XAUUSD GAGAL TEMBUSI SUPPORT, 1700.00 BAKAL DIUJI SEMULA?

Plan bulan ini adalah sell, namun apabila menjejak semula area bottom sebelum ini, nampaknya reversal berlaku. Seterusnya break pula trendline yang ‘hold’ downtrend sebelum ini. Triangle descending telah gagal dan nampaknya ada possibility 1700.00 bakal diuji semula.

Triple bottom jelas terbentuk di situ. Nampak tak?

Plan altenatif ini saya ada tuliskan dalam entry sebelum ini. Nampaknya ia sama dengan apa yang digambarkan. Boleh ke sini >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-bulan-ini/

DALAM ARTIKEL INI :

Apa seterusnya?

Waktu ini price di area SBR/RBS. Adalah penting untuk breakout dan pullback dahulu sebelum entry buy boleh dibuat. Target adalah round number 1700.00. Major trend masih downtrend oleh itu ia boleh jadi downtrend semula pada bila-bila masa sahaja.

Invalid buy jika price drop semula di bawah RBS/SBR 1660/1670 area. Tetapi disebabkan triple bottom adalah chart pattern valid untuk reversal trend, maka possibility untuk naik semula ke 1700.00 adalah tinggi. Area SBR/RBS ini adalah area penting key snr bounce dan breakout. Boleh menjadi panduan penting entry anda.

Apa-apa hal, yang penting sediakan stoploss sahaja untuk hadkan risk dan masuk semula jika trend sudah jelas.

Teknik bounce dan breakout boleh check di sini.

Altenatif

Trend kembali ke plan asal iaitu sell tetapi ia mestilah jatuh semula di bawah SBR/RBS. Boleh tak? Jawapannya boleh kerana market ini bukan semudah anda fikirkan. Loss itulah yang paling mudah. Nak konsisten untung hari-hari? Erm…

P.S: Jangan overconfident dalam trading, cutloss jika perlu, close profit jika trend sudah nampak nak berubah arah. Paling penting, jangan full margin tak tentu sebab. Sayangilah modal anda.

Baca >>  GOLD REJECTED ATAS 1700.00

ADMIN
04/11/22

Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com