XAUUSD MINGGU KE-2 MARCH TAHUN 2024
Sebelum market minggu lepas menutup tirainya untuk 2 hari pertama bulan march tahun ini, Gold sempat spike tinggi menuju historical high tahun lepas iaitu di area 2088.08.
New weekly high terbentuk dan new monthly high terbentuk dalam satu minggu yang sama, ini memberikan hint, bias berikutnya adalah buy atau uptrend.
Untuk belajar teknik ini sila ke sini.
Plan buy minggu lepas adalah seperti yang dikongsikan di sini >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-5-febuari-tahun-2024/
Pada waktu ini triple top sedang terbentuk namun belum ada confirmation sell lagi kecuali pada top ke-3 ini berlaku rejection. Akan tetapi berdasarkan pengalaman saya, ia akan memakan sedikit masa kerana untuk confirmkan seller dominan dalam pasaran, dua faktor berikut saya biasa jadika panduan;
- Membentuk sideways atau berlakunya fasa Distribution.
- Market structure downtrend.
4 fasa dalam trend pasaran
Berdasarkan ilmu perdagangan yang diperkenalkan oleh Richard Demille Wyckoff(1873–1934), terdapat 4 peringkat atau fasa dalam kitaran sesebuah harga(price cycle).
Fasa pertama adalah di mana sesuatu trend itu akan berakhir dan trend baharu akan muncul. Ia digunapakai samada trend berubah dari turun kepada menaik ataupun menaik kepada menurun.
Untuk contoh, katalah permulaan trend adalah menaik, oleh itu fasa pertama adalah Accumulation di mana trend akan sideways dalam suatu tempoh. Breakout berlaku dan fasa Markup pun bermula.
Seterusnya di penghujung trend itu akan berlaku lagi satu fasa baharu iaitu fasa Distribusi, diikuti dengan breakout. Fasa terakhir iaitu Markdown akan bermula. Apabila fasa ke-4 ini berakhir, fasa permulaan Accumulation pula akan berlaku.
Proses ini akan berulang dan berulang lagi.
Market Structure
Seperti sebuah bangunan, ia akan memiliki stuktur pentingnya untuk ia menjadi kukuh. Untuk trend pasaran, ia juga mempunyai stukturnya sendiri.
Stuktur dalam sesebuah trend lebih menyerupai seperti tangga menaik dan tangga menurun. Pada tangga-tangga tersebut terdapatnya high-higher dan lower-low.
Ia akan ditanda dengan HH, LL, HL dan LH.
Penjelasan;
- HL = Higher-low
- HH = Higher-High
- LL = Lower-Low
- LH = Lower-High
Untuk uptrend;
- HH, HL dan kembali ke HH.
Untuk downtrend;
- LL, LH, dan kembali ke LL.
Secara teorinya memang nampak mudah namun dalam realiti pasaran, ia sebenarnya lebih complex dan mengelirukan. Banyak pergerakan zig-zag terbentuk dan mungkin mengelirukan anda samada uptrend atau downtrend.
Untuk downtrend atau reversal trend Gold, maka ia perlulah membentuk Higher-Low(HL). Berikut contoh setup gold berdasarkan market lepas.
Price membuat high(H) namun tidak membuat lagi high baru. Price drop dari point high(H) kepada low baru, dari H ia kepada L maka ia sudah membentuk Higher-Low atau HL. Seterusnya dari low ini ia kembali membuat high namun tidak melebihi high sebelumnya, pada waktu ini ia membentuk Lower-High atau LH.
Price terus jatuh lagi dan membuat new low dari low sebelumnya. Pada waktu ini ia dikenali sebagai Lower-Low atau LL kerana low baru berbanding low sebelumnya.
Seterusnya ia naik seketika membuat high tapi sekali lagi ia tidak membentuk new high dari kesemua high yang sedia ada. Akhir sekali price jatuh lagi dan membuat Lower-Low(LL).
Note, setiap kali price break LL sebelumnya untuk new low, ini adalah petanda trend berterusan untuk new Low berikutnya.
GOLD PADA WAKTU INI
Candle terakhir pada D1 adalah bullish engulfing begitu juga H4. Untuk confirmkan reversal trend, salah-satu dari dua contoh reversal di atas mestilah berlaku pada minggu hadapan dan ia kekal hinggalah market penutup pada jumaat/sabtu.
Trend semasa dan trading plan
Bias trend semasa adalah bullish, oleh itu plan utama adalah buy pada minggu hadapan, namun pedagang mestilah berhati-hati untuk sebarang kemungkinan market sideways atau kemungkinan berada dalam fasa accumulation. Reversal pula akan confirmed jika stuktur downtrend sudah terbentuk seperti yang saya jelaskan di atas.
Selagi ia tak berlaku, oleh itu plan utama adalah buy sahaja. Untuk selamat, saya sarankan untuk scalping sahaja.
Sekian dahulu untuk waktu ini. Update akan diberikan dalam group telegram. Sila klik button berikut untuk join.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Kredit: tradingview, phantom trading, google images, stockcharts