XAUUSD MINGGU KE-3 BULAN APRIL
Target 2400.00 berjaya dicapai pada Jumaat minggu lepas selepas kejutan kenaikan pada sebelum sesi dagangan Khamis ditutup. Kenaikan berlanjutan pada sesi Jumaat hinggalah berjaya menjejak 2400.00 seperti yang dijangka lebih awal. Namun selepas itu berlaku sedikit kenaikan lagi sebelum ia jatuh mendadak menghampiri harga bukaan pada hari Isnin.
Penurunan kekal hingga market ditutup. Ia secara tak langsung membentuk pattern candle rejection(sell) pada hari Jumaat.
Sebelum lanjutkan analisa kita minggu ini, silakan subscribe channel kami untuk update tekini secara terus ke smartphone anda.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Secara keseluruhannya, pada jumaat lepas XAUUSD rejected di bawah 2400.00 kerana ia ditutup bearish di bawahnya. Candle pattern juga adalah bearish, petanda kuat rejection berlaku. Akan tetapi disebabkan belum adanya lagi market structure jelas untuk reversal trend kepada downtrend, oleh itu overall trend masih lagi uptrend, oleh itu pada bila-bila masa ia akan kembali naik semula.
Low minggu lepas iaitu di 2300.00 dan 2303.02 menjadi key support penting di mana jika gagal ditembusi, area ini kemungkinan besar menjadi area buying dip pada minggu ke-3 ini.
Disebabkan D1 jumaat lepas sudah closed sebagai rejection, oleh itu di H1 atau H4 kita boleh pantau stuktur trend downtrend untuk entry sell.
XAUUSD H4
Di H4 kita dapat lihat pattern reversal mirip kepada Head and Shoulder terbentuk di mana pada waktu ini bahu kanan sedang dalam proses. Head and shoulder merupakan chart pattern reversal trend, di mana jika ia confirmed, trend akan berubah arah.
Kemunculan pattern ini biasanya akan terbentuk di penghujung trend. Jika ini confirmed, maka kita mungkin berada dipenghujung trend kenaikan untuk pair XAUUSD ini.
Saya lihat potensi trend semasa lebih cenderung kepada bearish trend, oleh itu fokus utama adalah sell sahaja. Namun berhati-hati untuk support level di bawah agar tidak terkena reversal trend tanpa melindungi akaun anda dari risiko kerugian. Adalah wajib untuk meletakkan stoploss untuk hadkan kerugian anda dan sebaiknya mengubah kedudukan SL ke entry untuk BE dan seterusnya memudahkan anda membiarkan winning trade anda berganda-ganda.
Fokus utama:
- Jika H4 closed bearish, entry sell boleh di buat dengan area atas 2175.00 sebagai stoploss.
- Target utama adalah 2330.84
- Target kedua adalah di 2303.02/2300.00
Altenatif:
Plan kedua adalah jika price break atas 2175.00 kemudian berlaku retest pullback atasnya maka plan akan berubah kepada buy bergantung price action dan sesi dagangan waktu itu.
Plan buying dip
Area last week’s low atau 2300.00 akan menjadi key support penting di mana ia akan menjadi panduan buying jika D1 membentuk rejection di sini dan di sokong dengan stuktur uptrend di H1/H4.
Sekian dahulu analisis kali ini, update akan menyusul di group telegram seperti biasa. Sila join jika belum;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.