2021 NEW YEAR RESOLUTION FOR TRADERS

Tahun 2020 sudahpun melabuhkan tirainya. Bagi yang sudah mencapai kebebasan kewangan tahun 2020 ini syabas saya ucapkan. Yang sudah konsisten dan sudah berjaya keluar dari kelompok trader-trader yang struggle menjana profit, saya doakan agar tahun ini anda akan lebih berjaya lagi. Semoga dengan ilmu dan skill yang anda ada itu anda akan membantu lebih ramai trader untuk sama-sama berjaya seperti anda.

Bagi yang masih mencari-cari rentak anda dalam trading, teruskan usaha anda dan jangan berputus-asa. Sempena di awal tahun 2021 ini, saya ingin kongsikan kepada anda berberapa resolusi yang mungkin boleh membantu anda untuk sepanjang tahun ini.

Berikut 2021 new year resolutions for traders!

#1. Tidak trade terlalu banyak pair

Trading pair yang terlalu banyak boleh jadi mengelirukan anda. Jika anda tidak boleh handle 1 pair, bagaimana anda boleh handle 10 hingga 20 pair?

Apabila anda trading pada akaun bersaiz kecil tetapi trading pair terlalu banyak, sedikit sebanyak ia akan menganggu money dan risk management anda. Trading akan sedikit serabut dan mengelirukan.

Terdapat lebih 55+ pasangan matawang dalam pasaran, tetapi tidak bermakna anda perlu trade semua sekali. Sebagai resolution tahun baru ini, saya sarankan anda fokus 1 atau 2 pair sahaja dan trade hingga anda betul-betul menguasai sifat pair tersebut.

Dengan fokus sedikit pair, anda akan lebih mudah membuat keputusan untuk trading dan membuat money management anda.

#2. Berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan trading

Trader yang semberono membuat entry adalah trader yang tiada perancangan yang kukuh. Kebanyakan newbie(termasuk saya dahulu) selalu membuat entry melulu kemudian barulah membuat analisa dan plan kemudian. Ini kerap berlaku terutama apabila mengejar signal dan trend semasa pada waktu itu.

Apabila sudah terkena barulah sedar bahawa jika trading secara terburu-buru itu tidak membantu sama sekali.

Segala yang kita lakukan dalam trading kita akan memberi kesan kepada perfomance trading kita. Jika mahukan hasil lebih baik, maka berhati-hatilah dalam membuat keputusan trading. Trading tidak semestinya perlu dan wajib dilakukan sepanjang masa. Apa yang penting adalah anda mesti berada dalam advantage anda dahulu barulah trading.

#3. Ikuti trend di timeframe lebih besar

Ramai trader baharu yang terlalu taksub nak dapatkan entry di timeframe yang kecil kerana percaya kononnya ia boleh membantu mendapatkan lebih banyak signal seterusnya menggandakan akaun secara pantas dan menguntungkan.

Saya percaya ia berhasil untuk jangka pendek tetapi tidak pada jangka panjang. Selama lebih 10 tahun dalam trading saya juga seperti anda mencari kaedah bagaimana cara paling singkat menggandakan akaun dan juga bagaimanakah untuk dapatkan signal lebih banyak tetapi percayalah, -untuk konsisten – saya lebih prefer 1 atau 2 signal entry seminggu daripada 100-200 entry signal seminggu.

#4. Kurangkan bertanya dan terikut-ikut trader lain

Point no.4 ini cukup menjelaskan tahap keyakinan seseorang trader itu yang nampak tiada pendirian serta masih sukar membuat keputusan sendiri. Masih bergantung dengan orang lain dan sudah pasti, juga akan kerugian sepertimana orang lain itu juga.

Jika anda sudah punyai teknik sendiri, cubalah untuk silent dan asingkan diri dari ramai orang di laman sosial dan cubalah trading sendiri berdasarkan teknik anda itu. Dalam trading ini tiada keperluan untuk sama dengan orang lain.

Akaun anda adalah tanggungjawab anda, jika anda mahu keluar dari kelompok trader yang bermasalah, elakkan terikut-ikut orang lain.

#5. Membuat jurnal trading

Berapa ramai pembaca blog saya yang menulis jurnal perjalanan trading? Walaupun data pergerakan lepas sudah tercatat di graf platform anda, tetapi mencatatkan event-event penting, untung dan rugi sebenarnya membantu anda mengenali personaliti anda dan juga tabiat trading anda.

Dengan cara ini anda boleh tahu bilakah anda melakukan kesilapan dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Ingat, pepatah inggeris ada mengatakan, “orang yang lupa sejarah akan dihukum mengulanginya semula.”

#6. Elakkan FOMO dan juga trading secara melulu dan emosional

Apakah itu FOMO? Fomo adalah singkatan dari “Fear Of Missing Out” yang bermaksud takut terlepas peluang. Jika anda trader yang sudah lebih 3 bulan dalam trading, saya yakin anda pasti melalui perasan takut terlepas peluang.

Ini adalah satu bentuk negatif yang membawa kesan negatif jika anda tidak tanganinya. Ia secara tidak langsung akan membawa kepada emosi negatif apabila tindakan anda itu salah dan seterusnya membuatkan anda trading secara emosional dan akan menyebabkan lebih banyak lagi tindakan merugikan yang akan anda lakukan.

Cara terbaik adalah buatlah perancangan lebih awal, buatlah marking SNR anda dan tunggu peluang itu datang. Tips lain juga adalah, trade-lah pada timeframe yang lebih besar yang dapat memberikan anda ruang dan masa yang secukupnya sebelum anda memasuki pasaran.

Ingat, semua ini sangat mustahil jika anda trading di M1, M5, M15, dan M30.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

#7. Elakkan membuat layer

Salahkah membuat entry layer? – Jawapannya adalah tidak salah sama-sekali!

Apa yang salah adalah anda masuk layer tanpa alasan munasabah seperti entry balas-dendam dan mahu nampak seperti PRO.

Entry layer boleh jadi satu kelebihan jika dalam keadaan trending tetapi adalah satu yang merugikan jika ia gagal kerana anda terpaksa menutup posisi yang agak banyak. Tambah teruk lagi apabila connection internet slow dan broker yang ada masalah requotes!

Cara betul:

trend

Elakkan membuat entry layer seperti ini sebaliknya buatlah 1 atau 2 entry sahaja terlebih dahulu. Jika ada peluang barulah tambah entry anda. Sila ke halaman ini untuk pelajari strategi piramid.

Akhir kata

Semoga artikel ini memberikan inspirasi kepada anda untuk mencari resolution anda sendiri. Anda digalakkan untuk buat senarai anda dan senaraikanlah sebanyak mungkin cadangan anda untuk kebaikan anda sendiri.

Walaupun tidak semua dapat dicapai tetapi sekurang-kurangnya anda sudah mencuba keluar dari kepompong lama anda dan beralih kepada yang lebih baik.

“Semoga kejayaan milik anda!”

Sekian.

ADMIN
03/01/21

Print Friendly, PDF & Email

Comments

Translate »