XAUUSD STRONG BEARISH ATAU BAKAL BEAR TRAP
Pair emas atau XAUUSD break di bawah 1900.00 selepas rejected. New low berterusan selepas pullback di bawah Weekly low. Apakah plan selanjutnya? Berikut plan XAUUSD untuk minggu hadapan.
Sebelum lanjutkan silakan subscribe ke channel telegram kami agar tidak terlepas sebarang posting dan promo terkini dari kami;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Pada timeframe daily, candle bearish ditutup di bawah 1900.00. Key SNR penting iaitu 1916.28 sebagai Weekly high dan 1885.11 sebagai Weekly low.
Dua SNR ini adalah SNR penting untuk dua tujuan berikut;
- Jika plan utama sell, maka breaking weekly high menandakan sell invalid.
- Jika plan utama sell dan break weekly low, bermakna ia akan turun lagi.
1900.00 kini menjadi area SBR untuk panduan selling jika ia retest dan rejected di bawah 1900.00. Confirmation terbaik adalah jika candle D1 XAUUSD closed sebagai bearish di bawahnya.
XAUUSD H4
Berdasarkan H4, area bertindih dengan 1900.00 adalah fibo 50.0%. Area ini akan menjadi area penting untuk selling jika berlaku retest reject.
Akan tetapi jika breakout pula, maka 61.8% dan 78.6% akan menjadi resistance berikutnya.
EMA21 bergerak trending ke bawah menandakan trend pasaran yang bias kepada selling, oleh itu fokus seharusnya sell sahaja untuk minggu hadapan.
Long term target
Long term target berdasarkan angka genap, oleh itu 1800.00 adalah target utama. Berdasarkan zoom-out Daily chart, xauusd dijangka akan retest ke 1856.57 memandangkan ada history price bounce dan breakout di situ.
Bagi trader yang mahu mencari entry breakout bolehlah tunggu break low dahulu manakala yang mahu entry sell high, boleh la tunggu price naik dahulu.
Apa-apa pun, pastikan anda memberi perhatian kepada Weekly high kerana jika break, maka plan sell minggu hadapan adalah dikira terbatal.
Bear Trap
Ada kemungkinan ia menjadi bear trap di bawah 1900.00 jika harga naik semula atasnya dan tidak turun-turun lagi. Ini adalah berdasarkan history 2 bulan lepas. Oleh itu jangan terlalu yakin sangat semasa membuat entry sell.
Cutloss itu wajib jika anda tersalah.
Major pair
Untuk setakat ini, pair AUDUSD dan EURUSD sangat selari dengan gold yang bearish. Namun berbeza pula dengan GBPUSD. Ia bergerak sideways selain di Weekly chart, candle terakhir minggu lepas ditutup bullish berbanding AUDUSD dan EURUSD yang ditutup bearish.
Pair terbaik untuk sell adalah AUDUSD dan EURUSD manakala GBPUSD pula adalah buy.
Jika tidak pasti, sila tunggu dahulu confirmation iaitu candle Daily mestilah mempunyai cs pattern atau close bullish.
Bagi yang mahu mempelajari teknik ini, silakan ke halaman ini. Sila ikuti telegram kami untuk update terpantas dari kami.
ADMIN
20/08/23
credit: google images, tradingview