TAK FAHAM NAK BACA NEWS? BUATLAH PERKARA INI | TEKNIK TRADE NEWS TERMUDAH
Membaca news dan membuat analisa berdasarkan data-data ekonomi boleh jadi sesuatu yang agak membingungkan. Lagi-lagi apabila data positif tetapi market masih pula nak menjunam. Rupa-rupanya nak analisa sentiment pasaran pula.
Inilah antara dilema yang sering membelenggu para trader.
Kenapa trader memberi perhatian terhadap news?
News impact boleh jadi sesuatu yang memberikan pulangan tinggi. Jika diimbas kembali kepada trend teknik trading 5 tahun ke belakang, banyak teknik-teknik dicipta untuk memanfaatkan pergerakan luar biasa semasa news ini.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Sebut sahaja mengenai news trading, bukanlah terbayang berita-berita ekonomi dan politik semasa tetapi news yang dimaksudkan adalah data ekonomi yang dikeluarkan dan boleh didapati di forexfactory.com. News release ini punyai waktu tertentu dan trader boleh bersedia lebih awal dan akan masuk semasa news release dengan harapan membuat berberapa cash mudah semasa pergerakan luar biasa nanti.
Tapi itu ceritanya 5 tahun ke belakang, jika anda trade news pada hari ini apa yang anda dapat hanyalah market sideways, whipsaw dan kadang-kadang sahaja adanya spike atau pergerakan yang hebat itu. Selebihnya anda hanya berhadapan dengan spread mengembang luar biasa bahkan lebih teruk teknik hedging yang anda gunakan hanyalah memakan diri kerana lambat execute untuk entry dan juga exit.
Cara termudah trading news
Saya akan kongsikan cara termudah untuk trade news.
Trading news tak semestnya anda perlu untuk mencatatkan semua data-data lepas kemudian mengaitkannya dengan carta teknikal dan mencari peluang entry dan exit berdasarkan semua analisa anda.
Tahukah anda cara termudah trade news sebenarnya adalah….dengan mencari entry selepas news tersebut! Yup, tak perlu entry sebelum dan juga semasa tetapi selepas news release.
Cara termudah trading news ini akan terbahagi kepada dua iaitu;
- Membuat perbandingan data yang dikeluarkan dan kemudian melihat peluang entry
- Membuat entry dalam 30 minit hinggalah 1 atau 2 jam(atau juga berberapa jam) selepas news release tanpa membuat perbandingan data
NOTE: 30 minit selepas news merujuk kepada pair yang mempunyai news release pada jam seperti 8:30, 9:30 atau 11:30, di mana selepas 30 minit ini candle TF H1 akan siap. Contoh news adalah seperti NFP yang di-release pada jam 8:30pm(pada waktu tertentu ia akan release pada 9:30pm).
Kenapa selepas news? Berikut sebabnya.
Semasa news, berberapa masalah berikut anda wajar pertimbangkan;
- Execution lambat
- Requotes
- Widen spread
- No connection
- Terma syarat broker
Semua masalah di atas akan menyukarkan anda memanfaatkan news trading anda. Percayalah, saya sudah berada dalam pasaran mungkin lebih lama dari anda. Jika anda masih mahu mencuba, saya sangat alu-alukan dan hubungi saya melalui email jika anda punyai berita menarik untuk dikongsikan nanti. 🙂
Timeframe
Timeframe sesuai adalah H1. Timeframe H1 ini akan memudahkan anda membuat perancangan iaitu hanya perlu tunggu candle H1 siap selepas sejam. Anda juga boleh mula melihat carta anda tepat ikut jam seperti jam 5pm jika news release pada jam 4:30pm atau jam 11pm jika news release jam 10pm.
Anda hanya perlu tungga 30 ke 1 jam selepas news release. Jika masih belum ada peluang yang jelas, abaikan dan tunggu lagi berberapa jam. Sekiranya tiada juga, bukalah carta anda pada hari esoknya. Relax, tiada faedahnya memaksa pasaran untuk memberikan entry jika ia tak menjadi kelebihan untuk anda.
Timeframe entry lebih rendah dari H1?
Anda boleh buka di M15 selepas candle siap di H1 nanti.
AMARAN! -Jika anda bukan seorang yang boleh bersabar dan masih bergelut dengan masalah FOMO anda, maka teknik ini bukanlah untuk anda.
Membuat perbandingan data yang dikeluarkan dengan keadaan semasa carta teknikal
Untuk melakukan ini, anda hanya perlu melihat data actual dengan data previous.
Data merah atau negatif berbanding data sebelumnya adalah petanda market bearish. Manakala data hijau atau positif berbanding data sebelumnya adalah petanda market bullish.
Data yang lebih rendah atau lebih tinggi berbanding sebelumnya juga petanda market akan bearish dan bullish semasa news nanti.
Lihat contoh di bawah;
Berdasarkan data di atas, data NFP untuk Amerika adalah 390K berbanding sebelumnya 436K. Data ini berwarna hijau. Unemployment(pengangguran) pula masih kekal di paras rendah 3.6% seperti yang lepas.
Oleh itu USD akan bergerak bullish semasa dan selepas news nanti. Untuk ini pastinya USDJPY akan naik.
Mari kita lihat pada carta teknikal.
Candle spike semasa news. Selepas news, candle close sebagai doji dan menyambung kenaikan selepas itu. Inilah sebabnya perlu tunggu 1 atau 2 jam selepas news.
Sebab utama kenapa anda perlu buy adalah:
- Trend semasa USDJPY adalah uptrend
- Data news positif(hijau)
Sejam atau 30 minit selepas news anda boleh buat entry buy berdasarkan maklumat data dan trend semasa ini.
Cara ini sangatlah santai dan menguntungkan. Tiada keperluan untuk membuat entry sepanjang masa, sebelum atau semasa news.
Reversal trend
USDJPY di dalam uptrend, oleh itu jika data negatif semasa news, ia akan jatuh. Selepas news selesai(dalam 30-1jam kemudian), ikutilah arah reversal sell tersebut.
Arah sebenar pasaran ini hanya dapat dilihat selepas news kerana adakalanya walaupun data positif, tak semestinya ia menjadi ia akan terus naik jika semasa news ia reversal. Inilah kenapa pentingnya trade hanya selepas news sahaja berbanding semasa news.
Trading tanpa pedulikan data news
Cara ini lebih mudah. Anda tak perlu susah-susah nak fahamkan data news dan macamana nak kaitkan dengan carta teknikal.
Apa yang anda perlu tahu adalah;
- Bila news akan release
- Rancang entry 30 minit atau 1 jam kemudian selepas news release
Ya, itu sahaja.
Sejak data-data ini boleh kelirukan, jadi ada baiknya abaikan terus dan permudahkan trading dengan hanya berpandukan 100% pada carta teknikal sahaja.
Beza dengan method pertama adalah yang kedua ini anda hanya perlu tahu bila waktu release sahaja kemudian buka chart anda untuk mencari entry. Tak perlu lihat apakah data news itu nanti.
Anda boleh dapatkan senarai news di forexfactory.com
Pada halaman ini sila login atau daftar jika belum. Kemudian sila klik jam semasa dan sila sync pada jam anda.
Klik save settings. Kemudian sila buka ke halaman utama semula.
Kini jam/masa di laman web akan sama dengan jam pada PC anda. Apa yang anda perlu buat adalah rancang bila hendak membuat trade anda selepas data release tersebut. Di atas adalah jam/masa ikut Kuala Lumpur, Malaysia. Oleh itu jika 4pm, maka ia adalah 4pm waktu Malaysia.
Bila nak entry?
Sejam kemudian selepas news atau data release bolehlah buka carta anda untuk cari peluang. Dalam gambar di atas kita dapat lihat waktu-waktu news akan release. Oleh itu bolehlah catatkan waktu-waktu ini dan buka chart untuk entry selepas sudah release data nanti.
Pair FOREX?
Sila lihat dikolum Currency untuk tahu pair apakah yang terkesan dengan news tersebut. Oleh itu anda akan trade pair tersebut sahaja.
Impact
Sila utamakan warna oren, merah dan kuning sahaja. Warna putih adalah mewakili bank cuti, oleh itu anda boleh skip pair berkaitan.
Warna merah adalah yang paling high impact.
Take Profit
Pergerakan price selepas news boleh jadi dari puluhan hinggalah ratusan pips. Cara trading saya kira paling selamat memandangkan market boleh jadi whipsaw dan mengelirukan semasa news.
Untuk scalping, anda boleh close antara 30 ke 50 pips. Jika anda mahu swing, anda boleh hold trade anda untuk TP 100 atau 150 pips. Anda tahu anda perlu hold trade anda jika anda membuat perbandingan data dengan situasi semasa carta teknikal. Jika trend adalah uptrend, manakala data news pula positif, maka ada kemungkinan tinggi ia akan naik lebih jauh lagi.
Stoploss
Hadkan loss anda antara 30 atau 50 pips sahaja dan cutloss manually jika perlu.
Akhir kata
Sekian dahulu perkongsian kali ini. Anda dialu-alukan untuk kongsikan artikel ini kepada rakan anda agar manfaatnya dapat dirasai bersama.
Semoga teknik ini akan permudahkan anda trading forex news dan hasilkan lebih banyak profit.
Salam sukses!
ADMIN
08/06/22