XAUUSD MINGGU KE-4 OKTOBER PERHATIKAN APA YANG AKAN BERLAKU DI PARAS 2000 | EURO DIJANGKA BULLISH
Gold minggu lepas menyaksikan kenaikan harga selain dalam masa yang sama ia menghampiri paras 2000.00 hanya dalam masa seminggu sahaja. Sepanjang minggu lepas langsung tidak berlaku penurunan melainkan hanya kenaikan sahaja.
Trader yang menggunakan robot martingale pasti mengalami kerugian besar memandangkan entry akan dibuat berlawanan arah.
Jika anda mengikuti posting artikel dalam blog ini pasti anda sudah mengaut keuntungan besar kerana secara jelas saya menyatakan gold adalah dalam bullish dan entry anda sudah tentulah buy sahaja.
Artikel tersebut:
- https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-2-buy-dip/
- https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-3-strong-uptrends/
Jangan lepaskan peluang untuk sebarang peluang atau potensi profit! Klik link di bawah untuk menyertai kami:
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Berikut adalah analisis top-down untuk gold minggu ini.
XAUUSD D1
Kita mulakan dengan timeframe D1(daily). Pada minggu lepas harga ditutup di bawah 2000.00 tapi tidak menyentuh paras ini.
Candle breakout DTL hijau dan bergerak menjauh pada hari rabu, seterusnya pada khamis dan jumaat harga terus melonjak lagi. Jika kita lihat secara keseluruhan, saya dapati bermula dari 1800.00, saya dapati harga tidak menyentuh secara tepat. Ia bounce seketika sebelum ia meroket naik. Seterusnya ia break 1900.00, uji DTL sekejap kemudian terus rally naik.
Inilah sebabnya saya katakan pada artikel sebelum ini gold dalam strong uptrend.
Okey, berbalik pada harga semasa, lihat candle pada jumaat lepas, ia ditutup di bawah 2000.00 dan tak menyentuh secara tepat. Keadaan ini berlaku semasa harga di atas paras 1800.00. Oleh itu jika harus melihat kebarangkalian yang berlaku di bawah paras 2000.00 pada minggu ini dan minggu hadapan jika ia masih tak menyentuh paras harga tersebut, perhatikan apakah situasi semasa atau formasi candlestick di kawasan ini.
Jika ia bounce, maka ada potensi market reversal sedang dalam proses. Namun pada waktu ini kenaikan harga emas dunia adalah didorong oleh perang antara Israel-Palestin di mana ia berisiko untuk menjejaskan ekonomi dunia kerana terdapatnya penglibatan kuasa besar dunia seperti Amerika, Rusia dan China selain dari negara-negara Arab sendiri seperti Saudi, Iran, Jordan dll.
Di khuatiri perang ini akan merebak lebih meluas lagi dan mungkin ini akan menggugat kestabilan ekonomi serantau. Oleh itu emas akan menjadi pilihan utama pelabur kerana kestabilannya.
Oleh itu, ia bermaksud emas boleh naik lebih tinggi dan mungkin mengatasi paras 2000.00.
Kita beralih pula pada H4.
XAUUSD H4
Di H4 awal hari ini harga membuat sedikit dip dan kemudiannya kembali bullish semula. Pada waktu artikel ini ditulis iaitu pada sesi dagangan Amerika, gold masih dalam minor bullish dan nampak seakan hendak retest high terdekat.
Entry buy boleh dibuat di H1 pada waktu ini dengan minimum SL pada swing low atau support terdekat di H1.
Kita melihat dua senario dari situasi semasa ini;
- Price atau harga bouncing di bawah 2000.00 atau,
- breakout dan berada di atas paras harga ini.
Tidak mustahil untuk new high terbentuk dalam minggu ini jika breakout berlaku di atas 2000.00. Secara logiknya terdapat resistance lagi di sekitar 2081.46
Dalam keadaan semasa yang masih belum reda lagi isu perang Israel-Palestin ini, saya percaya ada kemungkinan besar ia naik tinggi. Namun keputusan untuk membuat entry buy mestilah disokong dengan money dan risk management yang wajar dan jangan sekali-kali mengambil risiko yang anda tidak sanggup untuk terima kesannya sekiranya gagal.
MAJOR PAIR
Buat masa ini saya dapati hanya EURUSD dan GBPUSD yang ada tanda-tanda untuk reversal naik. Sekiranya ia berlaku, entry buy sahaja adalah strategi terbaik minggu ini untuk pair ini.
Berdasarkan minggu lepas saya dapati EURO agak mengukuh berbanding pair lain oleh itu dalam minggu ini fokus utama kedua saya selepas buy gold adalah buy eurxxx.
Pair dalam fokus;
- EURUSD
- EURJPY
- EURNZD
- EURGBP
- EURCAD
Kesemua pair di atas adalah buy untuk minggu ini. Anda boleh gunakan kaedah-kaedah fibo, snr dan candlestick yang diajarkan dalam blog ini untuk mencari potensi entry anda.
News penting
Pastikan anda menyemak senarai berita atau data ekonomi yang bakal dikeluarkan dalam minggu ini di www.forexfactory.com
3 perkara penting minggu ini;
Akhir kata
Ikuti update di group telegram dan jika belum menyertai, silakan klik button di bawah ini;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Sekian dahulu,
ADMIN
23/10/23