berminat untuk pelajari kaedah ini bolehlah ke sini untuk daftar. Jangan risau percuma je. 🙂
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
31/05/23
Photo: google images, tradingview
Kdg tak yakin analisis sendiri tapi sebnrnya analisis sendiri tu lebih baik dari folo setup . So sad bila kita dah entry point yg betul tapi terganggu dengan signal dari so called sifu yang sememang nya dah kaya dan tak kisah pun loss beribu usd and sesuka hati tukar trend. Kejap up kejap down.
Dari profit sendiri boleh cecah 100usd.. habis mcm tu je dengan terganggu anaisis. Pengajaran utk diri sendiri, lepas ni kena cuba yakin dengan stup sendiri. Huhu
Hi..
Terima kasih memberikan pendapat. Dalam proses pembelajaran, adalah penting untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dari teori ke dalam live market supaya nampak bagaimana teknik berfungsi.
Jika seseorang itu sudah tahu selok-belok analisis, disarankan jauhi berkongsi atau melihat analisis/signal orang lain. Keburukannya, bila apa yang orang lain buat betul dan kita salah, di situ rasa tergugat keyakinan terhadap analisis sendiri. Tapi kena ingat, orang lain juga boleh buat silap dan kita pula boleh jadi betul. Market ni adakalanya bergerak ikut teknik yang kita gunakan tapi akan ada masanya ia tak menjadi. Tiada istilah trader yang 100% tepat apatah lagi trading system yang 99% tepat juga ada 1% yang salah. Tapi macamna kita survive dalam pasaran ni sebenarnya banyak bergantung bagaimana kita memastikan untung lbh banyak berbanding rugi.
Kesimpulannya, semua tu banyak berkaitan mcmna kita urus risiko kita, bukan bergantung berapa banyak profit kita berbanding org lain. Dari situ datangnya keyakinan dan tak takut salah. Bila dah ada keyakinan, dah tak perlu untuk bandingkan dengan orang lain dan insyaAllah kejayaan akan datang lebih banyak kemudian.
-admin-
Tq admin sangat membantu dari jawapan tersebut. Betul sangat dan ianya jadi pengajaran yang berharga buat diri sendiri yang masih dalam proses pembelajaran. Banyak sy belajar dari blog ini, syukur. Semoga hari esok lebih baik dari apa yang terjadi tadi.
Sama-sama tuan.. semoga tuan akan lebih berjaya tahun ini. amin.