XAUUSD MINGGU KE-1 BULAN APRIL
Harga emas dibuka melonjak awal sesi dagangan pagi ini. Trend ini adalah sebagai sambungan trend minggu lepas. New Monthly dan Weekly high dicatatkan dan seterusnya memberikan confirmation kepada plan minggu ini adalah buy sahaja kecuali jika confirmation downtrend fasa awal sudah terbentuk.
Namun mungkin ia bukanlah idea yang baik untuk mengambil posisi sell kerana masih terdapat potensi kenaikan lagi.
Key resistance
Memandangkan opening minggu ini terus rally ke atas, oleh itu saya tidak akan membuat top-down analysis. Update-update akan saya kemas-kini di group telegram. Bolehlah klik button di bawah untuk menyertai.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Disebabkan trend sudah bullish dan membuat historical high baharu, oleh itu kita akan menyasarkan angka genap sebagai sasaran harga ini akan pergi. Berdasarkan pemerhatian, bulan lepas paras harga 2200.00 sudah ditembusi, oleh itu 2300.00 akan menjadi sasaran seterusanya.
Ia hanyalah sasaran sahaja tapi bukanlah semestinya secara tepat ia akan ke situ. Biasanya ia akan terlebih sedikit mahupun hanya mendekati sahaja kawasan ini. Bahkan mungkin pada harga tertinggi isnin ini mungkin saja itulah high terakhir sebelum ia menjunam semula.
Antara key resistance yang kita perlu perhatikan adalah;
- 2300.00
- 2290.00
- 2280.00
Ini hanya panduan sahaja, apa yang penting jika profit sila breakeven dengan mengubah SL ke entry dan jika membuat entry pula pastikan sudah mengenalpasti kedudukan stoploss anda.
Perlukah saya mencari top price untuk sell high
Jawapan mudah adalah tidak perlu walaupun berdasarkan naluri anda mungkin akan ada kejatuhan mendadak dan terbukti ia berlaku. Mencari atau membuat keputusan bersandarkan naluri atau rasa-rasa tidak semestinya bagus walaupun ia terbukti berhasil sebelum ini.
Mencari sell di puncak adalah situasi 50/50 buat masa ini dan saya percaya biarlah minggu ini jatuh dahulu dan minggu hadapan kita membuat sell berbanding kita mencuba untuk ‘menjatuhkan’ price ini pada minggu ini. Trend masih bullish dan terbukti minggu lepas ia masih naik lagi dan menembusi pula paras 2200.00.
Minggu ini adalah minggu pertama bulan ini dan kebiasaannya pada jumaat akan ada pengeluaran data NFP untuk matawang US Dolar. Waktu ini arah pasaran mungkin akan lebih jelas jika benar ia hendak jatuh atau sebaliknya.
Kenaikan harga di paras tertinggi ini memungkinkan kita memikirkan ia akan jatuh tetapi kena ingat, selagi ia masih mahu naik, ia akan naik lagi.
Fokus minggu ini
Pantau dan perhatikan potensi buy di area-area support yang akan terbentuk sepanjang pergerakan naik dan turun minggu ini. Disebabkan tiadanya history support lama, oleh itu buy akan dibuat pada support baru yang akan terbentuk nanti.
Sekian dahulu update minggu ini, selanjutnya saya akan kongsikan di telegram.