123 TRENDLINE REVERSAL – PART 1 – TREND FOLLOWING STRATEGY

Kaedah ini sangatlah simple dan mudah difahami kerana apa yang anda perlukan adalah, cuma mahir melukis trendline! Sambungan trendline ini pula adalah dengan menyambungkan shadow candle sahaja. Selepas itu anda hanya perlu tunggu peluang entry jika berlaku retest pada trendline. Itu sahaja.

Untuk artikel ini, ia sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian, oleh itu ini adalah bahagian pertama. Selepas ini nanti saya akan sambung untuk bahagian kedua pula.

Bahagian pertama lebih kepada trend-following manakala bahagian kedua adalah reversal trend.

Ok tanpa cakap panjang, mari kita lanjutkan..

Risk Reward yang berbaloi

Anda mencari teknik yang boleh bagi risk rendah ataupun stoploss kecil tetapi reward yang besar? Teknik ini adalah teknik yang sangat simple, tidak perlukan entry rule yang banyak malah mempunyai risk yang sangat rendah tetapi memberikan potensi reward yang begitu tinggi.

Ini bermakna setiap kerugian yang anda alami, anda sentiasa punyai peluang yang besar untuk recovery dan dalam masa yang sama membuat untung. Apa yang anda perlu hanyalah disiplin dan jangan sekali-kali langgar peraturannya.

Asas utama

Untuk teknik ini anda perlu penuhi dua syarat berikut;

  1. Mahir sambung trendline
  2. Sabar dan entry bila perlu sahaja

Teknik ini hanya memerlukan trendline dan chart kosong sahaja. Oleh itu jika anda penggemar teknik price action tanpa indikator dan suka trade hanya berpandukan maklumat candlestick serta support resistance, teknik ini sangat sesuai untuk anda!

Mahir sambung trendline

Untuk tujuan ini, anda perlu banyakkan berlatih sambungkan trendline. Conteng dan tidak kisah jika ia semakkan chart anda.

Anda boleh menggunakan H1 ataupun H4 untuk mencari trade setup anda.

Sambungkan dua titik shadow

Sambungan untuk uptrend – Lower-High
Sambungan untuk downtrend – Higher-Low

Lihat gambar di bawah untuk memudahkan pemahaman.

Di atas adalah contoh sambungan untuk uptrend. Sambungan dibuat dari hujung shadow terendah kepada shadow yang lebih tinggi.

Di atas adalah contoh sambungan dari hujung shadow tertinggi kepada yang lebih rendah.

Next step adalah tunggu peluang entry jika berlaku retest pada trendline tersebut.

Tips mencari setup reversal

Anda boleh melihat peluang entry dengan cara zoom-out timeframe terlebih dahulu dan perhatikan jika price yang trending naik tinggi atau turun rendah kemudian ia berhenti dan mula membentuk downtrend seperti higher-low dan lower-high.

Pair yang sudah trending naik tinggi dan trending turun jauh lebih mempunyai potensi reversal yang lebih baik berbanding pair yang sideways. Oleh itu fokus anda adalah pair yang trending ini.

Sabar tunggu peluang dan entry bila perlu sahaja

Menunggu peluang mungkin akan menyebabkan anda sedikit bosan. Tapi jika anda mahu menjadi trader profitable untuk jangka panjang, ini adalah satu keperluan yang wajib ada pada anda.

Anda tidak akan membuat apa-apa progress jika anda seorang yang tidak sabar.

Teknik entry

Entry akan dibuat jika price retest semula trendline uptrend ataupun downtrend yang dibuat.

Retest ke-3 adalah entry anda.

Gambar- entry sell pada retest ke-3 pada trendline.

Gambar – Retest ke-3 pada trendline untuk entry buy.

Jika tiada retest, maka anda perlu abaikan setup tersebut dan cari pada pair lain pula. Jika tiada juga, bermakna anda perlu abaikan trade untuk waktu itu. Tiada keperluan untuk anda mencari setup di timeframe yang kecil pula seperti M1, M5, M15 dan M30.

Ini kerana anda akan berdepan dengan pelbagai false signal yang kesudahannya nanti anda akan kerugian dan berputus-asa untuk menguasai teknik ini.

Anda perlu tunggu candle retest menyentuh dan close pada trendline terlebih dahulu. Ini akan membantu anda membuat keputusan samada perlu entry atau tidak. Tidak semua candle retest akan betul-betul reject, oleh itu elakkan dari overconfident untuk entry awal.

Candle yang sudah close membantu anda menetapkan stoploss anda andaikata ia rejected trendline yang dibuat. Jika break pula, anda perlu abaikan sahaja.

Teknik Exit

Anda boleh exit pada SNR berikutnya ataupun exit pada fixed TP seperti 30 pips, 50 pips ataupun 100 pips. Jika TP anda 100 pips, pastikan anda membuat breakeven jika trade anda sudah profit melebihi 50 pips untuk mengelakkan sebarang reversal diluar jangkaan.

Cara lain untuk exit pula adalah menggunakan risk reward ratio 1:2 dan 1:3 di mana TP anda diganda 2x atau 3x berbanding stoploss anda. Cth, jika SL 30 pips, maka anda perlu gandakan kepada 2x atau 3x iaitu 60 pips dan juga 90 pips.

Target profit yang besar boleh dicapai jika trade di H4, oleh itu H4 adalah timeframe terbaik anda kerana reward yang besar.

USDCHF jatuh lebih 90 pips selepas entry dibuat di trendline. SL pula adalah sangat kecil iaitu cuma 25 pips sahaja.

Pair EURJPY naik lebih 200 pips dari entry point yang dibulatkan. Namun disebabkan TP selamat adalah pada SNR terdekat, maka profit yang dihasilkan dari setup di atas adalah 80 pips. Ia masih agak besar jika dibandingkan dengan SL yang sebesar 35 pips di bawah candle pin bar.

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Lihat lebih banyak contoh di bawah;

Buy trade AUDUSD, SL 19 pips, profit target 70 pips

Sell trade EURJPY, SL 70 pips, profit target 170 pips

Sell trade NZDUSD, SL 20 pips, profit target 70 pips

Buy trade GBPAUSD, SL 70 pips, profit target 180 pips

Akhir kata…

Trading price action atau naked chart boleh jadi sesuatu yang sangat menguntungkan selagi anda tahu cara untuk memanfaatkan sepenuhnya tools seperti trendline dan menggabungkannya dengan candlestick.

Diharapkan perkongsian ini akan menjadikan anda trader yang profitable dan berjaya mengaut keuntungan yang berganda-ganda di masa akan datang.

Jika anda punyai pendapat, sila tinggalkan di ruang komen. Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan anda.

ADMIN
05/09/2020

Print Friendly, PDF & Email

Comments

error: Please contact admin for permission.