WANG MENGGANDAKAN WANG VS WANG MENJANA WANG
Sama tapi sebenarnya berbeza. Jangan terkeliru dengan dua kenyataan ini kerana apabila anda menetapkan mindset yang salah, anda akan berdepan dengan hasil yang salah dan seterusnya kerugian. Dalam artikel ini saya akan kupaskan dua pernyataan ini dan bagaimana ia boleh menguntungkan dan merugikan anda.
Note: Penulisan ini adalah dari kaca-mata seorang trader retail dan pengalaman dengan kebanyakan trader-trader tempatan(Malaysia) serta negara jiran seperti Brunei dan Indonesia. Segala yang dipaparkan adalah pendapat peribadi dan mungkin anda bersetuju dan juga mungkin tidak bersetuju.
Jom langgan channel kami untuk update terus ke smartphone anda!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Wang untuk gandakan wang dan kenapa ia berbeza dengan wang menjana wang?
Mempunyai mindset yang betul adalah penting kerana ia akan menentukan tindak-tanduk anda untuk mencapai matlamat anda.
Wang untuk menjana wang bermaksud anda menggunakan wang anda sebagai modal perniagaan untuk menjana wang(profit) bagi anda. Apabila anda menghasilkan profit, anda sebenarnya menjana wang melalui wang anda.
Wang untuk gandakan wang -bermaksud anda cuba menggandakan wang anda menggunakan modal anda. Menggunakan wang untuk menggandakan wang melibatkan proses dan jangka masa tertentu. Istilah lainnya adalah ‘compounding’ profit yang ada untuk menggandakan wang dalam akaun anda.
Masalah berkaitan menggandakan wang ini biasanya adalah;
- Mahu mencapai matlamat akaun berganda dalam masa singkat.
- Mengambil risiko keterlaluan.
Hal ini sedikit berbeza bagi mereka yang mempunyai tahap disiplin tinggi di mana mereka tidak menetapkan tempoh masa singkat serta sasaran yang tak masuk akal seperti akaun $10 kepada $1000 dalam masa 24jam.
Di sinilah yang saya maksudkan jika anda tersalah mindset, anda akan gagal. Trading forex ini sangat berisiko tinggi, jika kita mahukan hasil cepat serta pantas, maka secepat ia datang(profit) maka secepat itu juga ia akan hilang semula.
Wang untuk gandakan wang
Menggandakan wang adalah sesuatu yang baik sehinggalah anda menjadi ketagih untuk menggandakan wang anda, anda akan mula overtrade serta mengambil risk keterlaluan.
Berjaya menggandakan akaun kecil kepada besar dalam masa singkat adalah sesuatu yang dibanggakan oleh kebanyakan kita. Ia pada saya lebih cenderung kepada bahaya pasaran itu sendiri dan hasil dari pengalaman saya sendiri, saya tak galakkan anda menggunakan kaedah ini untuk matlamat jangka panjang. Ia hanya berkesan untuk jangka masa pendek sahaja, oleh itu jika matlamat sudah tercapai, bolehlah withdraw modal dan profit, tinggalkan sedikit modal untuk round berikutnya.
Kenapa ia tak sesuai untuk anda?
Tak semua orang mempunyai skill trading yang baik untuk tujuan ini. Selain itu masih ramai yang bergelut dengan masalah emosi sendiri terutama apabila dalam losing streak yang memanjang.
Sebaiknya elakkan sahajalah kecuali memang ia sesuai dan padan dengan personaliti anda.
Siapakah yang sesuai untuk kaedah ini?
- Highly skill scalper trader
- Mempunyai modal besar
- Tiada emosi jika kerugian
Anda mempunyai ciri di atas? Jika ada, kaedah ini adalah untuk anda.
Wang untuk hasilkan wang
Anda menggunakan wang untuk menjana wang bermaksud anda menggunakan modal anda untuk hasilkan profit tetapi bukan bersasarkan menggandakan akaun anda.
Oleh itu anda akan menggunakan saiz modal tertentu untuk tujuan tersebut.
Untuk wang menghasilkan wang, anda perlukan saiz modal yang besar untuk hasilkan profit kecil seperti 5-10% sahaja untuk suatu tempoh tertentu. Anda akan tetapkan matlamat realistik untuk mencapai matlamat ini. Ia lebih logik dicapai berbanding anda mahu menggandakan akaun sebesar mungkin dalam masa singkat. Ini lebih bahaya dan cenderung kepada berjudi.
Untuk pastikan 5-10% ini berbaloi, anda akan gunakan modal yang realistik untuk pastikan ia berbaloi. Bayangkan jika modal anda cuma 10-50$ sahaja, 10% itu hanya sekitar $1 hingga $5 sahaja.
Tapi jika anda gunakan modal $1K hingga $10K, maka 5% itu sahaja sudah senilai $50 ataupun $500. Jika ditukarkan dalam ringgit sudah pasti nilainya lebih besar lagi. Oleh itu menggunakan kaedah wang untuk hasilkan wang adalah lebih baik.
Siapa yang tidak sesuai dengan kaedah ini?
- Tidak mempunyai modal besar
- Tidak mempunyai disiplin
- Selalu nak masuk market
- Nak profit hari-hari
Siapa yang sesuai untuk kaedah ini?
- Mempunyai tahap disiplin tinggi
- Modal yang realistik
- Mempunyai target jangka panjang
- Part time trader
Kaedah ini atau trade cara ini adalah hampir sama dengan fund manager. Mereka ini sangat terperinci dalam pengurusan risiko dan menetapkan matlamat jangka panjang serta pulangan yang logik. Mungkin anda perlu berjinak-jinak dengan trading cara seperti ini di mana anda tetapkan matlamat jangka panjang dengan target profit di bawah 10% sebulan atau 6 bulan. Ia masih agak besar jika dibandingkan pulangan simpanan ASB anda.
Kesimpulan
Kesimpulan dari keseluruhan artikel kali ini adalah;
- Trader menggunakan wang modal untuk dua tujuan iaitu gandakan wang dan juga hasilkan wang
- Ia sama tapi berbeza iaitu menggandakan wang sering dikaitkan mengambil risiko keterlaluan sedangkan untuk menghasilkan wang biasanya hanya menetapkan sasaran percentage kecil untuk jangka panjang
- Mengandakan modal biasanya menyebabkan trader itu ketagih untuk trade dan overtrade kerana keseronokkan menggadakan wang dalam masa singkat
- Menggunakan wang untuk jana wang agak kurang popular kerana pulangan jangka panjang yang mungkin tak sebanyak trader yang menggandakan wang dalam masa singkat
Menggunakan wang untuk menjana wang sudah tentu akan menggandakan wang namun apabila anda mahu menggandakan wang dalam masa singkat belum tentu membolehkan anda menjana wang.
Renung-renungkan.
ADMIN
13/04/23
One Reply to “WANG MENGGANDAKAN WANG VS WANG MENJANA WANG”
Comments are closed.