XAUUSD untuk minggu hadapan
Plan minggu lepas adalah sell untuk XAUUSD dan pada jumaat lepas ia ditutup bearish. New weekly low terbentuk minggu lepas dan price kini menghampiri 1900.00. Namun malangnya tiada lagi new low terbentuk selepas new low berhenti di 1912.00.
Artikel terdahulu >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-nak-ke-1900-00-semula/
Sebelum lanjutkan silakan join telegram kami untuk promo dan update terkini dari kami;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD minggu lepas
Break, retest dan pullback di bawah weekly low 1925.84. Pin bar terbentuk dan price pullback ke bawah. Matlamat utama atau target adalah 1900.00. Buat masa ini ia masih valid kerana trend lebih cenderung kepada downtrend ataupun bearish.
XAUUSD Daily
Weekly low ditandakan berdasarkan 5 candle terakhir minggu lepas dengan weekly low di 1910.93 dan weekly high di 1946.77.
Kepentingan Weekly high low ni adalah jika adanya new high dan low maka trend akan berubah atau bakal trending lagi sesuai dengan situasi tersebut.
Berdasarkan history, pada Julai lepas price pernah menjejak area ini sebelum melantun semula ke atas. Secara logiknya ia memang boleh jejak semula kawasan history ini untuk mengulang semula sejarahnya.
XAUUSD H4
Berdasarkan H4, walaupun dah mendekat dengan 1900.00 namun tak bermakna ia akan terus terjun ke bawah. Oleh saya sudah tandakan area-area SNR yang mungkin akan jadi panduan selling jika ia retrace naik dahulu.
Berikut plan minggu hadapan;
- Fokus utama adalah sell sahaja.
- Retracement ke 1920.98, 1930.19, 1915.49 dan entry akan dibuat jika rejected di salah-satunya.
- Target utama adalah 1900.00.
MAJOR PAIR LAIN
Jika gold bearish maka major pair lain juga dikira sebagai bearish kerana dolar dan gold saling mempunyai negatif coleration oleh itu jika gold turun maka USD akan naik.
Oleh yang demikian maka;
- Buy USDJPY
- Sell XAUUSD, EURUSD, AUDUSD dan GBPUSD
INVALID PLAN
Gold gagal ke 1900.00 dan berlaku reversal. Secara tak langsung plan sell invalid. Weekly high ada poin penting untuk lihat reversal ini.
Seperti biasa update akan diberikan dalam group telegram.
Sampai di sini dahulu buat masa ini.
ADMIN
13/08/23
photo: google images