XAUUSD MINGGU PERTAMA BULAN INI
Emas ditutup bearish pada bulan lepas berdasarkan candle TF monthly minggu lepas. Akan tetapi candle pattern TF Monthly ini pula ditutup sebagai rejection/hammer di atas 1900.00.
Dua keadaan yang berlaku dalam satu masa;
- Body candle bearish bulan lepas
- Pattern hammer di atas 1900.00
Selama 3 bulan lamanya ia masih rejected atau hold atas 1900.00 ini namun tidak pula mahu menyentuh paras 2000.00. Ini menandakan pasaran dalam sideways. Mungkin bulan ini ia akan menguji salah-satu dari 2000.00 atau 1900.00 ini.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD MN
CS bulan lepas mempunyai body bearish namun berbentuk hammer. Di sebabkan ia bukan di kedudukan dasar atau bottom, oleh itu boleh jadi ia invalid sebagai signal buy atau uptrend.
1900.00 masih menjadi key support penting untuk bulan ini kerana sudah 3 candle monthly di sini menandakan 3 bulan sudah ia masih duduk atasnya dan belum tembus-tembus lagi.
Tapi body candle bearish boleh jadi indikasi bahawa ia masih boleh jatuh semula. Namun disebabkan ini adalah TF Monthly dan masih di minggu pertama, maksudnya masih ada ruang masa lagi untuk ia naik turun sebelum ia jatuh. Mungkin ia hendak retest dahulu 2000.00 sebelum ia betul-betul jatuh atau ia akan terus turun ke 1900.00 dan jatuh terus menyebabkan trader yang membuat buy hanya sebab candle hammer di situ dan akhirnya berakhir loss.
Kerugian trader yang margin call atau hit stoploss adalah kecairan penting dalam pasaran, oleh itu loss adalah umpama sesuatu yang ‘wajib’ berlaku. Kecairan ini akan menyebabkan pasaran bergerak aktif.
Jom kita lihat pula di Weekly chart.
XAUUSD WEEKLY
Candle terakhir minggu lepas adalah bullish. Di atas Weekly high pula ada candle bounce yang merupakan area resistance bulan Julai lepas. Kegagalan untuk breakout area ini akan menyebabkan trend jatuh semula berdasarkan fakta Support dan Resistance. Oleh itu Weekly high yang biasanya kita lihat sebagai panduan perubahan arah trend boleh jadi adalah SNR penting untuk lihat potensi sell high jika ia rejected.
Namun jika ia berjaya menembusinya, 2000.00 akan menjadi key resistance utama untuk price pergi.
Berdasarkan candle terakhir minggu lepas dan candle sebelumnya, plan saya adalah buy untuk minggu ini.
XAUUSD D1
Berdasarkan situasi semasa, candle sudah break DTL(hijau). Namun dalam masa yang sama juga sudah break UTL(merah). Jadi, ke manakah arah pasaran ini??
Okey terdahulu, kita tambah lagi DTL di weekly high. Lihat di bawah;
Di sebabkan break UTL merah, oleh itu trend semasa seharusnya downtrend atau bearish. Jadi pada saya trend jangka pendek adalah sell namun saya lebih berminat untuk sell jika candle atau trend break bawah EMA21(biru) dalam gambar. EMA ini adalah sebagai supporting analysis untuk trade plan saya, oleh itu untuk buy candle mestilah di atas EMA ini.
Sell saya akan buat jika candle di bawah EMA21. Untuk waktu ini saya lebih prefer abaikan sell trade kerana tidak mahu berhadapan risiko loss andaikata candle mula kembali bullish semula. Oleh itu saya hanya tunggu apa reaksi candle di EMA21. Pendapat saya mungkin salah, namun yang penting saya tahu exit point saya iaitu jika saya buy disebabkan candle reject atas EMA21, saya akan exit jika price drop bawah EMA21 ini.
Jika break TL kedua yang disambung pada weekly high, saya akan swing buy ke resistance terdekat iaitu di 1980.00.
XAUUSD H4
Di H4, kita dapat lihat potensi entry adalah di confluence area DTL dengan 78.6 kerana terdapatnya order block di situ yang belum pernah diuji lagi. Expectation saya adalah jika ia bounce situ saya akan buy dip di situ.
Trading plan:
- BUY SAHAJA
- AREA CONFLUENCE FIBO DAN TL
- CONFIRMATION IKUT CANDLE BOUNCE/CANDLE REJECT
AKHIR KATA
Saya akan kemas-kini entry ini di masa akan datang, oleh itu pastikan anda sudah subscribe ke chanel telegram kami.
Sekian,
ADMIN
05/09/23