
USDJPY DAN EURJPY PAIR TRENDING TERBAIK MINGGU LEPAS | WEEKLY RECAP | $2,285.71
Pair EURJPY meneruskan pergerakan cemerlangnya pada minggu lepas dan juga minggu-minggu sebelumnya. Membolehkan untuk profiting pair ini lebih mudah berbanding pair-pair lain. Pair lain adalah USDJPY – Pair ini juga lebih mudah ditrade berbanding pair lain.
Dua pair ini sangat menepati syarat-syarat entry dan setup teknik. Bagi pembaca blog ini yang sudah menjadi ahli berbayar, boleh login, baca nota dan kembali semula ke artikel ini untuk buat kajian dan ulangkaji anda. Login di sini >> login member
Bermula dari weekly hinggalah entry di H4, ia sangat predictable dan mudah untuk entry dibuat. Plan ini seperti yang dikongsikan dalam telegram private pullback. Sila login ke member area untuk join group telegram.
EURJPY
Di timeframe Weekly, majority candle adalah hijau dan bullish, ini menunjukan trend yang sihat dan baik untuk ditrade. Ia juga menunjukkan trending dengan baik tanpa banyak false signal dan false structure.

Dari sini plan mudah dirancang iaitu hanya fokus buy sahaja. Di H4, fibonacci dilukis dan entry akan ditunggu apabila ia ckup syaratnya.

Entry pertama tidak berakhir dengan baik kerana triggered SL. Namun walaupun macam tu, kita masih stick to the plan iaitu buy sahaja. Price drop dan hit SL area di bawah 50.0 namun selepas itu reentry dibuat apabila price naik ke 23.6.
Reentry dibuat di sini. Trade akhirnya naik ke TP area di 0.00 fibo. Akan tetapi sebelum penutupan sesi minggu lepas, exit manual dibuat untuk elakkan risk gap isnin namun trade masih profitable walaupun sedikit.
USDJPY
USDJPY ranging di atas major support memberikan hint perubahan trend seakan bakal berlaku. Oleh itu plan minggu lepas adalah buy.
Ranging ini sudah berlaku lebih 3 bulan iaitu sejak april lagi.

Berdasarkan fakta SNR, di atas support bermakna buy. Oleh itu fokus utama adalah buy sahaja. Di H4, fibonacci dilukis untuk manfaatkan potensi ini.

Price membuat new high dan retracement. Rejection berlaku di 38.2 fibo berdasarkan candle engulfing. SL adalah di bawah 50.0. Trade ini ditutup di paras 0.0 fibo.
Simple, efektif dan paling penting profitable.
Adakah anda nak hasil seperti ini? Jom masuk membership dan ubah teknik anda!
ADMIN
12/07/25