XAUUSD MINGGU KE-3 FEBUARI TAHUN 2024
Emas atau XAUUSD tidak bergerak trending pada minggu lepas. Keadaan ini sudah dijangka berdasarkan overall trend pada waktu ini. Setakat minggu lepas cuma ada retest dan reject sahaja pada weekly low.
False break terbentuk kerana tiadanya trend bearish dominan yang hendak mengubah arah pada waktu itu. Price akhirnya naik semula dan kembali turun kerana bullish juga tidak dominan.
Artikel minggu lepas >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-2-febuari-tahun-2024/
Akibatnya, trend sideways lagi. Trader yang trade martingale ataupun menggunakan robot martingale akan menjana profit pada waktu ini. Buy dan sell pasti profit.
Seperti biasa saya akan kemas-kini artikel analisis ini untuk kedudukan weekly hi lo untuk panduan seterusnya. Anda boleh belajar percuma strategi ini di sini >> https://cspro.pullbackforextrading.com/daftar/
XAUUSD D1
XAUUSD membentuk triangle pada TF D1 menandakan breakout akan berlaku di masa akan datang. Mungkin inilah petanda big move akan berlaku dan kenapa buat masa ini tidak sesuai untuk swing trading.
Dalam artikel ini saya sudah jelaskan bagaimana untuk memanfaatkan triangle breakout. Sedikit kesabaran pasti akan membuahkan hasil lumayan asalkan anda sudi menunggu peluang tersebut.
Weekly hi lo
Weekly hi dan lo dalam range yang lebih kecil menandakan market semakin squeezing mengecil dan breakout mungkin berlaku minggu hadapan. Daripada hi dan lo ini kita boleh jadikan panduan trend iaitu jika break high, kita akan mencari buy sahaja dan jika break low kita akan mencari sell sahaja.
XAUUSD H4
Pada jumaat lepas, price ditutup bearish pada kedua-dua timeframe iaitu D1 dan H4. Ini menandakan ada possible minggu depan lebih kepada bearish atau downtrend.
Pada waktu ini kita hanya menunggu untuk breakout pada Weekly low dan lower triangle untuk confirmkan plan sell. Selagi tidak berlaku, maka masih ada risiko trend dalam sideways dan mungkin akan merugikan trader.
Key SNR
Level SNR penting adalah;
- Level price 2000.00
- Monthly support 1973.15
- Weekly hi 2044.61
- Weekly lo 2014.97
Fokus utama adalah sell. Oleh itu jika break Weekly low, kita akan sell dan TP di 2000.00. Jika break 2000.00 maka Monthly support 1973.15 adalah target utama.
Altenatif
Break Weekly hi dan upper triangle lebih kepada uptrend.
Sila ikuti telegram kami untuk update terus ke smartphone anda;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.