XAUUSD MINGGU KE 4 – 2000.00 AREA RESISTANCE PENTING
XAUUSD memasuki minggu ke-4 untuk bulan November ini. Pada minggu lepas kita menyaksikan kenaikan pair gold vs usd ini dengan confirmation buy trade berdasarkan breakout fractals.
Untuk analisa terdahulu sila ke halaman berikut>> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-3-gold-di-persimpangan-antara-naik-dan-turun/
Pada artikel kali ini kita akan melihat arah selanjutnya pair gold ini. Seperti biasa, analisa top-down adalah pilihan kerana kita akan melihat dari gambaran keseluruhan trend dan stuktur.
Kita akan mulakan dari Weekly dahulu.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD WEEKLY
Berdasarkan TF Weekly, kita dapat lihat keadaan engulfing candle minggu lepas dan menghampiri key resistance 2000.00. Ini menunjukkan ia mungkin akan menguji semula area ini pada minggu hadapan sekira stuktur trend untuk uptrend masih ‘respected.’
Area penting
Area 2000.00 adalah area penting minggu ini kerana jika ia break, ada kemungkinan gold akan dalam bullish trend semula. Namun jika rejected, ia mungkin akan turun semula.
Candle hanging man sepatutnya sudah confirmed di Weekly dan sepatutnya minggu lepas adalah selling. Namun saya merasakan ia agak 50/50 untuk selling oleh itu saya melihat kepada confirmation lain.
Berdasarkan breakout fractal, adalah confirmed untuk buy berbanding sell di H4. oleh itu fokus beralih kepada buy berdasarkan confirmation tersebut. Setelah market ditutup pada hari jumaat, candle terakhir membentuk signal reversal pada D1.
XAUUSD D1
Pada TF D1, candle jumaat adalah sell signal namun walaupun begitu, berdasarkan price action lepas, candle signal ini masih boleh menjadi invalid. Oleh itu sebarang entry berdasarkan signal candle ini mungkin saja invalid.
Walaupun demikian, saya menjangkakan signal sell ini adalah valid namun hanya untuk short term. Memandangkan di Weekly adalah candle bullish yang memungkinkan retest ke 2000.00 semula, oleh itu saya akan tunggu D1 selari dengan arah Weekly oleh itu saya akan membuat entry buy.
XAUUSD 4H
Untuk H4, saya akan membuat entry dengan dua kondisi;
- D1 membentuk buy signal selagi dengan Weekly atau,
- H4 membentuk lagi fractal breakout seperti minggu lepas tetapi untuk buy setup.
Dalam gambar di atas saya menggambarkan entry terbaik adalah menunggu harga membuat low dahulu kemudian barulah mencari entry buy.
ALTENATIF
Saya tidak menolak kemungkinan trend bertukar arah kepada sell. Oleh itu point penting adalah Weekly low sebagai major SL untuk kesemua trend berubah arah jika ia terus membuat new low.
Selain itu perubahan trend juga boleh diketahui berdasarkan kekerapan breakout fractal yang membentuk signal berlawanan arah dari plan asal. Plan asal adalah buy namun jika lebih kerap membentuk sell signal sahaja maka ada kebarangkalian plan ini gagal.
Kelebihan fractal breakout
Fractal breakout akan membantu menentukan entry dan exit(SL). Ini bermaksud apabila setup terbentuk, SL akan ditentukan sekali. Di bawah adalah contoh;
Untuk strategi berkaitan fractal sila ke halaman ini.
KEADAAN MAJOR PAIR LAIN
4 major pair utama iaitu AUDUSD, EURUSD, GBPUSD dan USDJPY dalam keadaan yang jelas iaitu;
- Buy AU, GU dan EU
- Sell UJ
Berdasarkan analisa saya kesemua pair ini dalam permulaan reversal trend. Oleh itu fokus satu jenis entry akan membantu mendapatkan best entry.
Perkara yang anda boleh consider untuk trading plan;
- New Weekly hi atau lo
- Retracement dan rejection nyata di H4
Akhir kata
Sila ikuti group telegram untuk perkembangan terkini dari kami serta untuk group advance, silakan join member berbayar dalam member area sini.