XAUUSD MINGGU KE-2 MAY 2023
XAUUSD atau gold masih dalam bearish trend seperti yang dianalisa sebelum ini. Cuma terdapat satu halangan itu, price masih gagal tembusi 2300.00 yang kini masih menjadi strong support untuk pair ini buat masa ini.
Analisa terdahulu boleh akses di sini https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-terakhir-bulan-april-dan-awal-bulan-may/
Untuk update terkini lebih cepat, sila subscribe ke group telegram kami melalui button di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Tidak banyak pergerakan di TF D1 kecuali ada pergerakan downtrend dan sideways setelah price sampai ke 2300.00. DTL dilyukis untuk mewakili trend ini dan jika break, ada kemungkinan trend kembali uptrend.Berdasarkan AO di kotak bawah, nampak sudah menghampiri sifar, menandakan kemungkinan untuk downtrend adalah tinggi namun disebabkan bar masih di atas sifar, oleh itu kita tafsirkan bahawa overall trend masih bullish.
Secara kesimpulannya, jika break TL dan bar hijau terbentuk di AO, trend kembali bullish. Jika break support 2300.00 dan bar AO close di bawah sifar, trend adalah bearish.
Untuk kedua-dua scenario ini, adalah lebih ‘cantik’ jika fokus satu jenis entry sahaja iaitu buy sahaja atau sell sahaja.
XAUUSD H4
Di H4 lebih kelihatan secara jelas price sideways di antara 2300.00, menandakan ia dalam keadaan indecision dan menantikan breakout. Bagi anda yang mahu play safe, sebaiknya tunggu sahaja breakout ini berlaku dan selepas itu ikutilah arah tersebut.
Berdasarkan sambungan TL dan Low last week, nampak jelas terbentuknya descending triangle yang membawa maksud ada potensi untuk sell atau downtrend sekiranya break support atau last week low.
Ini juga dalam masa yang sama menandakan new low akan terbentuk dengan sasaran angka genap 2200.00.
Akan tetapi jika break DTL hijau dalam gambar, maka last week high kemungkinan besar akan diuji lagi. Namun jika rejected, bolehlah sell di bawah resistance ini.
Kesimpulan
Berdasarkan trend semasa, bias adalah sell. Long term sell pula adalah jika break last week low 2277.43 atau 2300.00. Akan tetapi sebagai altenatif, plan adalah buy jika;
- Break DTL
- AO D1 close hijau atau sifar
Sekian dahulu untuk artikel/analisis kali ini. Kita jumpa di telegram untuk update.
P/S: Untuk belajar teknik scalping AO bolehlah ke halaman ini.
Credit: tradingview