XAUUSD – SCALP BUY MINGGU INI DAN SWING SELL JIKA CUKUP SYARAT
Gold atau XAUUSD – kini sideways lebih dua minggu. Candle terakhir weekly ditutup bullish menandakan overall minat trader minggu lepas adalah bias bullish. Mungkinkah minggu ini akan naik? Jika naik sampai mana dan jika hendak turun pula di area mana? Jom kupas!
Bagi anda yang terlepas, pautan ini adalah analisa terdahulu mengenai emas(gold,xauusd) dan kenapa fokus utama bulan ini adalah sell >> https://pullbackforextrading.com/gold-nak-uji-2000/
“Sebelum itu jika anda belum menyertai, jom sertai telegram kami untuk dapatkan analisa, promosi dan artikel menarik dari kami secara terus ke smartphone anda.“
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Untuk memahami gambaran keseluruhan, adalah lebih penting untuk bermula dari timeframe lebih besar. Berikut top-down analisis untuk anda.
WEEKLY
Pada timeframe Weekly, kita dapat lihat minggu lepas tiada new low dan trend reverse sedikit ke area weekly high pada minggu tersebut kemudian closed di atas sikit berbanding opening candle tersebut.
Inilah pentingnya pemahaman untuk membaca opening, high, low dan closing body candle untuk memahami trend pada waktu tersebut.
Secara keseluruhannya candle minggu lepas hanyalah retest semula area breakout pada minggu-minggu sebelumnya yang berlaku pada bulan lepas. Namun masih belum ada kekuatan untuk terus naik dan retest semula area 2000.00.
Area high minggu lepas saya tandakan sebagai Weekly high dan merupakan area penting iaitu, jika break high ini saya akan intai 2000.00 sebagai key resistance penting untuk sell berikutnya.
Minggu ini kelihatan candle weekly bullish selepas retest area low dan kini hendak menjejak area Weekly high 1971.10. Area ini saya katakan sebagai area penting kerana overlap atau confluence(bertindih) dengan area SBR. Retest dan pullback adalah dijangka jika kemasukan seller di area pertindihan ini.
DAILY
Timeframe Daily memberikan gambaran pergerakan sideways. Ini sedikit sebanyak memberikan confirmation bahawa tiada yang dominan dalam pasaran dan breakout akan berlaku dalam masa terdekat.
Pada waktu ini saya lebih prefer untuk lihat jika adanya big news yang akan menggerakkan pasaran. Jika EMAS saya utamakan berita seperti FOMC kerana ia sangat memberi impact kepada kekuatan dan perlemahan dolar terhadap emas.
Selain itu, Core PPI(producer price index), Core CPI(consumer price index) juga memberikan kesan. Hasil carian saya di forexfactory.com, minggu ini terdapat tiga news penting iaitu CPI, PPI dan FOMC. US CPI pada malam ini dan FOMC pada subuh, khamis nanti.
Jika tiada impact semasa CPI, maka FOMC lah jawabnya.
Kesimpulannya, Dolar lemah, emas akan naik. Dolar mengukuh, emas akan jatuh.
Trend masih sideways tapi masih kekal di bawah SBR area di 1973.10. Ini memberikan petunjuk bahawa seller masih mengawal pasaran dengan buyers belum mampu mengubah arah pasaran. Namun jika ia naik, selling mungkin akan berlaku di area 2000.00 kerana overall trend masih downtrend lagi.
H4
Akhir sekali, kita lihat pada H4 pula. Di H4 kita dapat lihat TL sebelum ini masih valid sebagai SNR kerana retest pullback masih berlaku hinggalah hari ini ia naik sedikit.
Trendline ini masih boleh dikekalkan di situ jika mahu atau, padamkan sahaja untuk chart yang lebih kemas. Bagi yang hendak buy kerana cs minggu lepas bullish, area TL ini adalah sesuai untuk buy low. Jika ia berlaku di masa akan datang, anda boleh gunakan strategi ini sebagai teknik entry anda. 🙂
Trading Plan
Saya lebih prefer untuk abaikan dahulu hinggalah news release malam ini ataupun sebaiknya selepas FOMC nanti. Untuk waktu terdekat ini masih sesuai untuk buy sahaja tetapi elakkan buy jika sudah berada di area resistance/weekly high 1973.10.
Plan utama masih sell lagi dan keutamaan saya adalah area-area resistance yang berpotensi. Area tersebut adalah;
- Weekly high(minggu lepas)
- Area psikologi 2000.00
Anda boleh gunakan candlestick pattern untuk strategi entry anda dan menggunakan kaedah fibo TP untuk exit strategi anda. Sila ke halaman ini untuk baca: https://pullbackforextrading.com/teknik-wajib-fibo-tahun-2022-cara-take-profit-ini-tidak-ramai-yang-tahu/
Swing sell akan dibuat jika rejection atau formasi candlestick sell terbentuk di TF D1 atau H4 pada minggu ini.
AKHIR KATA
Kesimpulan untuk keseluruhan artikel ini adalah;
- Short term plan adalah buy berdasarkan situasi semasa
- Long term plan adalah sell berdasarkan overall trend
Trading ini tak perlukan kita perlu sentiasa entry setiap hari jika peluang itu tiada. Bagi anda yang masih tercari-cari strategi, anda bolehlah sertai membership percuma saya dan download ebook percuma. Sila ke halaman ini untuk daftar.
Sekian dahulu untuk waktu ini. Jumpa lagi pada post akan datang.!
ADMIN
13/06/23