XAUUSD MINGGU KE-3 MARCH TAHUN 2024
Alhamdulillah pada minggu lepas, fokus buy sahaja untuk gold dan ramai pembaca blog ini sudah berhasil menjana profit yang sangat lumayan dan begitu banyak sekali. Di kesempatan ini saya sebagai pemilik blog ini ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan ramadhan ini dan semoga amalan yang dilakukan diterima oleh-Nya inshaAllah.
Untuk analisa tersebut silakan ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-2-march-tahun-2024/
Bagi anda yang mahukan update segera secara terus ke smartphone anda, silakan subscribe ke channel rasmi telegram kami. Klik button di bawah untuk menyertai.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Harga tertinggi bersejarah baharu
Gold kini memasuki fasa harga tinggi baharu melepasi harga tertinggi tahun lepas iaitu di 2148.99. Harga tertinggi terakhir pula menghampiri 2200.00.
Terkini, di TF D1, Gold sedang membentuk evening star iaitu signal reversal dari uptrend kepada downtrend untuk gold. Dalam masa yang sama juga ia kini menghampiri harga 2148.99 yang kini menjadi harga sokongan untuk uptrend berikutnya.
XAUUSD D1
Ini bermaksud ada kemungkinan tinggi trend akan reversal namun berdasarkan fakta SNR yang saya ajarkan di sini, resistance yang ditembusi mestilah menjadi support(RBS) kerana fungsi dan peranannya dalam trend juga sudah bertukar.
Jika pullback berlaku di atas 2148.99, ini mungkin petanda harga akan melonjak ke 2200.00, iaitu paras harga yang gagal dicapai minggu lepas. Akan tetapi jika harga terus jatuh di bawah paras RBS ini, maka downtrend perlu berterusan ke paras yang lebih rendah. Ia akan mencari lagi RSB-RBS lepas yang berada di bawah harga semasa hari ini.
XAUUSD H4
Di H4 saya melihat dua scenario di mana ada kemungkinan ia tidak akan ke RBS 21488, sebaliknya ia boleh terus breakout dan naik lagi.
Scenario #1 – Downtrend
- Faktor ini disokong oleh retest dan reject di bawah broken neckline iaitu di 2174.86 lalu ia pullback semula ke bawah.
- Alasan utama kenapa ia perlu reversal adalah pattern di D1. Ia memberikan hint seller masuk selain profit taking sedang berlaku pada waktu ini.
Scenario #2 – Uptrend
- Harga breakout dan melepasi DTL( hijau dalam gambar di atas. 2200.00 adalah target.
- Hal ini disokong dengan RBR yang berlaku selepas retest di area Demand.
- Selain itu trend semasa juga adalah uptrend/bullish.
PERKARA YANG PERLU ANDA PERTIMBANGKAN
Sebelum anda execute plan anda samada hendak selling atau buying, anda perlulah pertimbangkan waktu dan keadaan semasa waktu tersebut.
Antaranya;
- Waktu aktif pasaran
- Price action semasa(pattern/breakout dll)
- News data
Waktu aktif pasaran adalah waktu malam waktu Malaysia yang juga adalah waktu siang di Amerika. Waktu ini pasaran akan sangat aktif dan bagus untuk anda memasuki pasaran.
Price action semasa iaitu adalah sudah terbentuk salah-satu dari dua keadaan di atas? Jika ya, ikutilah arah tersebut.
News data yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat juga penting untuk anda ambil perhatian. Anda boleh trade arah pasaran selepas news tersebut seperti yang saya kongsikan di sini >> https://pullbackforextrading.com/tak-faham-nak-baca-news-buatlah-perkara-ini-teknik-trade-news-termudah
AKHIR KATA
Pastikan anda mengikuti update terkini dalam group telegram dan belajar sepenuhnya dahulu strategi ini. Anda disarankan membuka akaun live di bawah admin untuk bantuan sokongan jika diperlukan. Klik link ini untuk daftar.
Okeylah sampai di sini dahulu. Jumpa di Telegram untuk update dan pembelajaran selanjutnya!
Credit: tradingview.com