XAUUSD MINGGU INI – BULLISH ATAU MASIH BEARISH?
Minggu lepas Gold mengalami kejatuhan mendadak hinggalah pada hari jumaat ia kembali naik dan gagal mencapai target 1900.00 yang ditetapkan. Kemanakah gold hendak pergi minggu ini?
Analisis awal sudah saya postkan di group telegram dan ramai yang sudah menikmati profit buying pada minggu ini. Bagi yang belum subscribe silakan klik button di bawah sekarang.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Untuk analisa minggu lepas bolehlah ke pautan ini >> https://pullbackforextrading.com/gold-kembali-bearish/
XAUUSD DAILY
Kita mulakan pada timeframe D1 terlebih dahulu.
Gold kini menyentuh DTL(hijau) buat masa ini. Di atasnya terdapat order block supply atau selling zone. Ini memungkinkan selling boleh berlaku jika harga gagal tembusi area ini.
Anda boleh ke pautan ini untuk baca mengenai order block >> https://pullbackforextrading.com/order-block-trading-strategy/
Zone order block saya tandakan dalam bentuk box biru. Area ini selain zon SND ia juga adalah zon resistance yang penting untuk selling. Jika anda menggunakan kaedah SND atau SNR, ia tetap merujuk perkara yang sama iaitu untuk menyokong downtrend berbanding uptrend.
CS D1 semalam ditutup bullish dan pullback kini sedang berlaku hari ini di atas Weekly high 1930.79. Anda boleh tunggu sell terbentuk di zon supply atau zon resistance. Jika menggunakan timeframe daily maka trade setup mungkin akan terbentuk dalam 2 atau 3 hari ini(dalam minggu ini).
Jika anda mahu mendapatkan setup lebih awal, anda boleh consider timeframe H4.
XAUUSD H4
Pada H4 saya lukis UTL merah. Price kini compresses di antara DTL hijau dan UTL merah. Breaking DTL hijau adalah confirmation sell awal di H4.
Break EMA21 pula adalah confirmation downtrending.
Di area 1900.00 saya lukiskan satu lagi trendline. Projection TL ini boleh jadi panduan TP atau exit anda jika anda membuat sell nanti. Key price 1900.00 ni sudah berberapa kali diuji namun gagal ditembusi dan memandangkan minggu lepas ia gagal ditembusi, oleh itu kebarangkalian ia gagal lagi bermaksud ia hanya berhenti di trendline merah sahaja.
Projection TL ini adalah sekitar 1910.00.
ADAKAH GOLD MASIH BEARISH ATAU SUDAH MENJADI BULLISH?
Tiada jawapan tepat untuk ini kerana berdasarkan trend semasa, ia sebenarnya adalah sideways. Oleh itu ia akan naik apabila menyentuh support dan akan jatuh jika menyentuh resistance. Untuk memudahkan visual anda, kita buka pada timeframe monthly.
XAUUSD MONTHLY
CS bulan lepas close sebagai hammer. Akan tetapi pada bulan-bulan sebelumnya ia masih sideways di antara 2000.00 dan 1900.00. Di sini jelas bahawa ia dalam trend sideways.
Di sebabkan sebatang candle di monthly ini ambil masa sebulan untuk lengkap, oleh itu kita hanya akan pantau di timeframe kecil seperti D1 dan H4 untuk mendapatkan entry. Arah awal boleh diketahui di lower timeframe ini cuma bezanya ia hanya sah dalam jangka pendek iaitu sesuatu entry tidak boleh disimpan lebih seminggu.
Kesimpulan
Plan utama adalah sell iaitu jika break UTL merah di H4 atau D1 membentuk bounce atau rejection candle dalam minggu ini.
Altenatif
Trend dijangka akan terus naik lagi jika break UTL major di D1(rujuk gambar TF D1)
Break TL(hijau) dan break zon supply adalah confirmation kepada bullish trend.
Change Of Character(COC)
Ini merujuk kepada pertukaran zon supply kepada demand atau resistance menjadi support. Zon SND yang ditanda dalam box adalah area penting untuk melihat COC ini.
Okey bagi yang belum join member, silakan klik button di bawah untuk tidak terlepas update;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Hingga jumpa lagi pada update akan datang.
ADMIN
19/09/23