XAUUSD BREAK 1700 – NEXT WEEK SELLING LAGI
GOLD break 1700.00 memberi petanda ia akan terus downtrend lagi. 1700.00 kini menjadi resistance untuk mencari peluang selling jika retest reject berlaku di bawahnya.
Minggu lepas sempat membuat sell apabila plan buy gagal kerana tak cukup syarat. Price break bawah 1700.00 petanda kuat selling adalah dominen dan berjaya seperti yang saya tulis di sini >> https://pullbackforextrading.com/gold-retest-lagi-1700-00-apa-seterusnya/
Tahniah yang mengambil risk selling gold minggu lepas. Reward akan ada terima jika anda mengambil risk, akan tetapi pastikan berpada-pada dan jangan keterlaluan kerana perkara di luar jangkaan akan sentiasa boleh berlaku dan akan menjadi hukuman berat bagi yang tak berhati-hati.
APA SETERUSNYA?
Untuk selanjutnya, kita lihat pada carta teknikal bermula di Weekly dahulu.
Untuk memudahkan analisa teknikal, kita lihat number psikologi sebagai panduan mencari arah dan target jangka panjang.
Plan untuk buy low telah gagal kerana price break 1700.00 yang telah hold uptrend selama setahun lebih. Next target, pastinya 1600.00.
Pada timeframe D1, cs jumaat lepas sudah closed sebagai bullish, ini boleh menjadi confirmation untuk correction menaik ke 1700.00 semula. Bagi hendak memudahkan trade, anda bolehlah tunggu D1 membentuk sell sahaja, ini kerana tak semestinya ia akan naik dan menyentuh 1700.00 untuk menjadi sell, adakalanya ia terus turun. Oleh itu memilih satu jenis entry pasti akan memudahkan. Pilihan tersebut adalah sell sahaja.
Di artikel ini saya sudah terangkan kelebihan(dan kekurangannya) jika memilih satu jenis entry sahaja untuk seminggu.
BAGAIMANA JIKA INVALID SELL?
Plan sell invalid andaikata price naik semula atas 1700.00, oleh janganlah overkonfiden untuk selling tetapi jika trend sudah berubah tapi masih degil untuk cutloss. Inilah punca kenapa ada trader yang menderita hold loss berbulan-bulan hanya kerana ego semata-mata.
Untuk update akan datang, langganlah channel kami untuk promosi broker dan update analisis harian kami. Klik sini untuk join!
ADMIN
17/09/22