XAUUSD SELL LAGI NEXT WEEK? LIHAT PETUNJUK BERIKUT
Minggu lepas pair gold/usd(XAUUSD) membuat retest reject di area resistance seperti yang dianalisis sebelum ini.
Berdasarkan pergerakan price action minggu lepas, saya menjangkakan pair ini akan menyambung penurunan minggu hadapan.
Bagi yang belum subscribe, silakan subscribe ke channel kami untuk promosi, signal/analisis dan update terkini dari kami.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
SEBELUM:
SELEPAS:
Untuk rekod, XAUUSD kini berada di historical high, ia lebih cenderung kepada selling jika tiada faktor perlemahan dollar berbanding emas.
Emas adalah ‘safe haven’ dan kebal inflasi dan merupakan pilihan pelabur. Pengukuhan emas adalah petanda perlemahan dollar kerana emas mempunyai ‘negative-colleration’ terhadap US Dollar.
XAUUSD WEEKLY
Berdasarkan CS terakhir pair XAUUSD, ia closed sebagai bearish pin bar. Ini menandakan rejection pada resistance. Candle tersebut juga menandakan ia adalah signal kepada selling.
Candle pin bar ini adalah candle kedua selepas pin bar pertama. Bezanya candle pertama adalah bullish body. Namun apabila ia closed sebagai bearish body, ia lebih kukuh sedikit sebagai signal selling.
Fibo Setup H1
Berdasarkan fibo retracement, area berpotensi entry sell adalah di 38.2 dan 78.6. Jika retest reject berlaku di 38.2 area, ia akan membentuk double top. Ini adalah area terbaik untuk entry.
Area highest selling adalah di 78.6 jika ia naik retest ke area ini.
Area Confluence dan Entry Factor
Topik ini adalah popular di kalangan trader price action iaitu entry berdasarkan area pertindihan atau confluence area. Jika anda ingin trading cara ini, 2 faktor berikut bolehlah menjadi rujukan anda.
- Pertembungan trendline dan fibo level
- Pertembungan fibo level dan area bounce breakout terdahulu
Secara ilustrasinya adalah seperti berikut;
Trendline dan Fibo level
Jika anda mahu entry, anda ada dua pilihan, entry sell apabila candle menyentuh TL dan fibo level 50.0 atau 61.8 atau, tunggu candle rejection terbentuk dahulu barulah entry dan seterusnya meletakkan SL di hujung swing high candle.
Pertembungan fibo level dan area bounce breakout
Kaedah ini saya sudah jelaskan di halaman ini>> https://pullbackforextrading.com/fibonacci-retracement-ultimate-scalpingpart-1/.
Berdasarkan price action terdahulu, area berpotensi mengulangnya sesuatu history adalah di 50.0 dan 78.6. Entry sell boleh dibuat jika candle reject terbentuk di salah-satu area ini.
Sedikit tips
Pemilihan waktu adalah penting untuk dapatkan entry tepat dan berkebarangkalian tinggi sukses. Oleh itu anda mestilah pilih waktu terbaik untuk entry berdasarkan volume pasaran dan hari terbaik.
Untuk hari terbaik, hari rabu dan khamis adalah terbaik. Waktu terbaik pula adalah sebelah malam(Malaysia) bermula jam 8pm hingga 11pm.
Gunakan modal yang membolehkan anda profit secukupnya tanpa trading setiap hari juga adalah faktor penting untuk kejayaan trading anda. Trading setiap hari bukan penyelesaian anda untuk menggandakan akaun anda dan menghasilkan pendapatan sampingan anda. Oleh itu faktor modal besar adalah penyelesaian yang anda perlukan.
Selain itu broker juga adalah penting agar withdraw anda dibayar. Broker XM adalah dicadangkan untuk anda.
Anda berminat untuk pelajari lebih mendalam teknik ini? Silakan daftar dan download percuma di sini.
Okeylah, hingga berjumpa di post berikutnya.
ADMIN
14/05/23
Credit foto: tradingview, istock photo/Petrovich9
2 Replies to “XAUUSD SELL LAGI NEXT WEEK? LIHAT PETUNJUK BERIKUT”
Comments are closed.