TEKNIK ‘RAHSIA’ YANG WAJIB ANDA KUASAI

Print Friendly, PDF & Email

Dalam artikel kali ini saya akan mengupas serba-ringkas mengenai CRS ataupun nama lengkapnya ‘candlestick reversal signal.’ CRS adalah signal entry bagi memudahkan trader berkomunikasi dengan trader lain samada sebagai berkongsi analisis, pendapat mahupun entry yang dibuat.

Jadi tanpa membuang-masa, ayuh kita kenali apa itu CRS!

Apa itu CRS?

CRS adalah singkatan kepada candlestick reversal signal yang terdiri dari kumpulan candlestick pattern yang membawakan kepada signal atau petunjuk kepada pasaran berbalik arah ataupun ‘reversal.’

CRS digunakan oleh trader sebagai entry trigger ataupun punca dan sebab untuk membuat entry samada buy ataupun sell.

Walaupun CRS adalah petunjuk pembalikan arah pasaran, namun ia bukanlah semestinya bermaksud pasaran akan bertukar arah, sebaliknya ia hanya merujuk kepada situasi pasaran yang hendak berlaku pullback untuk meneruskan trend terdahulu ataupun trend jangka panjang.

CRS hanya menjadi petunjuk kepada pertukaran arah pasaran apabila sesuatu trend pasaran sudah mencapai kitaran lengkapnya, dan ia akan membentuk sesuatu pattern candlestick di sesuatu timeframe itu.

Kitaran lengkap sesuatu trend adakalanya berkait-rapat dengan historical high dan low yang lepas.

Dalam reversal trend, apabila sesuatu kitaran sudah lengkap atau sempurna maka akan trend yang baharu lagi akan terbentuk. Tiada trend yang akan menaik selamanya begitu jugalah trend yang menurun tidak akan selamanya turun. Dipenghujung trend ini akan adanya CRS.

Bilakah CRS dicari?

CRS akan menjadi fokus utama trader apabila sudah berlakunya retracement mahupun market sudah sampai ke fasa penghujung trend.

fasa retracement

  • Fasa ini adalah fasa market dalam short term trend atau trend sementara/jangka pendek.
  • Trend sementara jangka pendek ini juga dalam istilah lainnya dikenali sebagai fasa ‘correction.’
  • Teknik entry CRS cara ini biasanya dilakukan ketika trend sudah terbentuk. CRS dicari dipertengahan trend.
  • CRS akan terbentuk menandakan trend continuation akan bermula

fasa penghujung trend ataupun EOT(End Of Trend)

  • Penghujung trend ada kaitan dengan historical high dan low samada high/low bulanan, mingguan mahupun tahunan.
  • CRS untuk EOT ini adakalanya dalam bentuk shadow panjang dan juga body candle engulfing ataupun morubozu.
  • Profit taking juga membantu membentuk crs yang menjadi petunjuk reversal trend. Ia akan membentuk candlestick pattern pada timeframe tertentu terutamanya di timeframe Daily untuk harian dan timeframe Weekly untuk mingguan.
  • Dalam sesuatu EOT, CRS dicari dipenghujung trend.

Kegunaan CRS

Di awal artikel ini saya sudahpun menyatakan kegunaannya iaitu untuk entry point, namun fungsi lain CRS juga adalah untuk menentukan trend dan juga trade setup.

Baca >>  TIPS MENGENAL-PASTI SNR KUAT DAN VALID

Seperti yang diterangkan mengenai EOT ataupun penghujung sesuatu trend, kebiasaannya CRS akan terbentuk. Oleh itu secara tidak langsung ia juga akan menjadi cara analisa teknikal untuk trader menentukan trading plan dan juga arah pasaran. Dalam membership CSPRO, saya menggelar candlestick ini sebagai ‘candle arah’ ataupun direction candle di mana ia akan menjadi petunjuk sesuatu arah pasaran.

Candle arah ini akan menjadi petunjuk untuk mingguan, harian mahupun bulanan. Oleh itu jika anda mahu mencari trade setup untuk harian hanya berdasarkan CRS, anda bolehlah menggunakan kaedah berikut;

  • CS D1 untuk petunjuk setup harian ataupun intraday
  • CS Weekly untuk petunjuk setup mingguan
  • CS Monthly untuk petunjuk setup bulanan

*CS : CandleStick

Kaedah menggunakan candlestick pattern atau CRS untuk petunjuk arah pasaran bukanlah sesuatu yang baru malah ia digunakan oleh kebanyakan professional trader, oleh itu keberkesanannya amatlah diyakini.

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

CRS yang paling popular dan profitable!

Terdapat banyak jenis CRS yang boleh anda pelajari dari internet secara percuma namun berikut saya senaraikan 5 yang paling popular.

1). Pin Bar

Ciri-ciri utama CRS ini adalah ia mempunyai size body kecil dan ekor shadow yang panjang. Dalam keadaan tertentu, ia juga dipanggil sebagai Pinocchio bar oleh sesetengah trader selain dipanggil sebagai fakey bar. Ini adalah bagi mentafsirkan situasi false break dalam pasaran.

Pin bar adalah satu petunjuk kepada rejection market terhadap sesuatu price level. Shadow yang panjang adalah hasil dari kemasukan buyers ketika price turun dan sellers ketika trend menaik, maka terbentuklah shadow panjang tersebut.

Baca >>  Analisa Short Term AUDUSD

Ia seterusnya membawa kepada reversal trend.

Pin bar terbahagi kepada dua iaitu bullish pin bar dan bearish pin bar. Pin bar juga boleh menjadi tafsiran berbeza berdasarkan kedudukannya pada sesuatu SNR.

Pin bar akan menjadi CRS hanging man jika ia terbentuk di puncak resistance dan akan menjadi CRS inverted pin bar jika terbentuk di dasar support.

Pin bar adalah cara termudah untuk memahami candle pattern bullish hammer dan bearish shooting star. Oleh itu jangan hairan jika ada trader yang menyebut pin bar sebagai mewakili kedua-dua pattern ini. Bezanya hanyalah bullish dan bearish sahaja.

2). Engulfing

Ciri-ciri utama candle ini adalah body candle kedua yang lebih panjang berbanding candle sebelumnya.

Ia petanda market sudah berubah arah kerana jumlah majoriti buyers ataupun sellers yang memasuki pasaran dalam volume yang sangat besar pada waktu tersebut yang membuatkan pasaran berubah arah.

3). Morning/Evening Star

Ciri-ciri utama untuk candle pattern ini adalah ia terdiri dari formasi lebih dari satu candlestick iaitu ia terbentuk dari 3 susunan candle di mana ia seakan-akan membentuk U-turn pada sesuatu trend itu. Setup terbaik adalah jika candle di tengah adalah doji namun dalam keadaan tertentu adakalanya ia adalah candle kecil bullish ataupun bearish.

Entry biasanya dibuat selepas candle ke-3 dalam formasi tersebut.

Sudahkah anda mencuba strategi 3 candlestick reversal pullback? Jika belum silakan download salinan percuma anda di sini > KLIK SINI

4). Doji

Doji adalah CRS reversal yang terbentuk setelah sesuatu trend sampai ke puncak resistance ataupun dasar support. Ciri-ciri utama candle ini adalah opening price sama atau hampir sama dengan closing price menandakan market sedang neutral dan tiada dominan ketika itu.

Candle doji tidak terhad pada shadow yang pendek. Dalam waktu tertentu ia juga mempunyai shadow panjang seakan pin bar. Doji jenis ini dikenali sebagai dragonfly doji dan gravestone doji. Namun kesemua pattern ini punyai satu persamaan yang jelas iaitu tiada body candle kecuali opening dan closing yang sama.

Trader akan membaca dan mentafsirkan market sebagai kehilangan momentum apabila doji terbentuk setelah sesuatu uptrend atau downtrend yang berlangsung dalam tempoh yang agak lama. Trader akan mencari peluang entry reversal berdasarkan candle yang terbentuk selepas doji tersebut.

Arah dominan pasaran akan ditentukan selepas candle kedua closing iaitu jika ia berbalik arah maka itulah arah confirmation untuk doji reversal manakala jika trend masih dalam continuation maka candle doji itu adalah tidak sah(invalid).

5). Inside bar

Baca >>  BAGAIMANA MARKING PRICE/SNR BOLEH SELAMATKAN WANG DAN HARI ANDA

Inside bar terbentuk apabila adanya mother candle diikuti candle-candle yang lebih kecil selepasnya. Candle kecil ini dipanggil sebagai inside bar.

Berbeza dengan candle engulfing, kedudukan candle besar adalah di sebelah kiri, manakala candle kecil di sebelah kanan. Candle kecil ini tidak melebihi 50% candle sebelah kiri. Candle besar/engulfing di sebelah kiri inilah dikenali sebagai mother candle.

Inside bar ini membawa maksud trend dalam sideways kerana menunggu suatu breakout dalam masa terdekat. Dalam sesuatu trending market, inside bar adalah peluang entry yang paling ditunggu-tunggu oleh trader.

Trader biasanya akan memasang entry pending order buystop dan juga sellstop berdasarkan trend semasa tersebut.

CRS dan Repeating history

Sesuatu hi atau lo yang berusia lebih setahun boleh dikira sebagai historical hi lo ataupun historical SNR.

Ia terbentuk apabila price membuat hi lo kemudian reversal. Di tahun-tahun akan datang, historical hi lo ini akan menjadi panduan entry dan exit juga oleh majoriti trader. Akibatnya, ia akan membentuk CRS.

Apabila CRS terbentuk maka potensi repeating history juga adalah tinggi. Jika historical SNR ini ditembusi, maka peraturan SNR juga akan digunapakai seperti SBR dan RBS untuk panduan entry.

Rumusan

Berikut saya berikan rumusan untuk memudahkan anda belajar topik ini.

  • CRS adalah untuk memudahkan trader memasuki pasaran(entry signal)
  • CRS adalah candlestick pattern yang terbentuk pada penghujung trend dan juga penghujung retracement
  • Selain petunjuk entry trade, CRS juga berfungsi untuk menentukan arah pasaran dan seterusnya membuat trading plan
  • CRS adalah kumpulan candlestick pattern yang pelbagai yang membantu trader memahami apa yang berlaku dalam pasaran melalui karakteristik sesuatu pattern dan susunan candlestick
  • Pembentukan CRS juga bergantung atau dipengaruhi sesuatu historical hi dan lo samada harian, mingguan ataupun bulanan di mana jika ia terbentuk pada sesuatu hi dan lo lepas(historical hi/lo atau SNR), maka ia biasanya cenderung kepada repeating history lepas tersebut

Sekian dulu untuk artikel kali ini. Silakan share dengan rakan-rakan agar lebih ramai mendapat manfaat dari ilmu yang disampaikan.

Salam kejayaan!

ADMIN
06/02/21

Comments

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.